Wednesday, 20 March 2013

KENYATAAN BIADAP NUR MISUARI TIDAK WAJAR DIPANDANG RINGAN






Melihat kepada kenyataan 'si koruptor' yang pernah memohon suaka politik kepada Malaysia, Nur Misuari ketua kepada Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yakni dia mengatakan Sabah dan Sarawak adalah satu bentuk penjajahan mutlak oleh Malaysia ,bagi saya ini adalah satu kenyataan yang amat keterlaluan dan melampau.

     Kenapa perkara ini semua boleh berlaku???
Kenapa sebelum ini perkara perkara ini tidak berbangkit??? Mungkin apabila kerajaan Barisan Nasional tidak kuat dan tidak mendapat mandat 2/3, maka mereka melihat ini peluang mereka.
Apabila mereka melihat rakyat Malaysia tidak bersatu padu, maka mereka ini akan menjalankan jarum suntikan jahat yang jijik agar kedaulatan negara boleh dicabuli. 

Jadi, moral di sini apabila berlaku krisis berpecah- belahan diantara sesama rakyat, mungkin menarik minat banyak musuh asing akan menyerang negara kita yang tercinta ini.
Kenapa kerajaan Saddam Hussin satu ketika dahulu boleh tumbang.?kerana dia mendapat tentangan daripada rakyatnya sendiri.  Kenapa kerajaan muamar Gadaffi tumbang??Buktinya rakyat sudah muak dan jemu dengan cara kerajaan yang terlalu lemah membantu rakyatnya yang mana negaranya kaya dengan hasil petrolium, namun Perkapita rakyatnya di bawah USD7000. Kerajaannya tidak melakukan sesuatu keluar dari kemelut ekonomi . Walhal negaranya mengeluarkan jutaan tong minyak sebulan. 
Lihat krisis di Syiria yang semakin meruncing??
Adakah negara negara ini akan pulih dari revolusi rakyat??Bilakah negara ini  akan pulih dari kerajaan Assad dan akan aman??

Negara negara ini boleh berlaku huru hara disebabkan berlaku pepecahan diantara rakyat mereka sendiri.
Lazimnya kita ketahui, apabila sesebuah negara iklim atau senario politiknya yang tidak stabil dan cenderung kepada berlakunya huru hara, maka begitu senang musuh luar untuk menyerang negara itu. 
Kita boleh lihat negara negara arab berkenaan , yang dikenali sebagai arab springs ini apabila rakyatnya bangkit menentang kerajaan yang zalim yang menindas rakyat dengan cara diktator dan sikap autokrasi yang melampau sehingga angkatan tenteranya sendiri bangkit melawan kerajaannya sendiri.
Inilah akibat apabila rakyat telah berpecah belah. Dengan sendirinya kita menjemput musuh menyerangnya tanpa perlu kita memanggil mereka datang

Justeru kesimpulannya yang mahu saya rumuskan di atas analisa saya ini ialah, kenyataan BIADAP dari Nur Misuari ini tidak wajar di pandang ringan dan remeh temeh. Apabila dia sedar dan dapat menghidu dengan melihat dan memerhatikan dari jauh senario politik negara kita ini dia tidak akan berdiam diri untuk meneruskan agenda tersembunyinya itu.  Buktinya di laman facebook beliau, beliau mengaitkan pula isu bapa saiful yang membuat U-turn. Jadi apa kena mengena dengan beliau??
Ini lah dikatakan tangan tangan ghaib. Mungkin ada lagi back up di belakang si koruptor ini. 
Jadi jika si Misuari ini mahu menjual, kita sanggup membeli dengan kedaulatan negara kita  ini. 
Tidak sesekali kami rakyat Malaysia akan membiarkan negara kami dicemari oleh tangan tangan ghaib yang kotor lagi tercemar ini.
Bahasa mudah.: tolak pakatan musyrikin Dap,PKR dan Pas.
Aliff Akhbar...

