Sunday, 3 January 2021

KETURUNAN SHAIK EUSOFF BIN SHAIK LATIFF

Artikel ini dipetik dari Blog mamakceluptepung.blogspot.com 


Nindia cerita dia. Aku amik daripada sejarah yang depa tulih dalam Pertubuhan Ikatan Kaseh. Pertubuhan Ikatan Kaseh ni adalah satu pertubuhan keluarga belah TokBa aku la yang registered tahun ni di Penang.

Keturunan Mamak ni aku dapat belah TokBa. Tapi pasai muka aku ikut muka Papito, maka susah orang nak pecaya. Aku pi salon masa bulan posa pun cina tuang ayaq green tea depan aku hahahahah. Family aku besaq sebenaqnya ikut dua-dua belah Papito dengan Mamita. Pasai Papito dia suka cari adik beradik. Dengan Mamita pun selalu ajaq kita kena kenai adik beradik pasai ni la ikatan yang kita ada.

Hikayat ceritera di Penang dulu ni yang aku dok dengaq semua tok-tok menakan aku dok cerita adalah pasai Shaik Eusoff. Satu manusia yang ada di Penang, yang ada banyak kereta kuda, lepaih tu Mat Saleh jadi tukang cuci. Bukan Mat Saleh orang Melayu hahahah Mat Saleh la omputih. Tapi masa tu aku tak banyak sangat info, cuma everytime TokBa cerita aku suka dengaq, sebab setidaknya aku tau salah silah keturunan aku belah mana. Mai pakat baca pasai Shaik Eusoff, supaya nanti kalau ada sapa-sapa yang nak tau, boleh baca kat sini buat reference.

'Shaik Eusoff Bin Shaik Latiff adalah anak lelaki kepada Shaik Latiff Bin Shaik Nattar Sahib. Datuknya Shaik Natar Sahib adalah seorang pegawai askar. Askar East India Company dan berpangkat Jemadar. Di dalam askar British, pangkat Jemadar ialah Leftenan.

Shaik Nattar Sahib seorang yang berketurunan Gujerati yang telah datang dari Mumbai India bersama-sama Kapten Francis Light yang telah membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Beliau kemudiannya telah bermastautin di Pulau Pinang dan adalah seorang pemimpin masyarakat yang dihormati dan disegani pada masa itu.

Ketika askar-askar Sepoy datang ke Pulau Pinang beliau adalah hos bagi mereka dan persembahan 'boria' telah dimulakan oleh beliau melalui askar-askar Sepoy. Beliau telah membina dan mewakafkan sebuah bangunan yang merupakan surau dan juga tempat persembahan boria yang dinamakan 'Hasharah Khana' yang terletak di Jalan Masjid. Hasharah Khana juga digunakan untuk menyambut Hari Asyura iaitu 10 Muharram. Semasa itu boria adalah ritual keagamaan yang penuh dengan zikir dan doa-doa.


Sumber Gambaq Google. Produced by Jawi and Jawi House, Penang. 


Sumber Gambaq : Koleksi Peribadi Keluarga Shaik Eusoff & Hajee Bee

Shaik Nattar Sahib adalah orang pertama yang menonjolkan boria sebagai budaya peranakan dan sehingga kini adalah budaya yang unik untuk masyarakat Jawi Peranakan Pulau Pinang. Oleh itu Ikatan Kaseh dengan bangganya akan meneruskan legasi Shaik Nattar Sahib iaitu boria sebagai budaya warisan bangsa. Sehingga kini, ada sepuluh generasi di Pulau Pinang sejak zaman Shaik Nattar Sahib.


Sumber Gambaq Google. Produced by Jawi and Jawi House, Penang.
   
Selain daripada Hasharah Khana, Shaik Nattar Sahib juga telah mewakafkan tanah perkuburan di belakang bangunan tersebut dan kini Ikatan Kaseh sedang berusaha untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan di tanah perkuburan tersebut.

Shaik Eusoff telah meneruskan kerja-kerja amal bapa dan datuknya dengan membina sebuah rumah dalam tahun 1850an. Rumah ini masih tersergam indah dan dikenali sebagai Yeng Keng Hotel di Leboh Chulia. Mengikut cerita, Shaik Eusoff telah lahir pada tahun 1833 dan meninggal dunia pada 23 April 1894. Beliau telah berkahwin dengan Mak Wan Bee Binti Mohd Noordin dan mempunyai 8 orang anak, 2 lelaki dan 6 perempuan.


