Kata Hadi Awang, niaga dengan yahudi OK, tapi bukan dengan Zionis (lihat artikel dibawah). Jadi Hadi Awang tak marahlah kalau kapal dagang Yahudi masuk pelabuhan Kelang jika tujuan mereka hanya untuk bawa barang niaga untuk kita. Jadi, yang Hadi Awang marah tu tentulah Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim ternyata menjadi sebahagian daripada Zionist kerana bukan saja beliau mengiktiraf kewujudan Israel tetapi beliau juga turut bersusah payah mahu menjaga keselamatan Israel seperti mana yang dinyatakan oleh beliau itu??
Ramai yang tidak tahu perbezaan antara Yahudi dengan Zionist, jadi kita sendiri tidak tahu yang mana satu yang patut kita tentang. Yahudi sebenarnya merujuk kepada mereka yang beragama Yahudi atau Judaism dan penganut agama ini digelar sebagai Jews atau dalam bahasa Melayu kita panggil mereka “Yahudi”.
Agama Yahudi berasal daripada ajaran Nabi Ibrahim dimana penganutnya perlu taat kepada hukum-hakam agama ini yang dipanggil “Halaka”, iaitu sama seperti hukum-hakam “Syariah” didalam Islam.
Manakala Zionist pula adalah satu “pergerakkan penubuhan tanah air untuk orang beragama Yahudi” yang dikendalikan oleh puak ektrimis Yahudi. Puak ektrimis Yahudi ini percaya bahawa sebahagian daripada Negara Palestine yang ditadbir British dulu adalah kepunyaan mereka. Jadi matlamat “Pergerakkan Zionist” ini adalah untuk menggalakkan penghijrahan atau dipanggil “aliyah” yang membawa masuk penganut Yahudi dari seluruh dunia menetap didalam satu wilayah yang kini digelar sebagai “ISRAEL”.
Quote: |
A former president of the World Zionist Organization has stated explicitly that a Zionist owes unqualified loyalty to the Zionist state and that, in the case of a conflict, the first loyalty of a Zionist must be to the Zionist state. According to Jewish law, however, a Jew owes allegiance and loyalty to the country of which he is a citizen, and, of course, no faithful Jews owes any loyalty or allegiance to the Zionist state. |
Penubuhan “ISRAEL” pada 1949 disokong oleh British menyaksikan pembahagian wilayah Palestine yang terletak dibawah mandat British kepada dua bahagian, satu dijadikan sebagai Negara ISRAEL dan satu lagi menjadi hak milik Jordan. Manakala rakyat asal wilayah Palestine ini pula tersepit diantara kedua-dua negara ini. Hari ini rakyat Palestine mendapat cuma sebahagian kecil saja wilayah asal mereka iaitu di semenanjung Gaza dan di Tebing Barat yang memisahkan Israel dan Jordan itu. Itu pun mereka tetap ditindas dan dihalau oleh rejim Zionist dari masa ke semasa merampas tanah-tanah kepunyaan rakyat Palestine ini.
Sebelum wujudnya ISREAL, tanah Palestine ini diduduki oleh rakyat Palestine yang terdiri daripada kaum majoriti Arab yang beragama Islam, kaum Hebrew yang beragama Yahudi dan juga kaum Arab Kristian. Mereka hidup aman damai berkongsi wilayah Palestine ini. Namun kedamaian ini ditelah dimusnahkan oleh pergerakkan Zionist yang merampas tanah rakyat Palestine untuk menubuhkan Negara baru yang digelar ISREAL.
Pergerakkan Zionist ini dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin Yahudi dari serata dunia. Merekalah yang menaja pergerakkan dan perjuangan Zionist yang hari ini turut disokong oleh kerajaan Amerika. Oleh itu kita boleh anggap siapa saja yang menyokong kewujudan Israel walau pun mereka bukan kaum Yahudi adalah “Zionist”. Jadi ini bermakna tidak semua Zionist itu Yahudi, contohnya Amerika juga adalah Zionist kerana menyokong penubuhan dan kewujudan Isreal malah menjadi “penjaga keselamatan utama” Israel.