Monday, 18 March 2013

Siratan daripada Projek I/C





Pakatan pembangkang ini nampaknya masih belum berpuas hati lagi berhubung projek I/C ni. Ada saja alasan dan putar alam yang akan senantiasa mahu menyalahkan TunM.
Sebab sebabnya yang mendapat I/C ini majoriti kononnya menyokong BN. Aku kerap dan banyak kali berhujah dengan mereka ini berhubung projek I/C ni, rata rata mereka masih menilai dari sebelah mata tanpa memikir maksud yang tersirat berkenaan perkara itu.


                           Pointnya sebab, yang mendapat kerakyatan itu adalah mereka yang beragama Islam dan di percayai kononnya menyokong BN.
Tak tau ker si badrul amin penasihat agama MB Khalid gagap yang ditangkap berkhalwat jam 3 pagi itu juga adalah salah sorang keturunan warga asing di Tawau Sabah. Mungkin nenek moyangnya. Tapi dia sudah jadi rakyat Malaysia. Adakah dia ini menyokong BN???
Jadi bagi merungkai polemik ini, aku mahu merujuk kepada pemimpin pemimpin melayu dalam pakatan pembangkang.
Ingat lagi tak satu ketika dahulu Lee Kuan Yew mahu Singapura di terima semula masuk ke Malaysia. Yang anehnya, si tua Lee Kuan Yew ini pula yang meletakkan syarat syarat. Macam Si penyewa rumah plak yang meletakkan syarat syarat kepada Tuan Rumah????
Tak ker nampak melampau permintaan ini?????
Jadi, umumnya tahu negara republik yang kecil itu yang hanya sebesar nyamuk namun rakyatnya majoriti bangsa Cina dari tinggalan legasi parti PAP. He he

                                Apakah kita tidak boleh menganggap jika mereka mengatakan mereka akan sokong Pakatan Rakyat jika pakatan rakyat     menjadi kerajaan dan menerima semula mereka masuk ke Malaysia???Rakyat Singapore berjumlah 5.3 juta yang majoriti kaum Cina????
He he he.
Apa yang anda boleh dapat andaian dari analisa aku ni???
Sebab rakyat Malaysia sudah kenal dan tahu sikap pakatan pembangkang di Malaysia ini. Apa saja mereka akan buat asalkan matlamat mereka tercapai.Kita kena ingat, parti pemerintah PAP di singapura itulah yang di zahirkan di malaysia ini iaitu Parti DAP.!
Benda ini tidak mustahil akan berlaku jika mereka ini DAP merestui kemasukan semula singapore ke Malaysia.
Sebab Lim Guan Eng kata dia akan menjadikan Pulau Pinang seperti di singapore. Ini fakta.
Jadi, aku boleh jangka hujah dari lebai lebai Pas ialah, kenapa UMNO nak patriotisme sangat, siapa yang serah singapore dulu kat LKY???
Mereka ini sebenarnya buta sejarah. Mereka tidak tahu masa itu banyak pemimpin pemimpin UMNO tidak setuju dengan cara Tunku ini (melepaskan Singapura).
                             Dato Onn,Dato Jaafar Albar, Tun Dr Ismail, dan ramai lagi pimpinan UMNO tidak setuju dengan cara Tunku ini. Malah Pas pun ada ketika itu di zaman Ustaz Asri sebagai Presiden Pas???? Kenapa Pas masa itu tidak lantang menentang usaha Tunku ini????
Semua ini gara gara silap percaturan Tunku apabila kemasukan Sabah dan Sarawak masa itu dapat mengurangkan pengaruh LKY namun silap. Sabah dan Sarawak bukan lah didominasi oleh kaum Melayu.
Inilah kesilapan yang dibuat oleh Tunku masa tu. Menurut sumber dari orang orang lama yang saya dapat, masa itu pengaruh cina yang menyokong LKY cukup kuat. Ini yang membimbangkan Tunku.
Namun di atas nasihat British mengarahkan Tunku melepaskan Singapura.

