Sunday, 6 April 2014

GULING DAN PERINTAH???



Sebelum terjadinya kes pesawat MAS MH370 yang menggemparkan negara dan dunia, beberapa kenyataan berunsur subversif dari seorang pemimpin pakatan rakyat yang berjawatan naib Presiden dari parti PKR Tian Chua yang lantang mengeluarkan kenyataan boleh menggulingkan kerajaan Najib hanya untuk tempoh 5 bulan sahaja setelah Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman bersalah diatas tuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari oleh 3 Panel Hakim Mahkamah Rayuan
 
Saya rasa, apakah pemimpin pemimpin lain dalam pakatan rakyat ini bodoh dan tidak tahu undang undang?? Tidak, sebenarnya ramai pemimpin dalam pakatan rakyat yang tahu undang undang, kebanyakan dari mereka adalah peguam dan pengamal undang undang. Ada juga prof pasar malam yang diberi gelaran pakar perlembagaan yang mana prof ini kerap mentafsir perlembagaan yang cenderung untuk membohongi pemikiran orang ramai tentang perlembagaan persekutuan

Apakah mereka dari pakatan rakyat ini tidak tahu bahawa menggulingkan kerajaan ini adalah sama seperti mengulingkan Yang Dipertuan Agong. Kenyataan Tian Chua itu adalah unsur unsur subversif yang cuba menggambarkan perasaan tidak suka kepada YDPA dan Kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. RUJUK(
Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya, )
Kerajaan yang ada dan tertubuhnya sekarang adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui kaedah pilihanraya melalui sistem electoral college yang dikendalikan oleh satu suruhanjaya yang dilantik dan diiktiraf oleh YDPA yang mana fungsi Suruhanjaya ini untuk menjalankan tugasnya bagi mengendalikan, mengesahkan, mengumumkan, setelah diperolehi semua keputusannya setelah disahkan oleh semua pihak untuk memberitahu pihak mana yang menang dan boleh menubuhkan sesebuah kerajaan yang sah di sisi perlembagaan, dan seterusnya Perdana Menteri menghadap YDPA untuk mengangkat sumpah kehadapan Seri Paduka Baginda YDPA bagi menubuhkan kerajaan yang mutlak.
Ini asasnya untuk menyokong dakwaan bahawa wujudnya kerajaan sekarang yakni kerajaan BARISAN NASIONAL.
Setelah PRU 13 lalu pihak BN telah menang dengan 133 kerusi dewan rakyat daripada 222 kerusi yang dipertandingkan mengikut Fasal (Perkara 46 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Keanggotaan Dewan Rakyat. 45 (1) Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.) .
Merujuk kepada kenyatan Tian Chua itu, yang mengatakan, mereka, BOLEH menggulingkan Kerajaan Najib, yakni Kerajaan BARISAN NASIONAL hanya untuk masa 5 bulan sahaja.

Apakah method-method mereka untuk
menggulingkan kerajaan dalam masa sesingkat 5 bulan??
Dengan cara mengusulkan undi tidak percaya kepada pihak kerajaan??
Dengan cara menggunakan fungsi "orang dalam" melalui institusi FUNDAMENTAL seperti Angkatan Tentera, Polis, Peguam Negara, Badan Kehakiman, dan jentera jentera kerajaan untuk berpaling tadah dan menggulingkan kerajaan???
Dengan cara ANARKIS yang menghimpunkan rakyat di jalan raya selama 5 bulan berturut turut??
Dengan cara menerima anasir asing untuk menggulingkan kerajaan secara ketenteraan, gerila, mirip Arab Sping??

Tian chua sudah beberapa kali mengeluarkan kenyaatan provokasi agar dia ditangkap pihak berkuasa.
Saya secara peribadi menganggap dia ini mencabar kepada pihak-pihak yang dilistkan supaya dia ditangkap dan disumbat ke dalam untuk disoal siasat oleh pihak berkuasa. Ini sebenarnya yang dia mahu supaya Anwar Ibrahim boleh membawa perkara ini kepada mata antarabangsa bagi menunjukkan bahawa Kerajaan BARISAN NASIONAL terlalu zalim dan membunuh demokrasi dengan menghukum rakyat yang bertentangan haluan politik dengannya.
Buktinya mereka mengatakan ada beberapa lagi pemimpin pakatan rakyat seperti Nik Nadzmi, Karpal Singh, Teresa Kok dan beberapa lagi akan dipenjarakan tanpa diadili.
Apakah pihak berkuasa tidak berani tangkap dan menyiasat Tian Chua berhubung status di Twitternya itu?


Kenapa budak nyamuk yang menghina Datin Seri Rosmah dengan gambar yang hina pihak berkuasa berani tangkap dan ambil kenyataan dan siasat?? Pada saya kenyataan Tian Chua itu adalah ancaman dan menggugat keselamatan negara.
Taktikal mereka untuk memerangkap kerajaan dengan cara mereka ditangkap dengan kejam dan ditahan tanpa bicara.
Malah dengan berani mereka mahu membuat lagi himpunan yang menggunakan tajuk dengan tujuan menggulingkan kerajaan.


Tian chua mungkin tahu, Anwar Ibrahim akan masuk penjara, maka Anwar menyuruh Tian chua mengeluarkan apa saja cara kenyatan provokatif dan mencabar individu tertentu untuk menangkapnya agar cara ini boleh dilihat untuk memanjangkan jangka hayat politik Anwar. Mereka perlu mencari apa saja kaedah untuk memberi tekanan kepada Kerajaan dan Mahkamah agar Anwar tidak dipenjarakan.
Kesimpulannya, sampai bila kerajaan mahu terikut ikut dengan taktikal kotor mereka ini? Apakah dengan menangkap mereka ini maka kerajaan akan dapat tekanan dari dalam dan luar?
Apakah yang tertulis dalam perlembagaan dan undang undang itu masih belum cukup kuat lagi sebagai sandaran pada kerajaan untuk menangkap mereka?
Apakah jika pihak ini pula menjadi kerajaan mereka akan bersangka baik kepada pihak lawan mereka yang berlawan haluan politik dengan membiarkan lawan mereka menggugat kedudukan mereka??
Malah silap silap mereka membuat undang undang yang lebih zalim dan taghut dari undang undang yang mereka benci sekarang ini. Walhal undang undang yang mereka benci itu sudah dimansuhkan.
Hanya masa dan waktu yang akan buktikan pada kita nanti . Insyaallah.
ALIFF AKHBAR.
6/04/2014

No comments:

Post a Comment