Saturday, 24 November 2012

Challenges and Controversies Surrounding Malaysia's General Election


          The Opposition Leader, Dato' Seri Anwar Ibrahim's opinion wishes to invite a foreign observer such as Australia representative to watch our general election. Deputy Election Commissioner Dato' Wan Ismail Wan Omar stated that this is such a foolish concept. 

For me personally, I agree with it.
Anwar might be expects his party and his alliance, Pakatan Rakyat will lose more parlimen and state seats in 13th General Election. He will be defeated by Barisan Nasional. 

Prior to this, they made too many demonstrations such as BERSIH. It does have 3 versions, 1,2 and 3. Their goal is to portray that the Government of Malaysia is not honestly and transparently in handling the election. They need the world knows that. 

Prime Minister Najib had said many times, BN will fight like a gentleman to WIN the election. BN is defying any cunning strategies or by cheating vote in order to win the election. 
In order to ensure election run seamlessly, 
PM Najib tries to form the Election Committee in Dewan Rakyat but opposition reluctant to cooperate to make it happened. The committee will be assigned by opposition members as well but regrettably, they still reject it. This is how stupid they are. 

So, clearly, these are the EVIDENCES OF THEIR FEARING. THIS IS THE ONLY WAY TO CHALLENGE THE BARISAN NASIONAL IF THE COMMITEE IS SERIOUSLY DOING ITS JOB. THEN WHY NOT?
BUT SADLY, THEY RATHER DID THE UNWORTHY BERSIH DEMONTRATION LIKE THOSE DAYS. ONLY DEMONTRATION IS A PAKATAN RAKYAT'S METHODOLOGY, THIS IS BECAUSE ITS LEADERS DO NOT RESPECT THE RULE OF LAW AND KEEP CHALLENGE THE LAW OR EVEN COURT ORDER. 

Back to the topic, Anwar has forgot about his own party election last 2009. There was fraudulent of votes and seriously misleading. Choas and havoc occurred during the party election. How shameful it is. I heard, even non registered party members are allowed to vote. Meanwhile, he, his wife and daughter won with a massive majorities, and no one is allowed to challenge Anwar's position. This is how democracy being ran by Anwar.

Malaysian is not a dummy, You can fool all of the people some of the time, you can fool some of the people all of the time, but you can't fool all the people all the time.

For example, look at advance countries such USA and UK. These countries opposition provide the  SHADDOW CABINET  in order to convince the people that they are more better and alternative to the current one. 

However, Pakatan Rakyat is unable to do so until now. It doesn't present its shaddow cabinet to the people. The seat of the prime minister was not a crucial part for them, the crucial part is to win the election first prior they nominate the candidate for their Prime Minister. 

The reality is neither opposition leaders nor followers want Anwar as their Prime Minister in fact they are pretending to favor Anwar. Anwar is a liability to Pakatan Rakyat. Trust me, DAP is the perpetrator and behind all these, DAP is the mastermind to ensure Prime Minister under Pakatan Rakyat becomes its puppet. 

Monday, 15 October 2012

BENARKAH MCA ATAU DAP ANTI ISLAM?

 komen ni dipetik dari pembaca Sinar Harian dalam laporan/artikel bertajuk SU Agung: 'Kalau MCA anti-Islam, DAP bagaimana?'


     Sebenarnya dalam isu hudud ini, MCA maupun DAP tidak pun anti-Islam. Jika mereka anti-Islam bermakna mereka juga anti-Melayu sebab Islam adalah agama orang Melayu. Jadi bagaimana mereka mahu anti-Melayu sedangkan mereka hidup di dalam negara yang bermojoritikan orang Melayu? Bodohlah kalau mereka nak anti-Melayu sedangkan mereka Cuma kaum minority, sudah tentu hak mereka akan ditindas oleh orang Melayu jika mereka anti-Melayu.

Jadi adakah mereka tolak hudud disebabkan mereka anti-Islam sedangkan banyak lagi perundangan Islam yang lain mereka boleh terima. Misalnya perundangan kewangan dan perbankan Islam, mereka adalah merupakan pelanggan terbesar dalam urus-niaga keislaman. Jadi apa yang menyebabkan mereka tolak hudud, adakah hukum hudud itu melibatkan mereka secara langsung hingga mereka terrasa begitu terancam?