                             Begitu lah. Sejak dari 1965 hingga sekarang singapura menjadi sebuah negara yang ekonominya kukuh, memiliki kekuatan tentera yang sophisticated, he he he. Mungkin menarik minat mereka pada malaysia ini melalui cara diplomasi atau pengaruh politik, mungkin mereka ada niat lain????Ingatlah, mereka ini tidak pernah jemu untuk memecahbelah perpaduan orang melayu.
Justeru itu berbalik semula kepada projek I/C, ini lah maksud yang tersirat yang TunM mengaku memberi kerakyatan kepada orang Sulu dan Moro yang beragama Islam di Sabah bagi menyelamatkan negeri Sabah dari dinodai oleh kaum kaum yang pengkianat seperti Jeffry Kitingan, Yong Teck Lee, dan beberapa lagi pemimpin pembangkang Sabah yang berideologi Sabah For Sabahan yang mahu memadamkan peta Sabah dari bumi Malaysia dan menuntut kemerdekaan mutlak.
Ini tanah rumpun Melayu. Maka ini adalah hak mutlak tanah air kita sebagai Orang Melayu.

Friday, 15 March 2013

Warga pendidik





Apabila warga pendidik cenderung kepada politik saya secara peribadi mengatakan itu tidak menjadi kesalahan,. Yang menjadi kesalahan apabila kecenderungan itu boleh menghasut anak anak murid agar membenci Kerajaan, Negara dan anggota Keselamatan, ini yang amat merbahaya.

     Kita tidak salah untuk berbeza faham politik, sebab aku di mana mana pun jumpa orang yang berbeza fahaman politik.
Namun tatacara dan resipi POLITIK DI NEGARA KITA (MALAYSIA) ini adalah secara bahasa mudah, penduduk malaysia seramai 28 Juta, daripada  jumlah itu majoritinya orang Melayu yang memilih agama Islam sebagai cara hidup.
Jadi orang Melayu ada 2 pilihan, sama ada memilih BN atau Pakatan pembangkang sebagai kerajaan.
Sebenaranya dua dua pihak ini ada mudarat, jadi mesti memilih mudarat kecil jika tidak dapat mengelak dari mudarat.
Jadi jika warga pendidik yang berbangsa Melayu yang beragama Islam harus peka dengan keadaan politik di negara kita ini.
Tidak salah untuk ada kecenderungan politik, itu hak mereka.
Jadi jika salah satu gabungan parti yang boleh menggugurkan negara Islam dan kata tidak ada dalam al-quran, membisu dalam pertahan kalimah Allah, tunduk di atas tekanan berhubung Isu salon rambut diKelantan, apakah ini tidak boleh di sifatkan sebagai mudarat BESAR jika parti ini di pilih Jika mereka menjadi kerajaan???
walhal suara akar umbi dari parti mereka sendiri pun di pekakan telinga.
       Perlu juga di ingatkan khas buat warga pendidik, rakyat Malaysia tidak mahu anak-anak mereka dididik oleh guru-guru yang menyemai sifat penderhakan terhadap negara. Justru guru guru seperti ini tidak perlu digajikan hanya untuk menghasut anak-anak kita benci terhadap, Kerajaan, negara dan  anggota keselamatan negara.

Perlu ingat, intituasi Guru ini cukup dan amat di hormati setiap pelusuk masyarakat. Jadi janganlah cemari diri anda wahai warga pendidik dengan menghasuk murid murid kecil yang tidak berdosa agara membenci kerajaan.

Monday, 11 March 2013

Sultan Sulu tidak pernah tuntut Sabah.

NORDIN. KCD MENULIS

 Sebenarnya Sultan Sulu pernah membantah tuntutan Filipina keatas Sabah sewaktu kemasukan Sabah ke dalam Malaysia dulu. Sultan Sulu mendakwa kerajaan Filipina tidak berhak ke atas Wilayah Sabah dan kepulauan Sulu kerana ia adalah hak milik Kesultanan Sulu. Malah Sultan Sulu menyokong Sabah dimasukkan kedalam Malaysia daripada membenarkan Filipina menuntut Sabah menjadi sebahagian wilayah Filipina seperti mana yang terjadi kepada wilayah kepulauan sulu yang ada sekarang. Sokongan Sultan Sulu iu turut mengukuhkan lagi kemasukkan Sabah ke dalam Malaysia. Atas sokongan tersebut, Malaysia telah mengiktiraf kewujudan kesultanan Sulu sebagai kuasa pengimbang untuk mengelak Sabah daripada terus dituntut oleh Filipina.