Ni aku letak mai salasilah Shaik Nattar Sahib sampai la kat aku. Kalau ikut perkiraan adik beradik depa amik kira dari Shaik Eusoff, makanya aku ni generasi keenam. Tapi aku takdak la kereta kuda aku ada kereta buatan Malaysia ja tu pun power window selalu problem hahahahahaha. Takpa nanti aku kaya sikit aku beli Rolls Royce Wraith sebijik.

Ok sambung balik.

Mak Wan Bee pula adalah dari keluarga yang terkenal di Pulau Pinang semasa itu. Bapa beliau adalah Mohamad Noordin Merican seorang hartawan dan usahawan yang berjaya dalam bidang perkapalan, tekstil dan rempah ratus. Empayar perniagaannya adalah dari Singapura, Acheh, Phuket, Burma dan India.  Beliau adalah adik kepada Kader Mohideen Merican iaitu Kapitan Kling Pulau Pinang.

Keluarga Kapitan Kling menggunakan Merican sebagai nama keluarga dan keluarga adiknya Mohd Noordin menggunakan nama Noordin sebagai nama keluarga mereka. Pusara Mohd Noordin dan kaum keluarganya terletak di Noordin Tomb di dalam kawasan Masjid Kling.

Semasa hayatnya Shaik Eusoff adalah seorang pemimpin masyarakat yang disegani dan telah dilantik sebagai 'juror' oleh pihak berkuasa British. Beliau adalah seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam dan telah mewakafkan sekeping tanah sebanyak 5 ekar untuk masjid yang dinamakan sebagai Masjid Shaik Eusoff di Dato Keramat. Beliau juga telah mengamanahkan sebidang tanah seluas 14 ekar di Air Itam untuk kepentingan keluarganya. Di atas tanah inilah terletaknya Rumah Anak-anak Yatim Pinang dan juga terletaknya Bangunan Syed Hussin Aidid Malay Boys Home. 


 
Sumber Gambaq : Koleksi Peribadi Keluarga Shaik Eusoff & Hajee Bee

Sumbangan Shaik Eusoff sebagai dermawan juga diabadikan dalam batu penderma-penderma hospital Pulau Pinang dalam tahun 1879.

Shaik Eusoff telah kembali ke Rahmatullah pada 23 April 1894 dan Mak Wan Bee pula telah mengikutnya pada tahun 1899. Pusara-pusara mereka telah diabadikan di Makan Keluarga Masjid Shaik Eusoff.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh-roh mereka dan anak-anak mereka dan mengampuni dosa-dosa mereka serta menempatkan mereka di dalam golongan orang-orang Solihin. Amin.'

Wednesday, 17 September 2014

PENGIKHTIRAFAN 50 TOKOH BERPENGARUH DUNIA PADA IDRIS JALA ADALAH PENGIKHTIRAFAN PADA NAJIB

Saya merasakan apabila Idris Jala telah disenaraikan oleh Bloomberg di antara 50 tokoh the most influential in the world dalam bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia sedikit sebanyak mempengaruhi Najib untuk karier politik beliau.Secara sendirinya pengikhtirafan itu mengiktiraf Najib kerana Najib yang melantiknya. Kalau beri dekat Najib nanti nampak sangat pula. Pengikhtirafan itu bukanlah datang dari pihak yang bukan calang-calang.

                                               

Setelah Tun Mahathir tarik sokongan pada Najib, tiba-tiba terus Idris Jala disenaraikan oleh pihak terbabit. Mungkin!!Disebalik pengikhtirafan itu kepada Idris, pihak ini memeriksa dan teliti segala proses-proses Transformasi Najib sejak beliau dipilih untuk menggantikan tampuk pemerintahan Tun Abdullah Badawi sejak 2009 dan janji-janjinya. 

Kerana Idris Jala dipertanggungjawabkan untuk merangka dan memantau segala transformasi-transformasi dasar Najib ini melalui jawatankuasa khas PEMANDU dan Idris sendiri adalah sebagai peneraju utama.

Orang-orang Melayu sebenarnya banyak tidak begitu selesa dengan idea idea dari PEMANDU ini. Kebanyakan dasar dasar PEMANDU ini cukup membimbangkan orang-orang Melayu. Tetapi, diatas ketaatan orang Melayu kepada pucuk pimpinan di dalam UMNO, dasar dasar ini sudah berjalan separuh jalan, mungkin lebih daripada proses transformasi sudah menampakkan wajahnya yang sebenar.

