Banyak di kalangan kita sering keliru dan rasa takut apabila permasalahan hudud apabila di bincangkan dan akan di label menentang Islam yang terus keluar dari mulut Pas dan ahli ahli mereka jadi di sini menjelaskan interpretasi hudud UMNO dan Hudud Pas.
Hudud interpritasi UMNO sama 
seperti hudud interpretasi Arab Saudi dimana ia berdasarkan Piagam 
Madinah seperti yang digariskan oleh Rasullulah. Piagam Madinah menyebut
 orang kafir yang bernaung dibawah pemerintahan Islam hendaklah 
tertakluk dibawah undang-undang Islam secara ADIL dan SEKSAMA. Quran 
yang UMNO percaya iyu pula adalah Quran yang mengiktiraf wujudnya Negara
 Islam, bukannya Quran dari tafsiran “Buku Jingga” seperti mana yang 
disebut oleh Hadi Awang bahawa tidak ada istilah “Negara Islam” dalam 
Quran kerana kefahaman PAS hanya “Negara Kebajikan” saja yang disebut 
dalam Quran seperti mana yang dipersetujui oleh DAP dan PKR itu.
Malangnya keadaan di Malaysia 
tidak sama seperti keaadan di Arab Saudi dimana undang-undang kita perlu
 dipersetujui secara demokrasi, manakala ArabSaudi tidak perlu 
persetujuan secara demokrasi kerana undang-undang mereka diputuskan oleh
 Majlis Syurah mereka yang berpandukan Al Quran dan Sunnah.
Sebab itu UMNO memilih pendekatan
 hukum takzir yakni dengan menggunakan budi-bicara hakim. Justru mereka 
yang melakukan kesalahan hudud pun masih boleh dihukum sekali pun tidak 
ada syarat empat orang saksi seperti yang diekankan dalam hukum hudud 
dengan hukuman yang lebih ringgan. Ini diakui sendiri oleh Nik Aziz. 
Kata Nik Aziz, “dia (hukum hudud) ini akan diluluskan oleh satu badan 
yang kita panggil kehakiman bukannya daripada orang politik.Badan 
kehakiman ada syarat-syarat dia, tak cukup syarat dia maka turun hudud 
kepada takzir, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod, 
sudah ditulis sejak bertahun-tahun dulu." (Klik sini)
Manakala Hadi Awang sendiri 
pernah kata hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu cuma 
0.001% saja dari keseluruhan undang-undang Islam. Jadi kenapa PAS masih 
sanggup mengkafirkan UMNO hanya kerana undang-undang yang cuma 0.001% 
ini??
Kita sepatutnya perlu bertanya 
kepada diri kita kenapa Allah mengarahkan manusia mengenakan hukuman 
yang berat kepada perbkara-perkara mungkar seperti mencuri, berzina, 
membunuh, minum arak dan sebagainya. Apakah tujuan sebenarnya hukuman 
itu dibuat, adakah ia bertujuan untuk membeza-bezakan antara orang Islam
 dengan orang kafir atau untuk mencegah manusia daripada melakukan 
kemungkaran tersebut, tidak kira mereka yang melakukan itu orang Islam 
atau kafir.
Jika pemimpin PAS mengaku tujuan 
hukuman Allah itu adalah untuk membeza-bezakan antara orang Islam dengan
 orang kafir kerana bagi PAS hudud tidak tertakluk kepada oran kafir, 
sudah tentu Allah tidak kata Dia adalah Tuhan bagi seluruh alam. Lebih 
baik Allah kata dia cuma Tuhan untuk oang Islam saja, jadi mereka yang 
bukan Islam bebas melakukan apa saja, baik di dunia mahu pun di Akhirat 
kerana Allah bukan Tuhan untuk orang kafir dan mereka tidak perlu takut 
dihukum kerana tidak ada Neraka buat mereka.
Namun jika Allah sudah mengaku 
yang Dia adalah Tuhan untuk seluruh alam, maka seluruh alam termasuklah 
orang kafir haruslah tertakluk dibawah hukum ALLAH yang SATU ini. Justru
 hukum alam yang terhadi atas izin Allah seperti gempa-bumi tidak hanya 
memusnahkan mereka yang kafir saja tetapi juga mendatangkan musibah 
kepada orang Islam itu sendiri. Begitu juga dengan kenikmatan yang Allah
 beri seperti rezeki di dunia tidak hanya dinikmati oleh orang Islam 
saja tetapi termasuk jugak mereka yang kafir.