Jika mengikut tafsiran PAS tentang hudud sudah tentu PAS kata hudud mereka tidak melibatkan penganut agama lain, jadi kalau tidak melibatkan penganut agama lain kenapa penganut agama la
in begitu sibok menentang hudud, adakah apa yang diperkatakan PAS itu benar begitu?

Sebenarnya apa yang berlaku sekarang adalah Perlembagaan Negara sudah menghadkan kuasa mahkamah syariah dalam menghukum kesalahan jenayah. Tujuan kuasa mahkamah syariah dihadkan adalah untuk menyeragamkan undang-undang jenayah supaya semua rakyat tampa mengira bangsa atau agama dapat dihukum dengan ADIL dengan hukuman dari undang-undang yang sama iaitu undang-undang sivil.

Jika hudud dilakasanakan sekarang bermakna negara ini sudah ada dua jenis hukuman untuk kesalahan jenayah yang sama hanya kerana penjenayah itu berbeza agama. Apakah itu yang dikatakan ADIL dalam Islam yakni menghukum penjenayah dengan dua jenis undang-undang yang berbeza sedangkan Islam sendiri sangat mementingkan dan mengutamakan keadilan dalam segala bentuk hukuman sesame manusia?

Justeru untuk memberi keadilan kepada semua kita kena pilih satu daripada dua jenis hukuman ini iaitu samada mahu guna hukuman mengikut undang-undang Islam atau hukuman mengikut undang-undang sivil. Jika kita guna hukuman mengikut undang-undang Islam sudah tentu penganut bukan Islam kata hukuman itu tidak adil kepada mereka kerana mereka bukannya beragama Islam, jadi kenapa mereka dipaksa tertakluk dibawah undang-undang Islam?

Begitu juga jika kita guna hukuman mengikut undang-undang Islam keatas penjenayah Islam, sudah tentu penjenayah Islam pula merasakan hukuman itu juga tidak adil terhadap mereka kerana hukuman yang mereka terima lebih berat daripada penjenyah bukan Islam. Misalnya jika mereka mencuri, tangan mereka harus dipotong, jadi lebih baik mereka istihar keluar dari Islam supaya tangan mereka tidak dipotong. Lagi pun Islam bukannya agama pilihan mereka, cuma agama yang hanya diwarisi dari kedua ibu-bapa mereka saja.
Jika benar iman penjanayah Islam ini kuat, sudah tentu dari mula lagi mereka tidak akan mencuri sebab tentu mereka tahu Islam memang menegah perbuatan mencuri. Jadi apa perlunya orang yang dari mula tidak kuat imannya mempertahankan Islam sudah tentu mereka tidak rasa apa-apa untuk meninggalkan Islam bagi menyelamatkan tangan mereka daripada dipotong.

Jika ini berlaku apakah yang patut kita buat, sudah tentu kita perlu menjatuhkan hukuman bunuh keatas penjenayah Islam ini jika benar penjenayah Islam itu benar-benar mahu keluar dari Islam seperti mana yang termakstub dalam hokum hudud. Jika inilah yang hendak kita lakukan bermakna kita terpaksa menukar Perlembagaan sebab Perlembagaan yang ada sekarang beri hak kebebasan memilih agama kepada semua rakyat. Peruntukan mestilah dipinda supaya orang Melayu tidak berhak lagi memilih agama melainkan memaksa mereka jadi Islam dan tertakluk dibawah undang-undang Islam.

Tetapi PAS tidak pula mahu menukar Perlembagaan, sebab itu Mat Sabu dan PAS cepat-cepat menafikan laporan Sin Pau selepas Mat Sabu membuat kenyataan akan tukar Perlembagaan sebaik saja PAS berjaya menawan Putrajaya. Jika PAS tidak mahu tukar Pelembagaan bagaimana PAS mahu menguatkuasa hukum hudud, jadi apakah PAS benar-benar ikhlas mahu melaksnakana hukum hudud atau hanya bermain sandiwara politik saja?

Jadi janganlah kita menyalahkan pihak lain pulak termasuk parti-parti politik bukan Islam atau sekular ini kerana yang buat keadaan jadi hura-hara sekarang semuanya berpunca dari sifat tamak PAS yang hanya mahu mencari untung politik dari kiri dan kanan. Didepan pengundi Melayu PAS kata mereka nak buat hudud sebab parti mereka mewakili perintah Tuhan, didepan Cina pula mereka kata hudud tidak terpakai kepada bukan Islam.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS telah melakukan dosa-dosa besar kerana perbuatan mereka yang mahu cari untung politik itu telah menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat malah telah menimbulkan tanggapan buruk terhadap Islam terutama dari kalangan bukan Islam di negara ini. Atas perbuatan PAS itu habis semua orang Islam turut dituduh sebagai lidah becabang sama seperti pemimpin mereka. Justru kita harus tolak parti PAS demi menjaga imej Islam supaya ia dapat dipulihkan kembali dari terus dirosakkan dengan pembohongan PAS itu.
        