Daripada beberapa dasar-dasar, pemansuhan akta-akta yang dilihat konservatif, rasionalisasi subsidi, keterbukaan mahasiswa berpolitik, kebebasan bersuara dan membuat himpunan aman, pinjaman 1MDB dan yang terbaru memansuhkan akta hasutan untuk digantikan dengan akta yang baru telah membuatkan orang Melayu seakan-akan hilang sabar apabila melihat siri-siri pemansuhan akta-akta pencegahan, ianya telah di cabul oleh pihak-pihak yang beragenda untuk menghuru-harakan negara dengan mengeluarkan apa saja kenyataan perkauman, penghinaan kepada Agama Islam, Institusi Raja Melayu, PDRM, Perbuatan subversif di Borneo, semuanya diatas nama demokrasi politik baru. 
Inilah adalah dasar dasar Najib yang telah membuatkan Dr M bersuara dengan menarik semula sokongannya pada beliau.Umum ketahui, dasar luar negara semasa era Tun Dr Mahathir terhadap polisi barat cukup dingin. Amerika juga melihat peralihan kuasa di Malaysia, maka sudah semestinya dasar dasar sesebuah negara itu akan berubah.Najib juga mahu dijulang namanya bukan dalam negara sahaja namun Najib juga tetap mahu namanya cukup dikenali oleh dunia luar.

                                                   

Oleh itu sejak kedatangan Presiden Obama tempoh hari, mungkin Najib seolah-olah cuba mempraktikkan dasar dasar ala Barat yang progressive lagi liberalisasi. Pada saya, kemusykilan timbul apabila pengikhtirafan itu diberi kepada Idris Jala oleh pihak ini yang kita ketahui latar belakang mereka siapa dibelakang mereka.

Adakah mereka ini mahu melobi sesuatu dari Malaysia melalui si Idris Jala ini??
Saya secara peribadi merasakan satu kelegaan yang amat apabila TunM mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa kepada Najib.Dan sudah semestinya para-para pro dari Team Najib termasuk beberapa jemaah Menteri akan tampil membela Najib dan memberi pembelaan sehingga digelar kapten transformasi bagai. Inilah team yang Tun khabarkan seperti kisah Raja pembesar pembesar Istana yang tidak mahu menegur Raja meraka walau Raja itu bogel sekalipun dihadapan mereka.

Situasi ini umpama Tun mahu melucutkan imuniti Raja-raja dan kerabat diraja seketika dahulu yang membuatkan Tun dituduh dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan keras tindakannya itu pada institusi di Raja. Sebenarnya, tindakan inilah yang akan menyelamatkan Institusi ini dari di digulingkan oleh rakyat secara anarki apabila immuniti tersebut memberi satu kebencian kepada institusi Raja untuk membuat apa saja walau jenayah sekalipun.

Begitu halus taktikal Tun umpama General Perang 5 bintang didalam situasi perang yang sukar dibaca. Pandangannya disebalik dinding. Tindakannya mengkritik dan mengeluarkan kenyataan menarik sokongan kepada Najib itu adalah langkah untuk menyelamatkan rejim Najib sendiri dari di tolak oleh Orang Melayu dan majoriti rakyat.

Maka Najib harus halusi tindakan Tun ini, samada beliau mahu ikut idea Idris Jala dan penasihat liberal tink tank beliau atau kehendak orang Melayu .Najib harus ingat, kerusi beliau duduk sekarang ini adalah dari pilihan orang Melayu. Daripada135 Kerusi Parlimen, 88 kerusi UMNO. 
Najib hidup diatas undi melayu.Jika Najib tidak mahu karier politiknya tercabar atau dicabar kemudian hari maka Najib halusi semula kenyataan menarik sokongan itu dari Tun. Tak kisah jika Tun yang menarik sokongan, hanya satu undi saja, yang perlu Najib kisah adalah kebimbangan orang Melayu kepada kepimpinanya.
Itulah yang membuatkan karier politik beliau samada jatuh atau bangun.

Sunday, 6 April 2014

GULING DAN PERINTAH???



