Sebenarnya trend politik lucah di Malaysia ini bermula daripada parti pembangkang. Parti pembangkang lah pihak yang mula mendesak BN memaksa pemimpin BN yang terbabit dengan video seks lucah meletak jawatan.
Orang pertama yang jadi mangsa adalah bekas naib presiden MIC yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P. Vinjandran. Beliau bukan saja didesak meletak jawatan oleh Karpal Singh tetapi Karpal juga mintak video seks itu dimainkan di Dewan Rakyat. Akhirnya BN akur dengan desakan Karpal lalu mintak Vinjandran berundur.
Kemudian sekali lagi Karpal mendakwa mempunyai bukti cukup untuk menuduh Timbalan Presiden UMNO yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu disandang oleh Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat. Karpal desak kerajaan siasat Anwar kerana Karpal tidak mahu Malaysia mempunyai bakal Perdana Menteri seorang peliwat. Akhirnya Tun Dr Mahathir akur dengan dakwaan Karpal itu memang benar. Tun terpaksa pecat Anwar setelah Anwar enggan berrundur setelah dinasihatkan berbuat demikian.
Kemudian sekali lagi pemimpin BN iaitu Presiden MCA, Chua Soi Lek dikaitkan dengan video seks oleh musuh politik beliau. Namun Soi Lek dengan segera letak jawatan dan memohon maaf bagi mengelakkan isu ini daripada diekplotasikan oleh pihak pembangkang.
BN tidak pula menuduh pembangkang sebagai dalang dalam kesemua kes ini bagi menutup salah laku pemimpin BN walau pun pembangkanglah yang menjadi punca pembongkaran rahsia yang membabitkan pemimpin BN itu. Sebaliknya pemimpin BN yang terbabit ini dinasihatkan berundur dengan baik bagi menghormati pandangan rakyat ke atas mereka.
Bukan macam pembangkang sekarang, sudah lah mereka tidak mahu siasat sama ada pemimpin mereka itu benar terlibat atau tidak, malah menuduh pula pihak lawan sebagai dalang hanya untuk menutup perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu. Apa lagi mahu mengharap pemimpin yang terlibat itu memohon maaf malah dengan muka selamba dan tak malu mereka pula yang mengajak rakyat menolak pihak yang tak ada kena mengena dengan nafsu serakah mereka itu, adakah patut orang seperi mereka kita sokong??
Wajib Baca! Dokumen Sejarah Bukti Siapa Mulakan Trend Politik Lucah Di Malaysia. http://mymassa.blogspot.com/2012/05/wajib-baca-dokumen-sejarah-bukti-siapa.html from Yahoo! Mail on Android
No comments:
Post a Comment