Monday, 8 October 2012

MALAYSIA’S UNITY CHALLENGES



Once I heard Prime Minister Dato 'Seri Najib Tun Razak's statement on Philippine President Benigno Aquino on October 7, 2012, regarding the peace agreement between the Philippines government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF). Prior to this, Prime Minister Najib had also met with Thailand's Prime Minister Yingluck Sinawatra on a similar issue concerning the turbulence in the southern provinces of Thailand. This led to the Thai government showing consideration for the Muslim community by providing financial aid for pilgrimage to Mecca.

In my perspective, when the Prime Minister meets with the heads of both governments, it signifies a shared responsibility for Malaysia to emulate in ruling the country with a focus on a multi-racial society and religion. Unfortunately, the approach of both countries towards the Muslim community, especially in economic matters, is disappointing. The economic divide, particularly for Muslim people, remains a significant concern.

I cannot help but draw parallels with how the Burmese Rakhine and Junta government handle public services for the Muslim Rohingya community, which is brutal and cruel, as seen in the media. My advice to Malaysians, especially the non-Muslim community, is to learn from these countries on how their governments manage minority communities, particularly the Muslim community, as they are often deprived of proper rights.

In Malaysia, the situation, though not as severe as in other countries, is still challenging. The government faces extreme demands from the minority communities, such as more language medium schools, reduction of bumiputera quotas, and standardization of religions, including Islam. These demands test the patience of the Muslim community.

I completely agree with former Prime Minister Tun Dr. Mahathir's statement that not everyone can get what they wish for, and we should be grateful for the blessings Malaysia has received from God. Malaysia is described as an oasis in a wide desert by PM Najib, and we should cherish what we have. Tun Dr. Mahathir's advice is sufficient in my opinion.

PM Najib's analogy of Malaysia being an oasis targeted by external forces wanting to create an "Arab Spring" should raise awareness among Malaysians. The strength of Malaysia's Muslim community globally is unique, and internal unity is crucial to fend off potential threats. Being vigilant against internal challenges is as important as being cautious of external adversaries.
  

Saturday, 15 September 2012

Jadikan Hudud undang undang Malaysia..

NORDIN KCD MENULIS



Sepatutnya hukum hudud menjadi undang-undang yang digeruni jika diukur mengikut kaca mata masyrakat hari ini. Justru hudud hendaklah dilaksanakan dengan ADIL dan BERKESAN.

ADIL bermakna undang-undang ini sepatutnya menglibatkan semua rakyat, yakni mereka yang melakukan jenayah yang sama harus dihukum dengan cara yang sama. Ini bermakna hudud hendaklah dijadikan undang-undang Malaysia, bukan lagi undang-undang yang hanya terpakai kepada umat Islam saja. Siapa saja yang mencuri harus dipotong tangan, tidak kira apa agama mereka. Inilah cara hudud dilaksanakan di Arab Saudi.

Orang yang barangnya dicuri tetap akan menderita tidak kira mereka itu Islam atau kafir, begitu juga orang yang mencuri perbuatan mereka tetap mendatangkan mudarat kepada orang lain sama ada mereka mereka itu Islam atau kafir, tangan mereka harus dipotong. J...
ika benar tangan mereka dipotong barulah orang hormat dan takut dengan undang-undang hudud ini.

Berkesan pula bermaksud ia perlu mengikut peredaran zaman, yakni apa saja ilmu yang tercipta hari ini haruslah diguna pakai jika ia dapat bantu membawa bukti yang lebih jelas. Misalnya penggunaan ujian DNA dan perakaman cctv harus diterima sebagai bahan bukti jika ketulinan bahan tersebut dapat diSAHkan oleh empat pakar yang arif dalam bidang tersebut.