 Justru sebagai balasan sokongan Sultan Sulu ini, kerajaan Malaysia bersetuju meneruskan pembayaran wang pajakkan Sabah kepada Sultan Sulu seperti mana perjanjian yang berlaku diantara North Borneo Company dengan Sultan Sulu dulu hinggalah ke hari ini. Namun berlaku pertelagahan diantara kaum kerabat Sultan Sulu kerana masing-masing mendakwa merekalah waris yang berhak mendapat wang pajakan tersebut. Akhirnya wang pajakan tersebut terpaksa dimasukkan kedalam satu tabung khas hingga pihak yang bertelagah ini bersetuju mengiktiraf waris sultan yang sah. Hari ini ada akhbar di Filipina melaporkan pihak yang mengaku Sultan Sulu sekarang telah menerima tawaran daripada pihak pembangkang di Malaysia bagi mendapat pengiktirafan sebagai waris Sultan Sulu yang sah.

 Justru mereka bersetuju berkomplot dengan pembangkang di Malaysia untuk menimbulkan huru hara diwaktu Malaysia sedang menghadapi PRU. Kekacauan yang sengaja ditimbulkan ini diharapkan dapat memberi tekanan ke atas parti yang memerintah. Sekiranya parti pemerintah gagal menangani krisis ini dengan baik, sudah tentu ia memberi kesan buruk kepada mereka dan kelebihan kepada parti pembangkang untuk merampas Sabah. Jika pembangkang berjaya merampas Sabah, sudah tentu mereka bersedia memberi pengiktirafan rasmi kepada pihak yang mengaku Sultan Sulu itu bagi membolehkan pihak berkenaan mendapat wang pajakan Sabah ini sebagai ‘wang hadiah’ diatas kejayaan bersama mereka.

 Jadi pencerobahan ini berlaku tidak ada kena mengena dengan hubungan baik para pemimpin UMNO dengan pihak-piha berkenaan melainkan disebabkan komplot jahat antara pihak yang mengaku Sultan Sulu itu dengan dalang daripada Malaysia iaitu pihak pembangkang seperti mana yang didakwa oleh akhbar-akhbar di Filipina.

Tuesday, 5 March 2013

Etika Islam Dalam Peperangan..

Banyak pihak telah menjadi terlebih hero dan menjadi lebih cerdik apabila menyalahkan pihak keselamatan dan kerajaan apabila membiarkan penceroboh penceroboh di lahad datu tidak serang dari awal dengan menggunakan tentera. Kita kena ingat, motif kerajaan sebenar mahu konflik ini selesai tanpa ada pertumpahan darah. Apakah niat ikhlas kerajaan ini tidak boleh kita hargai langsung?

Memandangkan mereka juga beragama Islam dan pihak kerajaan mahu mereka keluar dari negara kita ini dengan aman.


Sebab tu kerajaan menggunakan polis untuk mengusir mereka dengan tanpa ada tumpah darah. Setelah anggota komando 69 dari PDRM telah dianaya oleh taktik kotor mereka dengan mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri, namun mereka melepaskan juga tembakan kepada anggota keselamatan kita dan melakukan beberapa siri pembunuhan kejam ke atas anggota polis selepas beberapa hari berikutnya. Ini menunjukkan mereka (penceroboh) tersebut tidak menghargai langsung di atas rundingan yang lembut daripada pihak kerajaan.

Tetapi ini apabila ini semua tidak dihargai baru lah kerajaan TERPAKSA mengambil langkah yang keras bagi bertindak di atas sikap tidak kenang budi dan degil mereka itu.

Kerana di dalam Islam pun ada etikanya dengan musuh kita.

Al-Qur'an Umat Muslim hanya dibolehkan membunuh, mengusir [3] dan memerangi umat kafir yang telah memerangi mereka terlebih dahulu dan dilarang melampaui batas. [4]

Surah Al-Baqarah:190 - Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Surah Al-Baqarah:194 - (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

AliffAkhbar