( Kajian terhadap video) |
Negara dikejutkan baru baru ini satu rakaman video aksi mirip persis pemimpin pembangkang dari Parti yang berlatarbelakangkan Parti Islam. Sudah tentu hal ini cukup memeranjatkan ramai di kalangan rakyat Malaysia samada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Masyarakat Melayu kita amnya mentaliti mereka kita ketahui, mereka amat sukar untuk terima jika seorang pemimpin yang imejnya dan personalitinya mencerminkan ciri-ciri keIslaman dan imej yang bersih dan juga mereka ini bersua-muka dan bertemu dengan setiap masyarakat malah berceramah agama di seluruh negara di tuduh melakukan perkara terkutuk terbabit. Amat sukar.
Dan masih juga kebanyakan masyarakat kita ini sukar terima kenyataan apabila tuduhan atau tohmahan seperti dikaitkan dengan skandal seks apabila aksi SEKS mereka di dedahkan melalui video , dan juga melalui pengakuan daripada pasangan mereka sendiri yang membuat kenyataan bahawa memang sah pemimpin itu yang berAKSI hubungan terlarang itu bersamanya. Juga sukar, namun ada yang sebaliknya. Malah yang mengecewakan saya setiap kali pemimpin dari parti pembangkang yang terKANTOI menikmati hubungan "lazat" tersebut , maka pihak UMNO juga yang dipersalahkan dan mengaitkan semua itu adalah agenda UMNO untuk menjatuhkan karier politik pemimpin terbabit. Malah mereka ini (pembangkang) mengeCOP parti UMNO adalah parti yang mengamalkan budaya politik lucah. Bukankah saya jelaskan diawal penulisan saya tadi bahawa masyarakat kita umumnya kita tahu sukar untuk terima apabila seseorang pemimpin itu dikaitkan dengan seks lebih lebih lagi mereka yang membawa imej Islam di depan rakyat.
Malah ini tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada "political interest " untuk UMNO. Sedangkan sudah banyak pendedahan salah lalu seks melibatkan pemimpin pembangkang akhirnya. UMNO juga yang dipersalahkan.
Dan mereka ini (mengeCOP UMNO parti lucah) juga lupa bahawa yang permulaan trend politik lucah ini juga dari pihak pembangkang, bukti ( Klik Sini ).
Hal ini sebenarnya pada saya cukup menarik untuk saya membuat analisa terhadap apa yang sering diperjuangkan oleh mereka selama ini yang mana mereka mahu landskap politik negara lebih bersih, telus,cekap dan memasukkan nilai nilai agama dari wakil Pas dan melaksanakan Hukum Hudud seperti yang diperjuangkan oleh Parti Islam seMalaysia Pas. Cukup sophisticated misi mereka ini untuk menarik minat rakyat terhadap prinsip PALSU mereka itu.
( Ada nampak batu tumbuk lesung??)
Saya memasukkan istilah PALSU dalam tulisan saya ini kerana setiap ketika mereka yang terKANTOI melakukan perkara perkara terlarang , mereka kelihatan gagal menjawab, menangkis dan bertindak untuk membersihkan nama mereka bila setiap kali tuduhan yang berat disabitkan terhadap mereka seperti dikaitkan dengan video lucah aksi hubungan seks mereka dengan pasangannya yang dipercayai bukan pasangan yang sah dan dipercayai bahawa mereka lah pelakon di dalam video itu berdasarkan penelitian dan pengamatan yang amat mendalam berdasarkan visual yang telah didedahkan itu di alam cyber ini. Dan jawapan yang diberikan oleh mereka semua itu adalah taktik UMNO untuk menjatuhkan imej dan membunuh karier politik mereka. Lebih menyedihkan lagi mereka mempergunakan agama untuk melepaskan diri mereka dengan memberi alasan pihak yang membuat tuduhan zina kepada mereka tidak menghadirkan 4 orang saksi yang adil, ada pula satu kes baru baru ini semasa kantoi kes khalwat jam 3 pagi dahulu mengeluarkan kenyataan "ada nampak ka batu tumbuk lesung" . Jelas mempergunakan agama demi nafsu serakah munafiq mereka dan Presiden Pas sendiri mengeluarkan kenyataan berdasarkan akal semata mata mengatakan video adalah besi yang tidak dapat berkata kata.
Saya tidak pasti adakah hujah hujah pembelaan mereka ini,mereka bertindak adil dalam mereka mempergunakannya. Lupakah mereka satu masa dahulu mereka pernah menuduh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu menonton video lucah bersama cucunya berdasarkan mendengar cerita semata mata tanpa mereka melihat sendiri. Mana yang lebih afdal dan kurang mudarat antara dengar dan melihat sendiri?????
Dan yang membuat cerita karut itu sebelum pihak polis menyiasat tuduhan itu telah terkena serangan jantung dan telah menemu ajalnya sebelum membuat penjelasan terhadap apa yang dikeluarkan oleh lidahnya itu. Siapa dia, individu terbabit adalah ustaz dari parti Pas ustaz Bunyamin Yaacob.
Dan yang membuat cerita karut itu sebelum pihak polis menyiasat tuduhan itu telah terkena serangan jantung dan telah menemu ajalnya sebelum membuat penjelasan terhadap apa yang dikeluarkan oleh lidahnya itu. Siapa dia, individu terbabit adalah ustaz dari parti Pas ustaz Bunyamin Yaacob.
