Wednesday, 20 March 2013

KENYATAAN BIADAP NUR MISUARI TIDAK WAJAR DIPANDANG RINGAN






Melihat kepada kenyataan 'si koruptor' yang pernah memohon suaka politik kepada Malaysia, Nur Misuari ketua kepada Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yakni dia mengatakan Sabah dan Sarawak adalah satu bentuk penjajahan mutlak oleh Malaysia ,bagi saya ini adalah satu kenyataan yang amat keterlaluan dan melampau.

     Kenapa perkara ini semua boleh berlaku???
Kenapa sebelum ini perkara perkara ini tidak berbangkit??? Mungkin apabila kerajaan Barisan Nasional tidak kuat dan tidak mendapat mandat 2/3, maka mereka melihat ini peluang mereka.
Apabila mereka melihat rakyat Malaysia tidak bersatu padu, maka mereka ini akan menjalankan jarum suntikan jahat yang jijik agar kedaulatan negara boleh dicabuli. 

Jadi, moral di sini apabila berlaku krisis berpecah- belahan diantara sesama rakyat, mungkin menarik minat banyak musuh asing akan menyerang negara kita yang tercinta ini.
Kenapa kerajaan Saddam Hussin satu ketika dahulu boleh tumbang.?kerana dia mendapat tentangan daripada rakyatnya sendiri.  Kenapa kerajaan muamar Gadaffi tumbang??Buktinya rakyat sudah muak dan jemu dengan cara kerajaan yang terlalu lemah membantu rakyatnya yang mana negaranya kaya dengan hasil petrolium, namun Perkapita rakyatnya di bawah USD7000. Kerajaannya tidak melakukan sesuatu keluar dari kemelut ekonomi . Walhal negaranya mengeluarkan jutaan tong minyak sebulan. 
Lihat krisis di Syiria yang semakin meruncing??
Adakah negara negara ini akan pulih dari revolusi rakyat??Bilakah negara ini  akan pulih dari kerajaan Assad dan akan aman??

Negara negara ini boleh berlaku huru hara disebabkan berlaku pepecahan diantara rakyat mereka sendiri.
Lazimnya kita ketahui, apabila sesebuah negara iklim atau senario politiknya yang tidak stabil dan cenderung kepada berlakunya huru hara, maka begitu senang musuh luar untuk menyerang negara itu. 
Kita boleh lihat negara negara arab berkenaan , yang dikenali sebagai arab springs ini apabila rakyatnya bangkit menentang kerajaan yang zalim yang menindas rakyat dengan cara diktator dan sikap autokrasi yang melampau sehingga angkatan tenteranya sendiri bangkit melawan kerajaannya sendiri.
Inilah akibat apabila rakyat telah berpecah belah. Dengan sendirinya kita menjemput musuh menyerangnya tanpa perlu kita memanggil mereka datang

Justeru kesimpulannya yang mahu saya rumuskan di atas analisa saya ini ialah, kenyataan BIADAP dari Nur Misuari ini tidak wajar di pandang ringan dan remeh temeh. Apabila dia sedar dan dapat menghidu dengan melihat dan memerhatikan dari jauh senario politik negara kita ini dia tidak akan berdiam diri untuk meneruskan agenda tersembunyinya itu.  Buktinya di laman facebook beliau, beliau mengaitkan pula isu bapa saiful yang membuat U-turn. Jadi apa kena mengena dengan beliau??
Ini lah dikatakan tangan tangan ghaib. Mungkin ada lagi back up di belakang si koruptor ini. 
Jadi jika si Misuari ini mahu menjual, kita sanggup membeli dengan kedaulatan negara kita  ini. 
Tidak sesekali kami rakyat Malaysia akan membiarkan negara kami dicemari oleh tangan tangan ghaib yang kotor lagi tercemar ini.
Bahasa mudah.: tolak pakatan musyrikin Dap,PKR dan Pas.
Aliff Akhbar...

No comments:

Post a Comment