Friday, 15 March 2013
Warga pendidik
Apabila warga pendidik cenderung kepada politik saya secara peribadi mengatakan itu tidak menjadi kesalahan,. Yang menjadi kesalahan apabila kecenderungan itu boleh menghasut anak anak murid agar membenci Kerajaan, Negara dan anggota Keselamatan, ini yang amat merbahaya.
Kita tidak salah untuk berbeza faham politik, sebab aku di mana mana pun jumpa orang yang berbeza fahaman politik.
Namun tatacara dan resipi POLITIK DI NEGARA KITA (MALAYSIA) ini adalah secara bahasa mudah, penduduk malaysia seramai 28 Juta, daripada jumlah itu majoritinya orang Melayu yang memilih agama Islam sebagai cara hidup.
Jadi orang Melayu ada 2 pilihan, sama ada memilih BN atau Pakatan pembangkang sebagai kerajaan.
Sebenaranya dua dua pihak ini ada mudarat, jadi mesti memilih mudarat kecil jika tidak dapat mengelak dari mudarat.
Jadi jika warga pendidik yang berbangsa Melayu yang beragama Islam harus peka dengan keadaan politik di negara kita ini.
Tidak salah untuk ada kecenderungan politik, itu hak mereka.
Jadi jika salah satu gabungan parti yang boleh menggugurkan negara Islam dan kata tidak ada dalam al-quran, membisu dalam pertahan kalimah Allah, tunduk di atas tekanan berhubung Isu salon rambut diKelantan, apakah ini tidak boleh di sifatkan sebagai mudarat BESAR jika parti ini di pilih Jika mereka menjadi kerajaan???
walhal suara akar umbi dari parti mereka sendiri pun di pekakan telinga.
Perlu juga di ingatkan khas buat warga pendidik, rakyat Malaysia tidak mahu anak-anak mereka dididik oleh guru-guru yang menyemai sifat penderhakan terhadap negara. Justru guru guru seperti ini tidak perlu digajikan hanya untuk menghasut anak-anak kita benci terhadap, Kerajaan, negara dan anggota keselamatan negara.
Perlu ingat, intituasi Guru ini cukup dan amat di hormati setiap pelusuk masyarakat. Jadi janganlah cemari diri anda wahai warga pendidik dengan menghasuk murid murid kecil yang tidak berdosa agara membenci kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment