Tuesday, 17 April 2012

Benarkah Pembangkang mahukan kemenangan yang BERSIH ?

NORDIN KCD MENULIS 
   
      
"Benarkah pengerusi bersama BERSIH, Mat Sabu, Ambiga dan A Samad Said inginkan kemenangan pilihanraya yang BERSIH untuk semua pihak?? Kata penganjur BERSIB 3.0 ini, selagi tuntutan mereka tidak ditunaikan selagi itu sukar untuk parti pembangkang menang dalam Pilihan Raya kali ini. Proses Pilihan Raya sekarang sudah dianggap tercemar dan kotor kerana didakwa memihak kepada Barisan Nasional.



Jadi jelaslah disini yang dikatakan KOTOR itu sebenarnya adalah tentang peluang pembangkang untuk menang yang nampaknya semakin kabur sekarang. Apakah tujuan BERSIH diadakan hanya mahu melihat peluang parti pembangkang mengalahkan Barisan Nasional kembali cerah? Adakah mereka bermaksud ADIL itu hanya ketika pembangkang yakin akan “menyampu bersih” semua negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini. Ketika itu barulah proses Pilihan Raya yang sedia ada sekarang barulah dianggap BERSIH walau pun mereka sendiri sebenarnya menggunakan pelbagai tektik kotor untuk mengalahkan Barisan Nasional?

Sebab itu agaknya mereka bertiga ini perlu memBERSIHkan peluang pembangkang terlebih dahulu sebelum berani menghadapi Pilihan Raya kali ini. Bagi mereka biarlah peluang pihak lawan mereka pula yang jadi kabur kerana itu barulah dikatakan ADIL. Jadi tidak hairanlah kenapa Mat Sabu, Ambiga dan A Samad Said tidak pernah mempersoalkan tindakan Anwar Ibrahim yang mahu merampas kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 walau pun mereka tahu Anwar menggunakan tektik kotor cuba membeli kemenangan wakil rakyat dari Barisan Nasional. Apakah mereka anggap tindakan 16 September Anwar itu BERSIH sedangkan Karpal Singh sendiri mahu Anwar bertaubat kerana beliau tahu tindakan Anwar itu hanya mengaibkan dan mengotorkan maruah pihak pembangkang saja?

Manakala Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak sendiri sudah beberapa kali mengulangi pendirian beliau bahawa beliau tidak mahu Barisan Nasional menang dengan cara yang kotor, hina dan tidak bermaruah. Sebab itu beliau menyerahkan kebijaksanaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membetulkan mana yang silap seperti mana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Jika benar pihak pembangkang mahu menang secara terhormat kenapa pihak pembangkang enggan mengikuti proses perundangan seperti menyertai perbahasan di Parlimen tentang penambahbaikan proses pilihan raya ini sedangkan peluang itu sudah pun diberikan kepada mereka untuk membangkitkan perkara yang tidak betul. Sebaliknya mereka lebih suka mencari jalan bagaimana mencerahkan peluang mereka dengan menggunakan tektik-tektik yang kotor ini.

Sudah tentu cara terbaik untuk mereka adalah dengan mengadakan kempen besar-besaran melalui perhimpunan BERSIH. Tujuan mereka hanya mahu memancing sempati dan sokongan rakyat kononnya parti pembangkang tidak dilayankan dengan ADIL oleh SPR hanya kerana mahu memenangkan Barisan Nasional. Jadi mereka uar-uarkan bahawa tujuan BERSIH diadakan untuk menentang pihak kerajaan yang dikatakan sedang berkrompomi dengan SPR bagi mengalahkan parti pembangkang melalui proses piliharaya yang kotor ini.

Sudah tentu cara yang dilakukan pembangkang itu membuat ramai pihak terpanggil untuk menyokong usaha mereka yang dikatakan cuba membersihkan penyelewengan yang sedang berlaku sekarang. Justru mereka yang terpedaya dengan tektik pembangkang ini sudah tentu tidak keberatan mengundi parti pembangkang jika sekiranya tuntutan-tuntutan BERSIH itu enggan dilayan oleh SPR. Ini sebagai hukuman terhadap Barisan Nsional yang dituduh bersekongkol dengan SPR mahu menjatuhkan pembangkang. Pembangkang sebenarnya tahu memang sukar untuk SPR melunaskan kesemua tuntutan mereka dengan segera kerana ia membabitkan soal perundangan. Oleh itu dapatlah mereka jadikan keengganan SPR itu sebagai senjata untuk mengajak rakyat menghukum Barisan Nasional.

Inilah muslihat dan tujuan pembangkang sebenarnya kenapa mereka memilih perhimpunan BERSIH untuk membetulkan proses Pilihan Raya sedangkan mereka mempunyai pilihan lain yang lebih berhema dan terhormat jika benar mereka membetulkan penyelewengan yang berlaku. Sebenarnya pembangkang sendiri tahu yang mereka tidak mampu mengulangi kemenangan seperti dulu jika mereka menggunakan cara yang sah dan betul. Jadi mereka terpaksa menggunakan cara yang kotor pula iaitu menghasut rakyat dengan memberi gambaran yang kotor terhadap pihak kerajaan dan juga SPR.

Persoalannya sekarang, adakah tindakkan pembangkang yang menggunakan perhimpunan BERSIH itu salah?? Sudah tentu pembangkang tidak pernah rasa bersalah menggunakan tektik kotor ini kerana matlamat mereka hanya mahu menang pada Pilihan Raya kali ini saja. Jadi pihak yang patut dipersalahkan adalah mereka yang sengaja membiarkan pembangkang menipu diri mereka kerana mereka sendiri yang mahu pembangkang menang walau pun mereka tahu yang mereka sedang ditipu dan dipergunakan oleh pembangkang.

Jadi tidak ada bezanya sama ada mereka mahu duduk di rumah atau duduk di Dataran Merdeka berhimpun bersama BERSIH jika niat mereka memang mahu pembangkang menang dalam PRU kali ini. Mereka sebenarnya masih bebas untuk memilih siapa saja yang mereka suka. Mungkin mereka lebih teruja jika mereka dapat mempamirkan kebodohan mereka untuk duduk bersama BERSIH daripada menyimpan hasrat mereka di rumah. Itulah kelebihan yang mereka ada sekarang iaitu bebas untuk diperbodoh dan diperkudakan oleh pihak pembangakang atas nama BERSIH.
"

Monday, 19 March 2012

Niaga dengan Yahudi OK, tapi tidak dengan Zionis -Hadi Awang

Nordin KCD menulis


Kata Hadi Awang, niaga dengan yahudi OK, tapi bukan dengan Zionis (lihat artikel dibawah). Jadi Hadi Awang tak marahlah kalau kapal dagang Yahudi masuk pelabuhan Kelang jika tujuan mereka hanya untuk bawa barang niaga untuk kita. Jadi, yang Hadi Awang marah tu tentulah Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim ternyata menjadi sebahagian daripada Zionist kerana bukan saja beliau mengiktiraf kewujudan Israel tetapi beliau juga turut bersusah payah mahu menjaga keselamatan Israel seperti mana yang dinyatakan oleh beliau itu??

Ramai yang tidak tahu perbezaan antara Yahudi dengan Zionist, jadi kita sendiri tidak tahu yang mana satu yang patut kita tentang. Yahudi sebenarnya merujuk kepada mereka yang beragama Yahudi atau Judaism dan penganut agama ini digelar sebagai Jews atau dalam bahasa Melayu kita panggil mereka “Yahudi”.

Agama Yahudi berasal daripada ajaran Nabi Ibrahim dimana penganutnya perlu taat kepada hukum-hakam agama ini yang dipanggil “Halaka”, iaitu sama seperti hukum-hakam “Syariah” didalam Islam.