Sebelum terjadinya kes pesawat MAS MH370 yang menggemparkan negara dan dunia, beberapa kenyataan berunsur subversif dari seorang pemimpin pakatan rakyat yang berjawatan naib Presiden dari parti PKR Tian Chua yang lantang mengeluarkan kenyataan boleh menggulingkan kerajaan Najib hanya untuk tempoh 5 bulan sahaja setelah Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman bersalah diatas tuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari oleh 3 Panel Hakim Mahkamah Rayuan
 
Saya rasa, apakah pemimpin pemimpin lain dalam pakatan rakyat ini bodoh dan tidak tahu undang undang?? Tidak, sebenarnya ramai pemimpin dalam pakatan rakyat yang tahu undang undang, kebanyakan dari mereka adalah peguam dan pengamal undang undang. Ada juga prof pasar malam yang diberi gelaran pakar perlembagaan yang mana prof ini kerap mentafsir perlembagaan yang cenderung untuk membohongi pemikiran orang ramai tentang perlembagaan persekutuan

Apakah mereka dari pakatan rakyat ini tidak tahu bahawa menggulingkan kerajaan ini adalah sama seperti mengulingkan Yang Dipertuan Agong. Kenyataan Tian Chua itu adalah unsur unsur subversif yang cuba menggambarkan perasaan tidak suka kepada YDPA dan Kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. RUJUK(
Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya, )
Kerajaan yang ada dan tertubuhnya sekarang adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui kaedah pilihanraya melalui sistem electoral college yang dikendalikan oleh satu suruhanjaya yang dilantik dan diiktiraf oleh YDPA yang mana fungsi Suruhanjaya ini untuk menjalankan tugasnya bagi mengendalikan, mengesahkan, mengumumkan, setelah diperolehi semua keputusannya setelah disahkan oleh semua pihak untuk memberitahu pihak mana yang menang dan boleh menubuhkan sesebuah kerajaan yang sah di sisi perlembagaan, dan seterusnya Perdana Menteri menghadap YDPA untuk mengangkat sumpah kehadapan Seri Paduka Baginda YDPA bagi menubuhkan kerajaan yang mutlak.
Ini asasnya untuk menyokong dakwaan bahawa wujudnya kerajaan sekarang yakni kerajaan BARISAN NASIONAL.
Setelah PRU 13 lalu pihak BN telah menang dengan 133 kerusi dewan rakyat daripada 222 kerusi yang dipertandingkan mengikut Fasal (Perkara 46 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Keanggotaan Dewan Rakyat. 45 (1) Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.) .
Merujuk kepada kenyatan Tian Chua itu, yang mengatakan, mereka, BOLEH menggulingkan Kerajaan Najib, yakni Kerajaan BARISAN NASIONAL hanya untuk masa 5 bulan sahaja.

Apakah method-method mereka untuk
menggulingkan kerajaan dalam masa sesingkat 5 bulan??
Dengan cara mengusulkan undi tidak percaya kepada pihak kerajaan??
Dengan cara menggunakan fungsi "orang dalam" melalui institusi FUNDAMENTAL seperti Angkatan Tentera, Polis, Peguam Negara, Badan Kehakiman, dan jentera jentera kerajaan untuk berpaling tadah dan menggulingkan kerajaan???
Dengan cara ANARKIS yang menghimpunkan rakyat di jalan raya selama 5 bulan berturut turut??
Dengan cara menerima anasir asing untuk menggulingkan kerajaan secara ketenteraan, gerila, mirip Arab Sping??

Tian chua sudah beberapa kali mengeluarkan kenyaatan provokasi agar dia ditangkap pihak berkuasa.
Saya secara peribadi menganggap dia ini mencabar kepada pihak-pihak yang dilistkan supaya dia ditangkap dan disumbat ke dalam untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa. Ini sebenarnya yang dia mahu supaya Anwar Ibrahim boleh membawa perkara ini kepada mata antarabangsa bagi menunjukkan bahawa Kerajaan BARISAN NASIONAL terlalu zalim dan membunuh demokrasi dengan menghukum rakyat yang bertentangan haluan politik dengannya.
Buktinya mereka mengatakan ada beberapa lagi pemimpin pakatan rakyat seperti Nik Nadzmi, Karpal Singh, Teresa Kok dan beberapa lagi akan dipenjarakan tanpa diadili.
Apakah pihak berkuasa tidak berani tangkap dan menyiasat Tian Chua berhubung status di Twitternya itu?