Dulu ketika manusia belum mempunyai ilmu ini, bolehlah kita guna cara konvensional, misalnya menentukan tarikh berpuasa dengan melihat sendiri anak bulan atau menggunakan empat orang saksi yang alim untuk melihat sendiri kejadian maksiat yang dilakukan oleh pesalah. Tetapi Allah telah menganugrahkan manusia dengan akal untuk mencipta alat yang boleh membantu manusia melakukan ibadat atau mencari keadilan dengan lebih sempurna, jadi kenapa kita tidak boleh menggunakan ilmu yang Allah anugrahkan itu ke jalan yang berminafaat?

Dengan adanya ilmu Allah ini sekarang manusia sudah tahu mengira bila waktunya anak bulan dijangka akan terbit mengikut kiraan rukyah walaupun anak bulan yang sebenarnya tidak kelihatan kerana dilindungi awan yang tebal. Begitu juga dengan alat perakam video atau ujian DNA juga merupakan ilmu yang dianugrahkan oleh Allah kepada manusia, dan jika ilmu ini boleh bantu manusia mengenal pasti pelaku maksiat dengan lebih tepat, kenapa bukti yang diperolehi dari ilmu Allah ini hendak ditolak hanya kerana mahu melindungi sahabat mereka yang buat maksiat itu? Inilah kata Hadi Awang yang menolak bukti video dan DNA semata-mata kerana alat ini diperbuat daripada besi, tidakkah ini menampakkan kebodohan Hadi Awang untuk menjadikan undang-undang lebih berwibawa?

Sebab itu cara hudud PAS ini nampak sangat tidak mampu membawa KEADILAN malah ia hanya bertujuan untuk melindungi para pelaku maksiat saja. Dalam keadaan sekarang kita tidak mungkin kita dapat menghukum mereka yang melakukan zina didepan empat orang saksi, apa lagi saksi yang terdiri dari alim ulamak belaka, melainkan hudud zaman sekarang sudah boleh menerima ilmu yang dianugrahkan Allah ini.

Jika ilmu itu yang kita guna, barulah mereka takut melakukan maksiat kerana mereka tahu peluang mereka ditangkap lebih tinggi dengan menggunakan ilmu yang dianugrahkan oleh Allah kepada manusia itu untuk menjadikan hukum hudud jadi lebih BERKESAN. Jangan pulak nanti ada hudud PAS maksiat makin menjadi-jadi kerana mereka tahu mahkamah di bawah kerajaan PAS tidak mungkin dapat menyambitkan mereka dengan apa jua kesalahan walau pun perbuatan zina sudah melahirkan anak haram, itu pun hudud PAS tidak mampu bertindak keatas mereka kerana Hadi Awang kata alat DNA itu tidak boleh digunakan kerana ia diperbuat daripada besi, tidakkah ini BODOH namanya, ilmu dah Allah bagi dia masih nak berdolak-dalik lagi hanya kerana nak lindung maksiat kawan dia?

Selagi hudud PAS tidak menepati syariat Islam iaitu perlu ADIL dan BERKESAN selagi itu hudud PAS ini patut ditolak atau tidak wajib disokong. Jika hudud PAS terus dilaksanakan, ia lebih mengundang fitnah ke atas agama Islam lebih-lebih lagi dari mereka yang sememangnya memusuhi Islam. Mereka sudah tentu akan memperketawakan Islam hanya kerana kebodohan PAS dalam melaksanakan hudud.

Thursday, 21 June 2012

Politik Di Tempat Kerja, Siapa Mangsa Dan Siapa Pemangsa?

S menulis

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Dalam catatan pada kali ini, saya akan kongsikan serba sedikit pandangan, pendapat dan pengalaman yang bersangkutan dengan perihal politik yang berlaku dalam pejabat. Politik pejabat atau lebih sinonim dengan gelaran office politic.
Orang kata benda ni adalah satu lumrah, dan biasa berlaku tak kira dekat mana kita bekerja. Asalkan kerja kita dalam ofis, maka tak boleh lari mesti akan ada kegiatan-kegiatan politik berlaku dalam pejabat.

Kenapa Boleh Berlaku Politik Dalam Pejabat?