Manakala Zionist pula adalah satu “pergerakkan penubuhan tanah air untuk orang beragama Yahudi” yang dikendalikan oleh puak ektrimis Yahudi. Puak ektrimis Yahudi ini percaya bahawa sebahagian daripada Negara Palestine yang ditadbir British dulu adalah kepunyaan mereka. Jadi matlamat “Pergerakkan Zionist” ini adalah untuk menggalakkan penghijrahan atau dipanggil “aliyah” yang membawa masuk penganut Yahudi dari seluruh dunia menetap didalam satu wilayah yang kini digelar sebagai “ISRAEL”.

Quote:
A former president of the World Zionist Organization has stated explicitly that a Zionist owes unqualified loyalty to the Zionist state and that, in the case of a conflict, the first loyalty of a Zionist must be to the Zionist state. According to Jewish law, however, a Jew owes allegiance and loyalty to the country of which he is a citizen, and, of course, no faithful Jews owes any loyalty or allegiance to the Zionist state.


Penubuhan “ISRAEL” pada 1949 disokong oleh British menyaksikan pembahagian wilayah Palestine yang terletak dibawah mandat British kepada dua bahagian, satu dijadikan sebagai Negara ISRAEL dan satu lagi menjadi hak milik Jordan. Manakala rakyat asal wilayah Palestine ini pula tersepit diantara kedua-dua negara ini. Hari ini rakyat Palestine mendapat cuma sebahagian kecil saja wilayah asal mereka iaitu di semenanjung Gaza dan di Tebing Barat yang memisahkan Israel dan Jordan itu. Itu pun mereka tetap ditindas dan dihalau oleh rejim Zionist dari masa ke semasa merampas tanah-tanah kepunyaan rakyat Palestine ini.

Sebelum wujudnya ISREAL, tanah Palestine ini diduduki oleh rakyat Palestine yang terdiri daripada kaum majoriti Arab yang beragama Islam, kaum Hebrew yang beragama Yahudi dan juga kaum Arab Kristian. Mereka hidup aman damai berkongsi wilayah Palestine ini. Namun kedamaian ini ditelah dimusnahkan oleh pergerakkan Zionist yang merampas tanah rakyat Palestine untuk menubuhkan Negara baru yang digelar ISREAL.

Pergerakkan Zionist ini dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin Yahudi dari serata dunia. Merekalah yang menaja pergerakkan dan perjuangan Zionist yang hari ini turut disokong oleh kerajaan Amerika. Oleh itu kita boleh anggap siapa saja yang menyokong kewujudan Israel walau pun mereka bukan kaum Yahudi adalah “Zionist”. Jadi ini bermakna tidak semua Zionist itu Yahudi, contohnya Amerika juga adalah Zionist kerana menyokong penubuhan dan kewujudan Isreal malah menjadi “penjaga keselamatan utama” Israel.

Namun demikian tidak semua kaum Yahudi itu Zionist terutama kaum Yahudi Hebrew yang juga menjadi penduduk asal di wilayah Palestine ini. Mereka ini sebenarnya menentang pergerakkan Zionist yang membawa masuk “orang laur” yang beragama Yahudi ke wilayah mereka. Disebabkan pergerakkan Zionist ini lah mereka terpaksa bermusuh dengan rakyat Palestine yang berbangsa Arab. Pada hal dulu mereka boleh hidup dengan aman dan damai sebelum pergerakkan Zionist merampas tanah-tanah rakyat Palestine untuk dihadiahkan kepada “orang luar” yang beragama Yahudi itu.

Memang benar “orang luar” yang beragama Yahudi itu kebanyakkannya berasal dari wilayah ini namun mereka sudah pun menjadi warganegara asing dan tidak lagi serasi dengan budaya rakyat tempatan Palestine termasuk penduduk asal Palestine Hebrew itu.

Penduduk asal Palestine berbangsa Hebrew/Yahudi ini sebenanrya tidak memerlukan sebuah “negara baru” yang dipanggil ISRAEL kerana wilayah Palestine itu sendiri adalah wilayah mereka juga. “Negara Baru Isreal” itu sebenarnya lebih merupakan rancangan jahat “puak ektimus zionis” yang berkhendak wilayah mereka sendiri iaitu eklusif untuk mereka yang beragama Yahudi. Inilah punca konflik Palestine ini berlaku kerana kebiadapan pergerakkan Zionis merampas tanah rakyat Palestine untuk dijadikan penempatan baru “kaum pendatang” yang beragama Yahudi itu.