Kenapa budak nyamuk yang menghina Datin Seri Rosmah dengan gambar yang hina pihak berkuasa berani tangkap dan ambil kenyataan dan siasat?? Pada saya kenyataan Tian Chua itu adalah ancaman dan menggugat keselamatan negara.
Taktikal mereka untuk memerangkap kerajaan dengan cara mereka ditangkap dengan kejam dan ditahan tanpa bicara.
Malah dengan berani mereka mahu membuat lagi himpunan yang menggunakan tajuk dengan tujuan menggulingkan kerajaan.


Tian chua mungkin tahu, Anwar Ibrahim akan masuk penjara, maka Anwar menyuruh Tian chua mengeluarkan apa saja cara kenyatan provokatif dan mencabar individu tertentu untuk menangkapnya agar cara ini boleh dilihat untuk memanjangkan jangka hayat politik Anwar. Mereka perlu mencari apa saja kaedah untuk memberi tekanan kepada Kerajaan dan Mahkamah agar Anwar tidak dipenjarakan.
Kesimpulannya, sampai bila kerajaan mahu terikut ikut dengan taktikal kotor mereka ini? Apakah dengan menangkap mereka ini maka kerajaan akan dapat tekanan dari dalam dan luar?
Apakah yang tertulis dalam perlembagaan dan undang undang itu masih belum cukup kuat lagi sebagai sandaran pada kerajaan untuk menangkap mereka?
Apakah jika pihak ini pula menjadi kerajaan mereka akan bersangka baik kepada pihak lawan mereka yang berlawan haluan politik dengan membiarkan lawan mereka menggugat kedudukan mereka??
Malah silap silap mereka membuat undang undang yang lebih zalim dan taghut dari undang undang yang mereka benci sekarang ini. Walhal undang undang yang mereka benci itu sudah dimansuhkan.
Hanya masa dan waktu yang akan buktikan pada kita nanti . Insyaallah.
ALIFF AKHBAR.
6/04/2014

Saturday, 12 October 2013

PIHAK GEREJA MAHU KELIRUKAN ORANG ISLAM DAN KRISTIAN

NORDIN MENULIS
Sebenanya bukan umat Islam yang jadi keliru tapi umat Kristian di Malaysia saja yang cuba dikelirukan oleh pihak Gereja mereka jika “Allah” dijadikan nama Tuhan dalam bible. Ini kerana agama Kristian di seluruh dunia tidak mengiktiraf ‘Allah’ sebagai nama Tuhan mereka. Mereka kata nama ‘Allah’ Tuhan yang umat Islam sembah itu sebenarnya adalah nama “Tuhan Bulan” yang disembah di zaman Jahiliah dulu. Sebab itu kata mereka agama Islam masih lagi menggunakan simbol bulan bersempena dengan “Tuhan Bulan” yang disembah oleh puak jahiliah dulu kala. 

                                                     DAKWAAN KRISTIAN PADA ISLAM

Jadi apakah motif tersembunyi bila Gereja Katolik di Malaysia begitu beria-ia benar mahu guna nama “Allah” untuk nama Tuhan mereka sedangkan umat Kristian di seluruh dunia anggap umat Islam ini umat yang sesat kerana masih menyembah “Tuhan Bulan” yang diajar oleh Nabi Palsu, bukan ajaran dari Nabi Isa yang sebenarnya??

Jadi untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan antara agama, kenapa baru sekarang pihak Kristian Katolik di Malaysia berkeras mahu guna nama Allah sedangkan nama itu sendiri boleh mengelirukan umat Kristian?? Kenapa nak cari pasal dan buat isu untuk bergaduh dengan orang Islam di sini hanya kerana “Moon God” yang mereka guna?? Adakah dengan menyebut “Oh My Lord” “Oh My Jesus Christ” sudah tidak cukup lagi Kristian hingga umat Kristian di Malaysia dipaksa pula menyebut “Oh My Allah instead of Oh My God” seperti mana yang biasa disebut oleh umat Kristian di seluruh dunia itu???

To those who say God and Allah are the same, by virtue of the aforementioned quotes from the Quran does it make sense that Jews and Christians should worship a god who curses them? Another quote from the Quran which Christians should pay special attention to is “no son did Allah beget” [23:91] Given this, one has to wonder why any Jew or Christian would suggest we all pray to the same god. Yet there is an ongoing effort being embraced by many Christians, Muslims and some Jews in support of this view. Lihat seterusnya:- SILA KLIK 







Wednesday, 18 September 2013

KENAPA MESTI IRI HATI DENGAN BUMIPUTERA???