Lupakah mereka, satu ketika dahulu mereka mendakwa menteri besar Selangor Dato Abu Hasan Omar ( semasa negeri Selangor di bawah pemerintahan BN) berzina dengan adik iparnya sendiri tanpa mereka melihat sendiri dan mereka hadirkan 4 orang saksi yang adil. Tetapi pada saya boleh juga Dato Abu Hasan mempertahankan dirinya dengan menggunakan alasan alasan tersebut dan alasan pasangan yang di tangkaap berkhalwat jam 3 pagi tersebut untuk melepaskan dirinya, tetapi beliau bertindak berundur dari dunia politik demi menjaga maruah dan hubungan keluarganya dari difitnah oleh Pas di seleruh negara melalui ceramah ceramah mereka.
Seperti juga kes Dato Rais Yatim, apabila terkena tuduhan yang berat oleh pihak pembangkang maka beliau bertindak dengan cepat bagi membersihkan diri dan maruah keluarganya dari dibelenggu kemusykilan oleh kaum keluarganya dan rakyat khususnya.
Tuduhan dan dakwaan mereka pada Dato Rais Yatim berdasarkan tulisan blogger (yang pro pada politik pembangkang)semata mata tanpa bukti bukti yang kukuh bagi menyabitkan tuduhan mereka itu. Namun pihak Pas tidak terlepas untuk menumpang sekaki berhubung perkara ini untuk dijadikan modal politik mereka di setiap ceramah ceramah mereka. Apabila Dato Rais yatim mengheret hal ini ke mahkamah terbukti blogger itu tidak dapat buktikan tuduhan terbabit dan di saman.
Tuduhan dan dakwaan mereka pada Dato Rais Yatim berdasarkan tulisan blogger (yang pro pada politik pembangkang)semata mata tanpa bukti bukti yang kukuh bagi menyabitkan tuduhan mereka itu. Namun pihak Pas tidak terlepas untuk menumpang sekaki berhubung perkara ini untuk dijadikan modal politik mereka di setiap ceramah ceramah mereka. Apabila Dato Rais yatim mengheret hal ini ke mahkamah terbukti blogger itu tidak dapat buktikan tuduhan terbabit dan di saman.
Berdasarkan analisa yang saya buat ini apabila pemimpin pemimpin UMNO disabitkan dengan tuduhan moral, mereka tidak pula menggunakan agama untuk melepaskan diri mereka, malah ada yang berundur secara senyap dari persada politik tanpa mempersoalkan pihak yang mendedahkan hal moral mereka padahal mereka juga ada hak untuk berbuat demikian seperti mana pihak pembangkang lakukan sekarang ini.
Kesimpulannya berhubung pendedahan video yang dikatakan persis Setiausaha Agung Parti Pas itu, pada saya ini adalah satu bentuk kifarah yang telah Allah turunkan untuk mereka. Bukan ujian. Jika ujian UMNO juga boleh disifatkan begitu bila setiap kali tuduhan moral oleh pihak pembangkang seperti kes Anwar dahulu maka TunM dengar sabar dan tawaduk untuk mengambil tindakan.
Pihak Pas sepatutnya memuhasabah diri kenapa perkara itu berlaku pada pemimpin mereka. Jika mereka itu seorang Islam yang beriman kepada rukun iman maka mereka wajib percaya Qada dan Qadar apabila tuduhan itu terkena kepada pemimpin kanan parti mereka.
Pihak Pas sepatutnya memuhasabah diri kenapa perkara itu berlaku pada pemimpin mereka. Jika mereka itu seorang Islam yang beriman kepada rukun iman maka mereka wajib percaya Qada dan Qadar apabila tuduhan itu terkena kepada pemimpin kanan parti mereka.
Dengan jelas kita dapat menilai siapa yang mempergunakan agama untuk politik dan melepaskan diri bila nafsu serakah mereka terdedah dan dipertontonkan oleh Allah kepada rakyat yang mahu menunujukkan adakah mereka ini benar benar istiqamah dan serius dalam memperjuangkan Islam yang suci ini.
Allah itu Maha berKuasa dan Maha Mengatahui setiap apa yang kita bercakap dan kita berjanji di hadapan rakyat dan masyarakat.
Kita sememangnya akui jika kita menutup aib seseorang itu maka Allah juga menutup aib kita. Itu janji Allah yang telah ditulis di dalam Kitab Suci Al Quran.
Justeru manusia yang munafiq dan menipu di depan rakyat, lebih lebih lagi seorang pemimpin yakinlah bahawa Allah itu lebih berkuasa untuk berbuat apa sahaja.
Jadi siapa sebenarnya yang mendedahkan perkara itu dan dipertontonkan kepada rakyat mengenai diri dan nafsu mereka itu?? Adakah parti UMNO?? Siapa yang lebih berKUASA Kun Faya Kun?? Allah Taala atau Parti UMNO??
Jadi siapa sebenarnya yang mendedahkan perkara itu dan dipertontonkan kepada rakyat mengenai diri dan nafsu mereka itu?? Adakah parti UMNO?? Siapa yang lebih berKUASA Kun Faya Kun?? Allah Taala atau Parti UMNO??
Aliff Akhbar
15 April 4 Jamadilakhir
1700.
15 April 4 Jamadilakhir
1700.
Sent from Yahoo! Mail on Android
No comments:
Post a Comment