Hari ini di negara kita pun sudah ada seorang Zionist yang terkemuka yang sedang berusaha menjadi perdana menteri Malaysia. Bila kita kata Anwar Ibrahim seorang Zionist kerana menyokong usaha Amerika menjaga keselamatan dan kewujudan Israel, pecacai-pecacai beliau turut menuduh Tun Dr Mahathir pun seorang Zionist juga kerana mengiktiraf perdana menteri ISREAL sebagai rakan sejawatnya. Kata mereka, masakan Tun tidak menyokong kewujudan Israel jika Tun sendiri berutus surat seperti mana yang didedahkan itu, justru Tun juga adalah seorang Zionist kerana mengiktiraf kewujudan Israel.

Jika diteliti balik surat-surat Tun itu, Tun cuma mengingatkan pemimpin (PM-PM) Israel tentang keadaan aman-damai yang pernah berlaku di wilayah Palestine (sebahagian daripada wilyah Palestine ini kini sudah menjadi Negara ISRAEL) ini dmana penduduk asal Palestine kaum Hebrew yang beragama Yahudi pernah duduk aman damai dengan penduduk asal Palestine berbangsa Arab sebelum pergerakkan Zionist merampas tanah mereka. Kata Tun, jika pemimpin Israel inginkan kedamaian yang abadi, mereka perlu memulangkan semula hak rakyat Palestine ini, jika tidak amat sukar bagi Malaysia mengiktirafkan kewujudan Negara Israel tampa mengambil-kira hak-hak rakyat Palestine ini.

Adakah Hadi Awang tidak tahu membezakan maksud Tun yang mahu pemimpin Yahudi terlebih dulu mengiktiraf hak-hak rakyat Palestne iaitu memulangkan semula tanah rakyat Palestine yang dirampas untuk dijadikan negara Israel itu dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang terus menyokong usaha-usaha pergerakkan Zionist yang mahu melindungi keselamatan Israel yang berdosa kerana merampas tanah-tanah rakyat Palestine ini??? Hadi Awang seharusnya dengan tenang perlu menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Zionist sama ada beliau sengaja atau tidak, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.



Wilayah Palestine sebelum dirampas oleh pergerakkan Zionis yang diletak dibawah mandat British


Kewujudan negara baru Israel hasil pergerakkan Zionis yang merampas wilayah rakyat Palestine

Sinar Harian wrote:
Presiden Pas: Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis


Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.


"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis,

Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.

"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersam harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya.

Tuesday, 6 March 2012

Kontark Punca Pas Kedah bergaduh....

Nordin KCD menulis      




Exco Kedah Phahrolrazi Mohd Nawawi mendedahkan punca dia bergaduh dengan MB Kedah adalah disebabkan MB ini mahu memberi projek pembinaan jalan raya yang benilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang pemimpin UMNO di Kedah.

Hanya kerana berbeza fahaman politik, orang PAS macam Phahrolrazi ni sanggup menghalang orang Melayu yang seagama dengannya daripada mendapat projek pembangunan di negeri mereka sendiri. Jadi tidak heranlah selama ini memang ada orang PAS yang tak mahu bersembayang dimasjid yang diimamkan oleh orang UMNO, handir kenduri-kendara atau majlis yang dikendalikan oleh orang UMNO, semuanya kerana ajaran Tok Guru mereka yang mahu mereka memilih bersubahat dengan syaitan daripada berbaik-baik dengan orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka.