ALLAH SEMEMANGNYA BERLAKU ADIL KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA, DARIPADA REZEKI YANG DITURUNKAN HINGGALAH HUKUMAN YANG PERLU DILAKSANAKAN, IA HENDAKLAH DILAKSANAKAN DENGAN ADIL DAN SAKSAMA KEATAS SELURUH UMAT MANUSIA TERMASUKLAH DALAM MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD INI. 
JIKA SEBELUM INI PEMINPIN DAP MENYOKONG PIHAK GEREJA YANG MAHU MENGAKU ALLAH ITU TUHAN MEREKA YANG SATU, KENAPA DAP SEKARANG TIDAK BOLEH BERSATU HATI DENGAN PAS DAN MENYOKONG HUDUD SEBAGAI HUKUM YANG DATANG DARI ALLAH YANG SATU INI, JIKA TIDAK ADA MUSLIHAT DAP MAHU MERAMPAS KALIMAH ALLAH DARIPADA UMAT ISLAM??????  
Sedangkan Allah juga menyuruh kita berlaku adil.
Al-'A`rāf:29 - Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Sebaliknya jika pemimpin PAS 
mengaku tujuan hukuman Allah itu untuk mencegah manusia daripada 
melakukan kemungkaran, bagaimana kemungkaran ini dapat dicegah dalam 
Negara yang majmuk seperti Malaysia ini jika Malaysia mengamalkan 
undang-undang yang berbeza berdasarkan kepada perbezaan agama??
Misalnya, jika orang Islam 
mencuri dia kena potong tangan, dan orang kafir pula hanya kena dua 
bulan penjara. Apakah ADIL jika barang orang Islam kena curi oleh orang 
kafir, orang kafir itu hanya kena penjara saja manakala barang orang 
kafir yang dicuri oleh orang Islam, orang Islam ini dihukum potong 
tangan pulak?? Sudah tentu orang kafir tidak takut untuk terus mencuri 
kerana hukuman yang mereka kena hanya dua bulan penjara.
Jadi bagaimana pencegahan dapat 
dilakukan jika kita sendiri mengamalkan perbezaan hukuman hanya kerana 
perbezaan agama. Malah kita hanya menggalakkan penjenayah yang beragama 
Islam meninggalkan Islam hanya kerana mahu mengelakkan diri mereka 
daripada dihukum dibawag undang-undang Islam.
Sebab itu UMNO tidak boleh menerima hudud inerpretasi PAS sebab ia hanya untuk tujuan politik, bukannya untuk mencari KEADILAN untuk semua rakyat di Malaysia.
Sent from Yahoo! Mail on Android


hudud yg ingin dilaksanakan PAS adalah berpandukan quran yg diambil hukumnya oleh ulama2- hudud umno berpandukan perlembagaan yg digubal oleh Lord Reid- kesimpulannya PAS ikut quran manakala umno bernabikan Lord Reid-dimana umno letak ayat 45 surah maidah tentang hukum qisos,hukuman bg penzina,pencuri,peminum arak didlm pemerintahan sekarang- JAUHILAH ajaran umno oenyesat umat melayu terbesar dlm sejarah melayu
ReplyDeleteAbandi:
ReplyDeleteApa saja undang-undang yang tidak dilaksanakan secara ADIL maka ia tidak boleh lagi dianggap Islamik. Islam sendiri menentang perlaksanaan undang-undang secara tidak adil, sebab itu jika Malaysia mahu melaksanakan hukum hudud maka Malaysia harus mencontohi Negara Islam seperti Arab Saudi. Cara perlaksanaan hudud di Arab Saudi menepati piagam Madinah (Dustar al-Madinah / Sahifah al-Madinah).
Fasal 42 Piagam Madinah menyerbut: “Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya”
Justru jika PAS sendiri tak mampu bermufakat dengan rakan sekutu mereka, bagaimana PAS mampu bertindak sendirian melaksanakan undang-undang yang perlu mendapat persetujuan bersama??? Apa lagi Presiden PAS sendiri mengaku istilah "Negara Islam" seperti yang diamalkan oleh Arab Saudi itu tidak wujud dalam Quran. Kata Hadi Quran cuma menyebut "negara kebajkan" sama seperti khendak DAP. Jadi bagaimana sekarang PAS nak lawan cakap DAP pulak???
Pas hanya mempolitikkan sahaja hudud.
Siapa lagi sesat??