Tuesday, 30 April 2013

INTERPRITASI TAFSIRAN HUDUD UMNO BERBANDING HUDUD PAS

NORDIN KCD MENULIS 


Banyak di kalangan kita sering keliru dan rasa takut apabila permasalahan hudud apabila di bincangkan dan akan di label menentang Islam yang terus keluar dari mulut Pas dan ahli ahli mereka jadi di sini menjelaskan interpretasi hudud UMNO dan Hudud Pas.

Hudud interpritasi UMNO sama seperti hudud interpretasi Arab Saudi dimana ia berdasarkan Piagam Madinah seperti yang digariskan oleh Rasullulah. Piagam Madinah menyebut orang kafir yang bernaung dibawah pemerintahan Islam hendaklah tertakluk dibawah undang-undang Islam secara ADIL dan SEKSAMA. Quran yang UMNO percaya iyu pula adalah Quran yang mengiktiraf wujudnya Negara Islam, bukannya Quran dari tafsiran “Buku Jingga” seperti mana yang disebut oleh Hadi Awang bahawa tidak ada istilah “Negara Islam” dalam Quran kerana kefahaman PAS hanya “Negara Kebajikan” saja yang disebut dalam Quran seperti mana yang dipersetujui oleh DAP dan PKR itu.
Malangnya keadaan di Malaysia tidak sama seperti keaadan di Arab Saudi dimana undang-undang kita perlu dipersetujui secara demokrasi, manakala ArabSaudi tidak perlu persetujuan secara demokrasi kerana undang-undang mereka diputuskan oleh Majlis Syurah mereka yang berpandukan Al Quran dan Sunnah.

Sebab itu UMNO memilih pendekatan hukum takzir yakni dengan menggunakan budi-bicara hakim. Justru mereka yang melakukan kesalahan hudud pun masih boleh dihukum sekali pun tidak ada syarat empat orang saksi seperti yang diekankan dalam hukum hudud dengan hukuman yang lebih ringgan. Ini diakui sendiri oleh Nik Aziz. Kata Nik Aziz, “dia (hukum hudud) ini akan diluluskan oleh satu badan yang kita panggil kehakiman bukannya daripada orang politik.Badan kehakiman ada syarat-syarat dia, tak cukup syarat dia maka turun hudud kepada takzir, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod, sudah ditulis sejak bertahun-tahun dulu." (Klik sini)

Manakala Hadi Awang sendiri pernah kata hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu cuma 0.001% saja dari keseluruhan undang-undang Islam. Jadi kenapa PAS masih sanggup mengkafirkan UMNO hanya kerana undang-undang yang cuma 0.001% ini??
Kita sepatutnya perlu bertanya kepada diri kita kenapa Allah mengarahkan manusia mengenakan hukuman yang berat kepada perbkara-perkara mungkar seperti mencuri, berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Apakah tujuan sebenarnya hukuman itu dibuat, adakah ia bertujuan untuk membeza-bezakan antara orang Islam dengan orang kafir atau untuk mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran tersebut, tidak kira mereka yang melakukan itu orang Islam atau kafir.





Jika pemimpin PAS mengaku tujuan hukuman Allah itu adalah untuk membeza-bezakan antara orang Islam dengan orang kafir kerana bagi PAS hudud tidak tertakluk kepada oran kafir, sudah tentu Allah tidak kata Dia adalah Tuhan bagi seluruh alam. Lebih baik Allah kata dia cuma Tuhan untuk oang Islam saja, jadi mereka yang bukan Islam bebas melakukan apa saja, baik di dunia mahu pun di Akhirat kerana Allah bukan Tuhan untuk orang kafir dan mereka tidak perlu takut dihukum kerana tidak ada Neraka buat mereka.

Namun jika Allah sudah mengaku yang Dia adalah Tuhan untuk seluruh alam, maka seluruh alam termasuklah orang kafir haruslah tertakluk dibawah hukum ALLAH yang SATU ini. Justru hukum alam yang terhadi atas izin Allah seperti gempa-bumi tidak hanya memusnahkan mereka yang kafir saja tetapi juga mendatangkan musibah kepada orang Islam itu sendiri. Begitu juga dengan kenikmatan yang Allah beri seperti rezeki di dunia tidak hanya dinikmati oleh orang Islam saja tetapi termasuk jugak mereka yang kafir.

ALLAH SEMEMANGNYA BERLAKU ADIL KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA, DARIPADA REZEKI YANG DITURUNKAN HINGGALAH HUKUMAN YANG PERLU DILAKSANAKAN, IA HENDAKLAH DILAKSANAKAN DENGAN ADIL DAN SAKSAMA KEATAS SELURUH UMAT MANUSIA TERMASUKLAH DALAM MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD INI. 