Mungkin kalau projek jalanraya ini diberikan kepada Cina DAP, tentu Phahrolrazi tak bantah seperti mana dia bantah sekarang. Mujurlah dasar bantuan UMNO tidak meminggirkan mana-mana orang Melayu termasuklah orang Melayu PAS sendiri. Sebab itu kita lihat walau pun anak-anak orang PAS ini dapat biasiswa dari kerajaan UMNO tetapi mereka sanggup menentang kerajaan yang membantu mereka kerana itu semua adalah ajaran dari Tok Guru mereka. Bila orang bagi ambit, tapi bila nak gigit, gigit tangan yang bagi mereka bantuan.

Malaysiakini wrote:
Kontrak RM600 juta punca krisis PAS Kedah



Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

NONEPerkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

NONEProjek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Sunday, 31 July 2011

KALAU ANJING PUN KAMI BOLEH MENANG, HE HE

Inilah hasilnya bila kita tidak mememui Islam yang sebenarnya apabila bertempek kepada Islam politik yang bersandarkan kepada kemenangan di pilihanraya semata -mata secara terang terang memperlihatkan KEANGKUHANNYA apabila sanggup berpeminpinkan anjing untuk di pilih untuk menjadi wakil rakyatnya  yang mana kita tahu manusia itu sendiri yang Allah ciptakan sebaik baik kejadian berbanding ciptaanNya di alam ini, walaupun dalam dalam fekah itu sendiri yang mengabarkan tentang haramya anjing tu, Pas mungkin terlupa kot nak habaq kat DAP pasai benda ni, sebab kita yakin, kalau calon DAP bertanding kemungkinan besar ahli Pas atau PKR mengundi calaon DAP ni,  SEBABNYA ATAS TIKET PAKATAN RAKYAT, jadi mau kah mereka ini berpeminpinkan anjing??????? itu persoalannya?????

Inilah calon DAP yang mereka maksudkan tu, tapi ahli Pas dan PKR nak pangkah ka tak tau la.....

tapi kan mereka bersatu di atas tiket pakatan rakyat, dan pedoman mereka adalah kitab jingga buatan anwar

    
 dari blog jas salleh seraemas   
    

KEPALA HOTAK DAP SINDIR PENGUNDI CINA SEBAGAI ANJING???

Wow! Ajaib memang ajaib ! Ntah di mana justifikasinya ada seorang lahanat pemimpin bawahan DAP dengan bongkak dan riak mendakwa jika DAP meletakkan anjing jadi calun, pasti DAP akan menang jua. Ramai rakan bloger JS melapurkannya yang memetik sumber Nanyang Siang Pau 18hb Julai 2011. Ada benarnya juga apakata pemimpin bawahan lahant tersebut, apa taknya, mana-mana calun Melayu yang dijadikan calun sudah tentulah DAP akan labelkan mereka sebagai 'Anjing' terutama sekali mana-mana ahli PAS dan PKR yang hendak jilat DAP.


Berikut lapuran yang dipetik daripada blog Dr Novandri lapuran NANYANG SIANG PAU 18hb Julai 2011, yang dipetik dan di tulis semula oleh Utusan Malaysia:-

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.
Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu.

Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja - UM
di sunting oleh     aliff akhbar  
31 julai  2011 Jam 1700

Wednesday, 20 July 2011

TANGAN GHAIB

Syukur Alhamdullilah kerana saya mendapat ilham dari Allah Taala sekali lagi untuk menulis dan ingin meluahkan pendapat peribadi sebagai rakyat Malaysia amnya yang mana bila saya merenung sejenak kenyataan bekas KPN Tan Sri Rahim Noor dengan kenyataan beliau yang amat signifikan apabila beliau berkata "mana mana negara dalam dunia ni yang cuba cuba mengganggu gugat dan mengacau segala tindak tanduk kami (zionis/Yahudi) maka negara itu akan menerima padah'' begitu la ayat dari beliau apabila saya terbaca dalam mingguan malaysia baru ni.................
   
