NORDIN. KCD MENULIS
Sebenarnya Sultan Sulu pernah membantah tuntutan Filipina keatas Sabah sewaktu kemasukan Sabah ke dalam Malaysia dulu. Sultan Sulu mendakwa kerajaan Filipina tidak berhak ke atas Wilayah Sabah dan kepulauan Sulu kerana ia adalah hak milik Kesultanan Sulu. Malah Sultan Sulu menyokong Sabah dimasukkan kedalam Malaysia daripada membenarkan Filipina menuntut Sabah menjadi sebahagian wilayah Filipina seperti mana yang terjadi kepada wilayah kepulauan sulu yang ada sekarang.
Sokongan Sultan Sulu iu turut mengukuhkan lagi kemasukkan Sabah ke dalam Malaysia. Atas sokongan tersebut, Malaysia telah mengiktiraf kewujudan kesultanan Sulu sebagai kuasa pengimbang untuk mengelak Sabah daripada terus dituntut oleh Filipina.
Justru sebagai balasan sokongan Sultan Sulu ini, kerajaan Malaysia bersetuju meneruskan pembayaran wang pajakkan Sabah kepada Sultan Sulu seperti mana perjanjian yang berlaku diantara North Borneo Company dengan Sultan Sulu dulu hinggalah ke hari ini.
Namun berlaku pertelagahan diantara kaum kerabat Sultan Sulu kerana masing-masing mendakwa merekalah waris yang berhak mendapat wang pajakan tersebut. Akhirnya wang pajakan tersebut terpaksa dimasukkan kedalam satu tabung khas hingga pihak yang bertelagah ini bersetuju mengiktiraf waris sultan yang sah.
Hari ini ada akhbar di Filipina melaporkan pihak yang mengaku Sultan Sulu sekarang telah menerima tawaran daripada pihak pembangkang di Malaysia bagi mendapat pengiktirafan sebagai waris Sultan Sulu yang sah.
Justru mereka bersetuju berkomplot dengan pembangkang di Malaysia untuk menimbulkan huru hara diwaktu Malaysia sedang menghadapi PRU. Kekacauan yang sengaja ditimbulkan ini diharapkan dapat memberi tekanan ke atas parti yang memerintah.
Sekiranya parti pemerintah gagal menangani krisis ini dengan baik, sudah tentu ia memberi kesan buruk kepada mereka dan kelebihan kepada parti pembangkang untuk merampas Sabah. Jika pembangkang berjaya merampas Sabah, sudah tentu mereka bersedia memberi pengiktirafan rasmi kepada pihak yang mengaku Sultan Sulu itu bagi membolehkan pihak berkenaan mendapat wang pajakan Sabah ini sebagai ‘wang hadiah’ diatas kejayaan bersama mereka.
Jadi pencerobahan ini berlaku tidak ada kena mengena dengan hubungan baik para pemimpin UMNO dengan pihak-piha berkenaan melainkan disebabkan komplot jahat antara pihak yang mengaku Sultan Sulu itu dengan dalang daripada Malaysia iaitu pihak pembangkang seperti mana yang didakwa oleh akhbar-akhbar di Filipina.
No comments:
Post a Comment