JIKA SEBELUM INI PEMINPIN DAP MENYOKONG PIHAK GEREJA YANG MAHU MENGAKU ALLAH ITU TUHAN MEREKA YANG SATU, KENAPA DAP SEKARANG TIDAK BOLEH BERSATU HATI DENGAN PAS DAN MENYOKONG HUDUD SEBAGAI HUKUM YANG DATANG DARI ALLAH YANG SATU INI, JIKA TIDAK ADA MUSLIHAT DAP MAHU MERAMPAS KALIMAH ALLAH DARIPADA UMAT ISLAM?????? 

Sedangkan Allah juga menyuruh kita berlaku adil.

Al-'A`rāf:29 - Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

Sebaliknya jika pemimpin PAS mengaku tujuan hukuman Allah itu untuk mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bagaimana kemungkaran ini dapat dicegah dalam Negara yang majmuk seperti Malaysia ini jika Malaysia mengamalkan undang-undang yang berbeza berdasarkan kepada perbezaan agama??

Misalnya, jika orang Islam mencuri dia kena potong tangan, dan orang kafir pula hanya kena dua bulan penjara. Apakah ADIL jika barang orang Islam kena curi oleh orang kafir, orang kafir itu hanya kena penjara saja manakala barang orang kafir yang dicuri oleh orang Islam, orang Islam ini dihukum potong tangan pulak?? Sudah tentu orang kafir tidak takut untuk terus mencuri kerana hukuman yang mereka kena hanya dua bulan penjara.

Jadi bagaimana pencegahan dapat dilakukan jika kita sendiri mengamalkan perbezaan hukuman hanya kerana perbezaan agama. Malah kita hanya menggalakkan penjenayah yang beragama Islam meninggalkan Islam hanya kerana mahu mengelakkan diri mereka daripada dihukum dibawag undang-undang Islam.
Sebab itu UMNO tidak boleh menerima hudud inerpretasi PAS sebab ia hanya untuk tujuan politik, bukannya untuk mencari KEADILAN untuk semua rakyat di Malaysia.
Sent from Yahoo! Mail on Android

Monday, 15 April 2013

Realiti Tuduhan Moral Pemimpin Terhadap BN dan Peminpin Pakatan Pembangkang

 ( Kajian terhadap video)

Negara dikejutkan baru baru ini satu rakaman video aksi mirip persis pemimpin pembangkang dari Parti yang berlatarbelakangkan Parti Islam. Sudah tentu hal ini cukup memeranjatkan ramai di kalangan rakyat Malaysia samada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Masyarakat Melayu kita amnya mentaliti mereka kita ketahui, mereka amat sukar untuk terima jika seorang pemimpin yang imejnya dan personalitinya mencerminkan ciri-ciri keIslaman dan imej yang bersih dan juga mereka ini bersua-muka dan bertemu dengan setiap masyarakat malah berceramah agama di seluruh negara di tuduh melakukan perkara terkutuk terbabit. Amat sukar.

Dan masih juga kebanyakan masyarakat kita ini sukar terima kenyataan apabila tuduhan atau tohmahan seperti dikaitkan dengan skandal seks apabila aksi SEKS mereka di dedahkan melalui video , dan juga melalui pengakuan daripada pasangan mereka sendiri yang membuat kenyataan bahawa memang sah pemimpin itu yang berAKSI hubungan terlarang itu bersamanya. Juga sukar, namun ada yang sebaliknya. Malah yang mengecewakan saya setiap kali pemimpin dari parti pembangkang yang terKANTOI menikmati hubungan "lazat" tersebut , maka pihak UMNO juga yang dipersalahkan dan mengaitkan semua itu adalah agenda UMNO untuk menjatuhkan karier politik pemimpin terbabit. Malah mereka ini (pembangkang) mengeCOP parti UMNO adalah parti yang mengamalkan budaya politik lucah. Bukankah saya jelaskan diawal penulisan saya tadi bahawa masyarakat kita umumnya kita tahu sukar untuk terima apabila seseorang pemimpin itu dikaitkan dengan seks lebih lebih lagi mereka yang membawa imej Islam di depan rakyat.

Malah ini tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada "political interest " untuk UMNO. Sedangkan sudah banyak pendedahan salah lalu seks melibatkan pemimpin pembangkang akhirnya. UMNO juga yang dipersalahkan. 

Dan mereka ini (mengeCOP UMNO parti lucah) juga lupa bahawa yang permulaan trend politik lucah ini juga dari pihak pembangkang, bukti ( Klik Sini ).
Hal ini sebenarnya pada saya cukup menarik untuk saya membuat analisa terhadap apa yang sering diperjuangkan oleh mereka selama ini yang mana mereka mahu landskap politik negara lebih bersih, telus,cekap dan memasukkan nilai nilai agama dari wakil Pas dan melaksanakan Hukum Hudud seperti yang diperjuangkan oleh Parti Islam seMalaysia Pas. Cukup sophisticated misi mereka ini untuk menarik minat rakyat terhadap prinsip PALSU mereka itu.




