Tuesday, 5 March 2013

Etika Islam Dalam Peperangan..

Banyak pihak telah menjadi terlebih hero dan menjadi lebih cerdik apabila menyalahkan pihak keselamatan dan kerajaan apabila membiarkan penceroboh penceroboh di lahad datu tidak serang dari awal dengan menggunakan tentera. Kita kena ingat, motif kerajaan sebenar mahu konflik ini selesai tanpa ada pertumpahan darah. Apakah niat ikhlas kerajaan ini tidak boleh kita hargai langsung?

Memandangkan mereka juga beragama Islam dan pihak kerajaan mahu mereka keluar dari negara kita ini dengan aman.


Sebab tu kerajaan menggunakan polis untuk mengusir mereka dengan tanpa ada tumpah darah. Setelah anggota komando 69 dari PDRM telah dianaya oleh taktik kotor mereka dengan mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri, namun mereka melepaskan juga tembakan kepada anggota keselamatan kita dan melakukan beberapa siri pembunuhan kejam ke atas anggota polis selepas beberapa hari berikutnya. Ini menunjukkan mereka (penceroboh) tersebut tidak menghargai langsung di atas rundingan yang lembut daripada pihak kerajaan.

Tetapi ini apabila ini semua tidak dihargai baru lah kerajaan TERPAKSA mengambil langkah yang keras bagi bertindak di atas sikap tidak kenang budi dan degil mereka itu.

Kerana di dalam Islam pun ada etikanya dengan musuh kita.

Al-Qur'an Umat Muslim hanya dibolehkan membunuh, mengusir [3] dan memerangi umat kafir yang telah memerangi mereka terlebih dahulu dan dilarang melampaui batas. [4]

Surah Al-Baqarah:190 - Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Surah Al-Baqarah:194 - (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

AliffAkhbar


No comments:

Post a Comment