Namun demikian tidak semua kaum Yahudi itu Zionist terutama kaum Yahudi Hebrew yang juga menjadi penduduk asal di wilayah Palestine ini. Mereka ini sebenarnya menentang pergerakkan Zionist yang membawa masuk “orang laur” yang beragama Yahudi ke wilayah mereka. Disebabkan pergerakkan Zionist ini lah mereka terpaksa bermusuh dengan rakyat Palestine yang berbangsa Arab. Pada hal dulu mereka boleh hidup dengan aman dan damai sebelum pergerakkan Zionist merampas tanah-tanah rakyat Palestine untuk dihadiahkan kepada “orang luar” yang beragama Yahudi itu.
Memang benar “orang luar” yang beragama Yahudi itu kebanyakkannya berasal dari wilayah ini namun mereka sudah pun menjadi warganegara asing dan tidak lagi serasi dengan budaya rakyat tempatan Palestine termasuk penduduk asal Palestine Hebrew itu.
Penduduk asal Palestine berbangsa Hebrew/Yahudi ini sebenanrya tidak memerlukan sebuah “negara baru” yang dipanggil ISRAEL kerana wilayah Palestine itu sendiri adalah wilayah mereka juga. “Negara Baru Isreal” itu sebenarnya lebih merupakan rancangan jahat “puak ektimus zionis” yang berkhendak wilayah mereka sendiri iaitu eklusif untuk mereka yang beragama Yahudi. Inilah punca konflik Palestine ini berlaku kerana kebiadapan pergerakkan Zionis merampas tanah rakyat Palestine untuk dijadikan penempatan baru “kaum pendatang” yang beragama Yahudi itu.
Hari ini di negara kita pun sudah ada seorang Zionist yang terkemuka yang sedang berusaha menjadi perdana menteri Malaysia. Bila kita kata Anwar Ibrahim seorang Zionist kerana menyokong usaha Amerika menjaga keselamatan dan kewujudan Israel, pecacai-pecacai beliau turut menuduh Tun Dr Mahathir pun seorang Zionist juga kerana mengiktiraf perdana menteri ISREAL sebagai rakan sejawatnya. Kata mereka, masakan Tun tidak menyokong kewujudan Israel jika Tun sendiri berutus surat seperti mana yang didedahkan itu, justru Tun juga adalah seorang Zionist kerana mengiktiraf kewujudan Israel.
Jika diteliti balik surat-surat Tun itu, Tun cuma mengingatkan pemimpin (PM-PM) Israel tentang keadaan aman-damai yang pernah berlaku di wilayah Palestine (sebahagian daripada wilyah Palestine ini kini sudah menjadi Negara ISRAEL) ini dmana penduduk asal Palestine kaum Hebrew yang beragama Yahudi pernah duduk aman damai dengan penduduk asal Palestine berbangsa Arab sebelum pergerakkan Zionist merampas tanah mereka. Kata Tun, jika pemimpin Israel inginkan kedamaian yang abadi, mereka perlu memulangkan semula hak rakyat Palestine ini, jika tidak amat sukar bagi Malaysia mengiktirafkan kewujudan Negara Israel tampa mengambil-kira hak-hak rakyat Palestine ini.
Adakah Hadi Awang tidak tahu membezakan maksud Tun yang mahu pemimpin Yahudi terlebih dulu mengiktiraf hak-hak rakyat Palestne iaitu memulangkan semula tanah rakyat Palestine yang dirampas untuk dijadikan negara Israel itu dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang terus menyokong usaha-usaha pergerakkan Zionist yang mahu melindungi keselamatan Israel yang berdosa kerana merampas tanah-tanah rakyat Palestine ini??? Hadi Awang seharusnya dengan tenang perlu menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Zionist sama ada beliau sengaja atau tidak, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.
Wilayah Palestine sebelum dirampas oleh pergerakkan Zionis yang diletak dibawah mandat British
Kewujudan negara baru Israel hasil pergerakkan Zionis yang merampas wilayah rakyat Palestine
Sinar Harian wrote: |
Presiden Pas: Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis Datuk Seri Abdul Hadi Awang SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi. Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah. "Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman. "Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini. Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram." Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali. Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi. Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan. Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ. Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau. Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin. Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin. "Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersam harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya. |
No comments:
Post a Comment