    Baik, kita boleh lihat negara negara di timur tengah seperti Mesir, Libya, Yemen, dan berdekatan di antaranya telah mengalami satu revolusi di mana kita boleh suara atau kebangkitan Rakyat JELAS di nyatakan melalui demontrasi di jalan raya yang mahukan perubahan dan mahu menggulingkan kerajaan yang ada kerana disifatkan sebagai sudah tidak relevan untuk rakyat yang mana penulis sifatkan sebagai hak rakyat untuk bersuara yang mahukan perubahan, walaupun dengan cara yang boleh disifatkan di luar konteks undang-undang atau hukum sesama manusia.........Jadi malaysia tidak terkecuali menerima gelombang ini kerana sudah jelas boleh di gambarkan baru baru ini bertarikh 9 july iaitu BERSIH yang mahu menuntut pilihanraya yang lebih telus dan menafikan dakwaan atau tuduhan mempunyai agenda politik namun jelas bersekongkol dengan Parti Politik, ini apa ni??????? apakah BERSIH ini ikhlas?????, jadi bagi saya itu bukan lah persoalan yang besar atau pun rumit, persoalannya SIAPAKAH DALANG ATAU MASTERMINDNYA DAN APAKAH NIAT SEBENAR MEREKA ATAU TERSEMBUNYI DALANG TERSEBUT????? INI SEBENARNYA PERSOALAN..........
         
Seperti yang penulis ungkapkan kenyataan bekas kpn tadi yang mana wujud tangan tangan ghaib yang mengatur semua rancangan ini yang mahu menunjukkan kepada Dunia bahawa Malaysia sekarang tidak selamat lagi, kerajaan zalim, berlaku penindasan rakyat yang keterlaluan, pilihanraya yang terlalu kotor tidak telus, dan sebagainya, TETAPI, INI YANG PERLU KITA FIKIR DAN RENUNG SEJENAK, TANGAN GHAIB INI MEMERLUKAN BONEKA ATAU BARUA ATAU BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI TALI BARUT bagi memudahkan gerak kerja mereka lebih mudah di laksanakan, sebabnya, seperti Tan sri kata tadi, mana mana negara cuba menggangu Israel atau sekutunya negara itu akan terima padah, ini jelas........................


    Buktiya kita boleh di sini



http://article.wn.com/view/2011/06/26/NGO_berkaitan_gerakan_Kristian_penyumbang_dana_Bersih

siapakah mereka ini??? tidakkah mereka ini boleh disifatkan sebagai tangan tangan ghaib itu????? Jelas agenda mereka untuk memecahbelahkan orang melayu/Islam boleh nampak dengan jelas dengan memperkuda orang melayu Pas dan PKR untuk bertindak sebagai pelindung bagi mereka bagi mengelak di kenakan tindakkan undang undang dan di ganggu gugat oleh kerajaan atau UMNO lah khususnya, ternya formula british telah di guna pakai bagi merealisasikan matlamat tangan ghaib ini.......


sedarlah wahai orang orang melayu jika masih mahu menjadi boneka asing lagi

ini la di katakan perjuangan fisabillilah...(pas aje)..................
 majoritinya adalah melayu menjadi boneka   

Friday, 15 July 2011

PELAWAAN UMNO UNTUK BERBINCANG

Ini lah keangkuhan Pas sebenarnya, bukan lah niat sebenar kerajaan nak menipu Pas dengan istilah kerajaan perpaduan, tetapi UMNO mengajak berbincang dengan Pas mengenai kedudukan dan nasib orang orang melayu dan agama Islam khususnya. Bukan kah kedua parti ini mendapat sokongan orang melayu sepenuhnya dengan kekuatan majoriti kaum melayu.
 