Apabila Kerajaaan BN yang didominasi parti Melayu UMNO berjaya membentuk semula kerajaaan pada PRU yang lalu dan telah melancarkan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera, ianya telah membuatkan golongan liberalisme sekular tidak senang duduk dan telah menjadi seperti cacing kepanasan. Sebenarnya golongan ini tidak perlu la nak menyalahkan parti UMNO, kerana parti gabungan BN boleh membentuk semula kerajaan kerana taat setia orang Melayu kepada parti UMNO.
 Maka secara sendirinya UMNO terpaksa menjaga kehendak orang Melayu kerana parti mereka boleh menang pun kerana hasil daripada undi Melayu.

 Jelas!! Selari dengan perkara 153 perlembagaan persekutuan yang mana hak hak keistimewaan orang Melayu itu haruslah tidak boleh di pertikai dan di ganggu gugat. Perkara 153 ini boleh wujud kerana hasil persetujuan semua kaum kaum di negara ini. Jadi kenapa golongan LIBERALISME SEKULARISMA yang anti bumiputra ini nak melompat lompat seperti beruk???

Apakah kaum liberal saja yang boleh memakai BMW 5 Series??

Apakah kaum liberal saja yang boleh memiliki kediaman mewah yang ada security guard Melayu??

Apakah kaum liberal saja yang boleh pergi makan angin di luar negara serata dunia??

Apakah kaum liberal sahaja yang boleh menjalankan perniagaan pada skala besar??

Apakah kaum liberal sahaja yang boleh memiliki berekar ekar tanah??
Apakah kaum liberal sahaja yang boleh memiliki syarikat utiliti secara monopoly??

Apakah kaum bumiputra Melayu tidak berHAK untuk menikmati segala yang kaum liberal ini nikmati???

Apakah kaum bumiputra Melayu  yang miskin tanpa perlu di bantu??

 Apakah kaum bumiputra Melayu tidak boleh tidak layak berdiri sama tinggi dengan kaum liberal yang lain dan persaingan ekonomi??

 Jadi billionaire Bumiputera Melayu Islam hanya ada 4 (empat) sahaja dari senarai Top 20.
 Jadi, wahai kaum liberal, kami tidak mengusik sedikit pun hak anda.

 1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. (RM. 10.6 BILLION) (Al Bukhary Foundation)
 2. Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 BILLION) (Arab Malaysian Corp)
 3. Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 BILLION) (Sapura Kencana Petroleum)
 4. Datuk Shahril Shamsudin (RM 1.64 BILLION) (SAPURA GROUP)


 Selebihnya semua dari kaum liberal yang menguasai ekonomi dalam Malaysia ini.

Tuesday, 2 July 2013

BANTAHAN MENUKAR AGAMA ANAK DAN CABARAN NAJIB

Satu lagi cabaran yang Najib Razak bakal hadapi ialah, terdapat suara suara parti kompenen yang hanya menyumbang setakat celah gigi kerusi Parlimen kepada BN yang mahu Kerajaan mempertimbang permintaan mereka berhubung rang undang-undang tukar agama agar dikaji semula dan berniat untuk mempertikaikan sama sekali rang tersebut. Gesaan mereka juga menuntut supaya kerajaan menarik balik Seksyen 107(b) Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013. 

Aku amat menanti kebijaksanaan percaturan politik Najib di sini. Parti parti bukan Melayu/Islam dalam BN tidak mahu ibu atau bapa (bukan ibubapa) untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Agama Islam. Malah Bar council pun turut menjerit dalam hal ini. Bar council pula mendakwa rang undang undang tersebut jika di laksana secara RASMI, maka menghakis KUASA mahkamah sivil. Parti musyrikin DAP juga tidak terkecuali untuk mengambil tempat dalam perkara sebegini agar mendapat habuan laba politik perkauman dan yang amat anti pada Islam itu.


Memang benar di dalam Islam itu tidak ada paksaan untuk memeluknya, namun perkara ini jika tidak ditangani boleh menjadi barah sedikit demi sedikit. Sebab banyak kes berlaku apabila ada suami mahu mengislamkan anaknya tapi ditentang oleh Isteri bila berlaku penceraian atau murtad. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan yang majoriti penduduknya yang beragama Islam dan berketuakan  Yang Dipertuan Agong yang melindungi kesucian agama Islam,  maka martabat Agama Islam itu patut di letak pada tempat yang sepatutnya.