                                                        ( Ada nampak batu tumbuk lesung??) 

Saya memasukkan istilah PALSU dalam tulisan saya ini kerana setiap ketika mereka yang terKANTOI melakukan perkara perkara terlarang , mereka kelihatan gagal menjawab, menangkis dan bertindak untuk membersihkan nama mereka bila setiap kali tuduhan yang berat disabitkan terhadap mereka seperti dikaitkan dengan video lucah aksi hubungan seks mereka dengan pasangannya yang dipercayai bukan pasangan yang sah dan dipercayai bahawa mereka lah pelakon di dalam video itu berdasarkan penelitian dan pengamatan yang amat mendalam berdasarkan visual yang telah didedahkan itu di alam cyber ini. Dan jawapan yang diberikan oleh mereka semua itu adalah taktik UMNO untuk menjatuhkan imej dan membunuh karier politik mereka. Lebih menyedihkan lagi mereka mempergunakan agama untuk melepaskan diri mereka dengan memberi alasan pihak yang membuat tuduhan zina kepada mereka tidak menghadirkan 4 orang saksi yang adil, ada pula satu kes baru baru ini semasa kantoi kes khalwat jam 3 pagi dahulu mengeluarkan kenyataan "ada nampak ka batu tumbuk lesung" . Jelas mempergunakan agama demi nafsu serakah munafiq mereka dan Presiden Pas sendiri mengeluarkan kenyataan berdasarkan akal semata mata mengatakan video adalah besi yang tidak dapat berkata kata.
Saya tidak pasti adakah hujah hujah pembelaan mereka ini,mereka bertindak adil dalam mereka mempergunakannya. Lupakah mereka satu masa dahulu mereka pernah menuduh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dahulu menonton video lucah bersama cucunya berdasarkan mendengar cerita semata mata tanpa mereka melihat sendiri. Mana yang lebih afdal dan kurang mudarat antara dengar dan melihat sendiri?????
Dan yang membuat cerita karut itu sebelum pihak polis menyiasat tuduhan itu telah terkena serangan jantung dan telah menemu ajalnya sebelum membuat penjelasan terhadap apa yang dikeluarkan oleh lidahnya itu. Siapa dia, individu terbabit adalah ustaz dari parti Pas ustaz Bunyamin Yaacob.


Lupakah mereka, satu ketika dahulu mereka mendakwa menteri besar Selangor Dato Abu Hasan Omar ( semasa negeri Selangor di bawah pemerintahan BN) berzina dengan adik iparnya sendiri tanpa mereka melihat sendiri dan mereka hadirkan 4 orang saksi yang adil. Tetapi pada saya boleh juga Dato Abu Hasan mempertahankan dirinya dengan menggunakan alasan alasan tersebut dan alasan pasangan yang di tangkaap berkhalwat jam 3 pagi tersebut untuk melepaskan dirinya, tetapi beliau bertindak berundur dari dunia politik demi menjaga maruah dan hubungan keluarganya dari difitnah oleh Pas di seleruh negara melalui ceramah ceramah mereka.

Seperti juga kes Dato Rais Yatim, apabila terkena tuduhan yang berat oleh pihak pembangkang maka beliau bertindak dengan cepat bagi membersihkan diri dan maruah keluarganya dari dibelenggu kemusykilan oleh kaum keluarganya dan rakyat khususnya.
Tuduhan dan dakwaan mereka pada Dato Rais Yatim berdasarkan tulisan blogger (yang pro pada politik pembangkang)semata mata tanpa bukti bukti yang kukuh bagi menyabitkan tuduhan mereka itu. Namun pihak Pas tidak terlepas untuk menumpang sekaki berhubung perkara ini untuk dijadikan modal politik mereka di setiap ceramah ceramah mereka. Apabila Dato Rais yatim mengheret hal ini ke mahkamah terbukti blogger itu tidak dapat buktikan tuduhan terbabit dan di saman.
 