   UMNO mahu memberitahu Pas, supaya harus lebih dominan dalan pakatan kerana parti tersebut membekalkan kekuatan orang melayu, tapi kenapa Pas lebih rela membiarkan DAP dan PKR mempergunanya dan tidak memberi ruang di setiap sudut untuk melaksanakan sesuatu, tetapi dengan angkuh nya Pas berkata kami tak perlu berkerjasama dengan UMNO, kerana tanpa UMNO pun nasib orang melayu tetap terbela jika orang melayu memilih Pas sebagai alternatif kepada UMNO, amboi.... buktinya apa???? baik, lihat saja pilihan raya di sarawak baru baru ini???? siapa yang menang sebenarnya???? adakah Pas? PKR? yang menang dalam PAKATAN  adalah DAP baiiiiii, bukan Pas ataupun PKR.... ini fakta.... dan lihat juga kabinet bayangan sarawak, di mana tempat untuk Pas???? Pas sebagai 'anak tiri' dalam pembangkang semakin terserlah apabila parti itu langsung tidak diberikan sebarang kedudukan penting dalam Kabinet bayangan kerajaan negeri Sarawak, apa buktinya jika Pas bersama DAP dan PKR nasib orang melayu terbela???
  
   Jika kabinet bayangan malaysia pula, lihat dimana Anwar campak Pas??? ternyata Pas tidak guna kekuatanya dalam PAKATAN untuk jadi lebih tegas yang mana ia membawa suara majoriti dalam PAKATAN, Pas lebih rela diperkudakan DAP dan PKR, jadi BAGAIMANA ORANG MELAYU NAK MEMGHARAP KEPADA PAS UNTUK MENGGANTIKAN UMNO????? ternyata Pas sekarang bukan seperti Pas yang dulu lagi, benarlah kata Tun Dr Mahathir, jika kita terlalu taksub nak kan sesuatu maka kita akan melakukan satu benda yang salah, bukan SILAP, SALAH, kita akan lakukan benda yang batil demi sesuatu.. Buktinya Pas nak berkuasa dan menawan putrajaya, ini buktinya, membela pesalah liwat, video seks adalah besi, menutup mata untuk terima kebenaran kerana terlalu taksub untuk berkuasa.

PERUBAHAN DAN TRANSFORMASI PAS

PERUBAHAN DAN TRANSFORMASI PAS

Di sini kita dapat melihat perubahan Pas atau proses transformasi Pas daripada parti yang ekstrimis agama berubah menjadi parti yang begitu amat terbuka apabila Pas telah merasa jemu lagi untuk berjuang sebagai parti pembangkang atau flatform pembangkang sahaja untuk memperjuangkan Islam kerana mereka merasakan kaum bukan melayu tidak akan menykong dan mengundi calon mereka kelak bila pilihanraya kelak.....
    Justeru itu, mereka perlu berani mencuba sesuatu yang mungkin boleh mencalarkan imej mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam dengan melakukan satu perkara yang boleh dikatakan meniru konsep UMNO iaitu berkerjasama dengan kaum bukan Islam atau bukan melayu untuk menarik atau supaya diterima sebagai parti yang tidak lagi yang ekstrimis agama demi mendapatkan sokongan atau undi kaum pendatang tersebut semata mahu menjahanamkan UMNO. 



 Ini jelas, kerana jika mereka masih mengharapkan sokongan melayu semata-mata DAN SELAGI UMNO WUJUD sampai bila pun mereka bermimpi untuk ke putrajaya (satu ketika dulu mereka nak lelong)... Pada april 1998 pada telah mula mula berjinak dengan DAP, kononya kata haji hadi kami mempunyai titik persamaan walaupun berbeda ideologi, dan menubuhkan kelab penyokong Pas untuk bukan Islam, asasnya apa????? adakah membawa mereka ini dekat dengan Islam atau atas dasar politik untuk meraih undi bukan Islam untuk menang pilihanraya?????? dan berapa ramai mereka yang telah menerima Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka???? berapa ramai????? ternyata tujuan Pas berkerjasama dengan DAP dan menubuhkan kelab penyokong bukan Islam semata-mata untuk meraih undi dan sokongan sahaja, BUKAN MEMBAWA MEREKA KEPADA AGAMA ISLAM YANG MEMBAWA KEBENARAN YANG MUTLAK UNTUYK UMAT MANUSIA SEKELIAN ALAM INI.......
Ternyata kerajaan UMNO yang berjaya membawa orang kafir kepada mendekati Islam.....
  


PELAWAAN UMNO UNTUK BNERBINCANG