Jadi hal hal  Islam telah mula conteng oleh musuh musuh Islam maka ummat Islam wajib lah sedar tentang perkara perkara maruah agama kita yang bertuhankan Tuhan sekalian alam dan mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh dan pembawa Utusan dari Allah maka tolong lah sedar ... Cukup cukup lah berpolitik.

 Jadi aku menunggu kenyataan peminpin  PAS sebelum ni meraung raung dengan negara Islam mereka dan mahu menjadikan Malaysia sebagai negara MULLAH apakah mereka tidak mahu membantu UMNO bagi perlaksanaan Undang undang ini????

Sunday, 12 May 2013

BENARKAH UMNO RACIST DAN MENINDAS KAUM LAIN?

AL- MUMTAHANAH : 8- ALLAH TIDAK MELARANG KAMU DARIPADA BERBUAT BAIK DAN BERLAKU ADIL KEPADA ORANG ORANG YANG TIDAK MEMERANGGI AGAMA KAMU, DAN TIDAK MENGELUARKAN KAMU DARI KAMPUNG HALAMAN KAMU; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGASIHI ORANG ORANG YANG BERLAKU ADIL


AGENDA DAP TAWAN PUTRAJAYA

NORDIN KCD MENULIS




Sungguh pun UMNO parti yang berteraskan orang Melayu tetapi sejak dari mula lagi UMNO akur kewujudan kaum-kaum lain di negara ini. Justru UMNO bersama MCA dan MIC menubuhkan satu pakatan politik antara kaum-kaum yang dinamakan PERIKATAN.
Tujuan utama Perikatan ditubuhkan adalah untuk berkongsi kuasa dan berkerjasama dalam pentadbiran negara ini. Justru setiap kebajikan dan kepentingan semua kaum hendaklah diambil kira dan masing-masing diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC.

Dengan kerjasama yang jitu dan gabungan tenaga yang padu, UMNO, MCA dan MIC telah berjaya mengubal satu Perlembagaan yang mengiktiraf hak keistimewaan kaum masing-masing. Sebagai mewakli kaum pribumi di negara ini, UMNO terpaksa mengambil kira kedudukan ekonomi orang Melayu yang pada waktu itu bersedia menerima kedatangan kaum-kaum lain untuk berkongsi negara ini dengan mereka. UMNO juga perlu memastikan ekonomi orang Melayu tidak terpinggir dengan kebanjiran kaum-kaum pendatang ini kerana bimbang orang Melayu jadi daif di negara mereka sendiri.



Manankala Kaum Cina dan India pula begitu bimbang dengan pengaruh politik negara-negara jiran (seperti Indonesia dan Thailand) yang waktu itu lebih mengutamakan perpaduan nasional melalui proses asimilasi berteraskan kaum pribumi di negara berkenaan. Justru mereka menuntut hak keistimewaan mereka dalam mengekalkan identiti kaum mereka diberi jaminan. Justru jaminan dalam pendidikan vernakular, bahasa, budaya dan agama mereka terus dikekakan hinggalah ke hari ini.
Inilah persefahaman yang sudah disepakati antara UMNO, MCA dan MIC. Walau bagaimana pun, dalam waktu yang sama UMNO terpaksa menghadapi tentangan dari dalam UMNO itu sendiri. Sebahagian besar gulungan ulama yang berada didalam UMNO tidak bersetuju dengan pemaufakatan antara kaum ini. Mereka anggap persefahaman yang dicapai itu hanya menghalang Tanah Melayu daripada menjadi sebuah Negara Islam.
                                                     PRESIDEN SUKARNO
                                                     
Justru mereka mengambil keputusan keluar dari UMNO dengan menubuhkan parti baru yang bernama PAS atau Parti Islam SeMalaya. PAS ketika itu membantah keras Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dianggap mereka sebagai Perlembagaan Kafir.
Namun demikian rakyat Tanah Melayu waktu itu tetap menyokong kuat kesepakatan yang sudah dicapai oleh pemimpin Perikatan dan PAS pula hanya disokong oleh di negeri-negeri di Utara Semenanjung saja. Ini menunjukkan Perikatan bukanlah parti yang rasis yang hanya mengutamakan kepentingan satu kaum atau kepentingan satu agama saja. UMNO masih mempertahankan Islam tetapi dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada agama-agama lain diamalkan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.