Berdasarkan analisa yang saya buat ini apabila pemimpin pemimpin UMNO disabitkan dengan tuduhan moral, mereka tidak pula menggunakan agama untuk melepaskan diri mereka, malah ada yang berundur secara senyap dari persada politik tanpa mempersoalkan pihak yang mendedahkan hal moral mereka padahal mereka juga ada hak untuk berbuat demikian seperti mana pihak pembangkang lakukan sekarang ini.
Kesimpulannya berhubung pendedahan video yang dikatakan persis Setiausaha Agung Parti Pas itu, pada saya ini adalah satu bentuk kifarah yang telah Allah turunkan untuk mereka. Bukan ujian. Jika ujian UMNO juga boleh disifatkan begitu bila setiap kali tuduhan moral oleh pihak pembangkang seperti kes Anwar dahulu maka TunM dengar sabar dan tawaduk untuk mengambil tindakan.
Pihak Pas sepatutnya memuhasabah diri kenapa perkara itu berlaku pada pemimpin mereka. Jika mereka itu seorang Islam yang beriman kepada rukun iman maka mereka wajib percaya Qada dan Qadar apabila tuduhan itu terkena kepada pemimpin kanan parti mereka. 

Dengan jelas kita dapat menilai siapa yang mempergunakan agama untuk politik dan melepaskan diri bila nafsu serakah mereka terdedah dan dipertontonkan oleh Allah kepada rakyat yang mahu menunujukkan adakah mereka ini benar benar istiqamah dan serius dalam memperjuangkan Islam yang suci ini.
Allah itu Maha berKuasa dan Maha Mengatahui setiap apa yang kita bercakap dan kita berjanji di hadapan rakyat dan masyarakat. 

Kita sememangnya akui jika kita menutup aib seseorang itu maka Allah juga menutup aib kita. Itu janji Allah yang telah ditulis di dalam Kitab Suci Al Quran.
Justeru manusia yang munafiq dan menipu di depan rakyat, lebih lebih lagi seorang pemimpin yakinlah bahawa Allah itu lebih berkuasa untuk berbuat apa sahaja.
Jadi siapa sebenarnya yang mendedahkan perkara itu dan dipertontonkan kepada rakyat mengenai diri dan nafsu mereka itu?? Adakah parti UMNO?? Siapa yang lebih berKUASA Kun Faya Kun?? Allah Taala atau Parti UMNO??

Aliff Akhbar
15 April 4 Jamadilakhir
1700.
Sent from Yahoo! Mail on Android

                                                     

Saturday, 13 April 2013

Trend Politik Lucah Bermula Dari Pembangkang..

NORDIN KCD MENULIS 





Sebenarnya trend politik lucah di Malaysia ini bermula daripada parti pembangkang. Parti pembangkang lah pihak yang mula mendesak BN memaksa pemimpin BN yang terbabit dengan video seks lucah meletak jawatan.
Orang pertama yang jadi mangsa adalah bekas naib presiden MIC yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P. Vinjandran. Beliau bukan saja didesak meletak jawatan oleh Karpal Singh tetapi Karpal juga mintak video seks itu dimainkan di Dewan Rakyat. Akhirnya BN akur dengan desakan Karpal lalu mintak Vinjandran berundur.


Kemudian sekali lagi Karpal mendakwa mempunyai bukti cukup untuk menuduh Timbalan Presiden UMNO yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu disandang oleh Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat. Karpal desak kerajaan siasat Anwar kerana Karpal tidak mahu Malaysia mempunyai bakal Perdana Menteri seorang peliwat. Akhirnya Tun Dr Mahathir akur dengan dakwaan Karpal itu memang benar. Tun terpaksa pecat Anwar setelah Anwar enggan berrundur setelah dinasihatkan berbuat demikian.
Kemudian sekali lagi pemimpin BN iaitu Presiden MCA, Chua Soi Lek dikaitkan dengan video seks oleh musuh politik beliau. Namun Soi Lek dengan segera letak jawatan dan memohon maaf bagi mengelakkan isu ini daripada diekplotasikan oleh pihak pembangkang.
BN tidak pula menuduh pembangkang sebagai dalang dalam kesemua kes ini bagi menutup salah laku pemimpin BN walau pun pembangkanglah yang menjadi punca pembongkaran rahsia yang membabitkan pemimpin BN itu. Sebaliknya pemimpin BN yang terbabit ini dinasihatkan berundur dengan baik bagi menghormati pandangan rakyat ke atas mereka.
Bukan macam pembangkang sekarang, sudah lah mereka tidak mahu siasat sama ada pemimpin mereka itu benar terlibat atau tidak, malah menuduh pula pihak lawan sebagai dalang hanya untuk menutup perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu. Apa lagi mahu mengharap pemimpin yang terlibat itu memohon maaf malah dengan muka selamba dan tak malu mereka pula yang mengajak rakyat menolak pihak yang tak ada kena mengena dengan nafsu serakah mereka itu, adakah patut orang seperi mereka kita sokong??


Wajib Baca! Dokumen Sejarah Bukti Siapa Mulakan Trend Politik Lucah Di Malaysia. http://mymassa.blogspot.com/2012/05/wajib-baca-dokumen-sejarah-bukti-siapa.html from Yahoo! Mail on Android