Bagaimana pun Perikatan sekali lagi menghadapi ancaman baru apabila Lee Kwan Yew cuba membawa masuk ideologi beliau ke Malaya untuk menyayingi Perikatan khususnya MCA. Tujuan slogan “Malaysian Malaysia” PAP Lee Kwan Yew pada mulanya adalah hendak menarik sokongan kaum Cina yang lebih tertumpu di Negeri-Negeri Selat yakni Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
Lee Kwan Yew tahu kaum bukan Melayu tidak ada halangan untuk jadi Ketua Menteri di Negeri-Negeri Selat ini berbanding Negeri-Negeri yang mempunyai Sultan. Justru Negeri-Negeri Selat ini dijadikan sasaran politik Lee Kwan Yew walau pun pada awalnya beliau berjanji tidak akan membawa pengaruh PAP ke dalam Malaya.

Akhirnya Tunku mengambil keputusan menyinkirkan Singapura kerana bimbang ianya akan menggugat perpaduan kaum di Malaysia. Presiden MCA pada waktu itu Tun Tan Siew Seng sendiri mengalu-ngalukan tindakan Tunku kerana beliau sendiri sudah menghidu tindakan Lee Kwan Yew itu cuma mahu merosakkan perpaduan kaum terutama kaum Cina yang ketika itu menjadi penyokong kuat kepada MCA.
Bagaimana sisa-sisa parti PAP Lee Kwan Yew itu masih diteruskan melalui DAP yang mengambil-alih tempat PAP. Kewujudan PAP di Malaysia dibatalkan berikutan daripada penyinkiran Singapura daripada Malaysia


Bagi DAP mereka tidak ada halangan untuk memainkan isu-isu perkauman terutama mengugkit hak keistimewaan orang Melayu untuk menyakiti hati kaum Cina. Sebelum ini orang Melayu tidak pernah cemburu dengan kekayaan orang Cina. Bagaimana pun orang Melayu jadi tersentak bila mereka menyedari kuasa politik mereka mula tergugat hasil keputusan PRU pada tahun 1969.
Untuk mengelakan rusuhan kaum 1969 daripada berulang, UMNO mencadangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi ekonomi semua kaum di negara ini diwujudkan. UMNO tidak mahu orang Melayu rasa cemburu dengan kekayaan kaum Cina, justru orang Melayu perlu dilatih dan dibantu supaya mereka tidak lagi ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi.

MCA dan MIC juga menyokong usaha UMNO ini kerana mereka juga tidak mahu kejadian 13 Mei 1969 berulang lagi. Bagaimana pun DAP terus mentomahkan MCA sebagai menuruti telunjuk UMNO. DAP mendakwa MCA dikuasai oleh towkei-towkei Cina yang tidak mendekati denyut-nadi gulungan Cina yang miskin. Akhirnya DAP berjaya mencipta persepsi buruk terhadap MCA sehingga orang Cina percaya yang MCA adalah ‘Pak Turut’ kepada UMNO



Segala sumbangan MCA kepada kaum Cina terutama dalam mempertabatkan sekolah Cina sudah tidak diendahkan lagi. Kaum Cina begitu percaya kerajaan baru akan ditubuhkan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim yang dipilih khusus oleh DAP selepas PRU 13 ini nanti. Kepercayaan kaum Cina ini jadi bertambah kuat memandangkan orang Melayu PAS dan PKR turut menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.

Jadi apakah benar UMNO, MCA dan MIC bersikap rasis berbanding DAP, PAS dan PKR?? UMNO tidak pernah menyentuh hak mana-mana kaum begitu juga MCA dan MIC tidak pernah mengungkit hak keistimewaan orang Melayu. Malangnya sebahagian besar pengundi Cina percaya bahawa UMNO, MCA dan MIC adalah rasis. Mereka lebih percaya tomahan dan fitnah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap BN.

Hari ini semua parti-parti yang didominasikan kaum Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan hampir pupus akibat isu-isu perkauman yng dimainkan oleh DAP dan Pembagkang yang lain. Apakah kaum Cina khususnya dan orang Melayu amnya masih tidak mahu mengambil iktibar daripada perbuatan parti-parti pembangkang ini???