Sebelum saya menulis lebih jauh, rasanya ada baiknya saya sentuh terlebih dahulu kenapa politik dalam pejabat ini boleh berlaku? Bukan ke ramai di antara kita menganggap bahawa politik itu kotor, dan perlu dijauhi, tetapi bila melibatkan tempat kerja, tempat kita cari makan… boleh pulak kita terlibat sama dengan politik dalam ofis. Kenapa ya?
1. Menjaga Kepentingan Peribadi
Tak lain dan tak bukan, semua ini berlaku sebab pelakunya ada sesuatu kepentingan yang perlu dijaga dalam syarikat tempat dia bekerja tersebut.
Ada sesuatu yang disembunyikan dan ada sesuatu yang dia tak nak ada orang lain tahu tentang aktiviti di sebalik tabir yang dilakukan sepanjang dia berkhidmat dalam syarikat itu. Jadi untuk menutup aktiviti tersebut, maka dia perlulah berpolitik.
2. Mengekalkan Kuasa
Point ini sebenarnya berkait rapat dengan point demi menjaga kepentingan peribadi.
Setengah orang ni dia risau bila ada orang lain yang boleh buat kerja lagi baik as compare to dengan apa yang dia boleh hasilkan. Kalau kita ikut pertimbangan yang sihat, kita anggap benda ni sebagai perkara yang normal. Biasalah kan… kalau kita ni hebat, akan ada orang lain yang lagi hebat dari kita.
Cuma kita masih belum jumpa orang tu je.
Bila orang-orang yang cuba mengekalkan kuasa ni mula rasa tergugat, dia akan bermain politik. Dia akan mula menyebar fitnah, mencari kesalahan, dan menjatuhkan moral atau motivasi orang yang memberi cabaran tersebut.
Cara terbaik sepatutnya… bila ada orang yang lagi baik dari kita, kita bukan jatuhkan dia, tetapi kita belajar dari dia dan sama-sama menaikkan performance supaya meningkatkan produktiviti. Akan tetapi ramai orang prefer ambik jalan pintas dengan mencantas orang-orang yang bagus.
3. Meluaskan Pengaruh
Ini pun merupakan salah satu sebab kenapa orang bermain politik dalam pejabat. Dia nak jadi superstar dalam ofis. Dia nak semua orang kenal dia, hormat pada dia, dan tunduk pada dia.
Boleh jadi sebab dia merasakan dengan mempunyai pengaruh yang luas, kedudukan dia dalam satu-satu syarikat akan lebih terjamin. Bermakna syarikat tidak akan sesekali berhentikan dia dari kerja, dan sekiranya ada peluang kenaikkan pangkat, dia akan jadi salah seorang candidate yang akan termasuk dalam short list.
4. Sebab Peribadi
Rasanya tak keterlaluan kalau saya katakan orang yang beriya-iya bermain politik di tempat kerja ni berbuat demikian hanya untuk kepentingan peribadi. Dia tak pernah nak fikirkan orang lain langsung, asalkan diri sendiri senang nak buat kerja maka itu dah cukup baik bagi dirinya.
Senang kata mereka ini memang mementingkan diri sendiri. Tak ada sebab lain.
Tapi pada pendapat peribadi saya, orang yang main politik dalam ofis ni sebenarnya dia tak nak kerja. Sebab tu dia main politik. Kalau dia nak kerja, saya yakin dia tak ada masa nak berpolitik, sebab fokus dan tumpuannya difokuskan pada kerja yang perlu disiapkan.
Kalau dia ada masa nak main politik, sebenarnya dia mengelat dalam kerja la tu.

Bagaimana seseorang boleh terlibat dalam politik tempat kerja?

Ironinya, setengah orang ni dia tak perasan pun dia dah terlibat dalam office politic.
Tahu-tahu esok pagi bila dia sampai di pejabat, layanan yang diterima dari kawan-kawan sekerja dah jadi lain macam. Member yang duduk depan meja dia dah tak mahu bertegur sapa dengan dia. Kawan-kawan yang duduk sebelah-menyebelah pun tiba-tiba dah tak mahu bercakap dengan dia.
Kalau keadaan seperti ini berlaku, maka faham-faham je la… ini mungkin satu petanda yang anda telah menjadi mangsa dalam permainan politik yang berlaku di tempat kerja anda.
Kebiasaannya punca politik tempat kerja ni berlaku atas sebab yang kecik je. Antaranya
1. Gosip
Kadang-kadang bila kita makan sama-sama dengan kawan-kawan tempat kerja, kadang-kadang mulut kita ni ringan sangat nak bergosip atau lebih tepat mengumpat.
Orang yang diumpat tu pulak bukan orang lain, kawan sekerja kita jugak.
Katakanlah kita keluar makan beramai-ramai. Andaikan semua sekali ada 6 orang. Kita pulak bukak cerita mengenai seorang staff yang tak join sekali. Mentang-mentanglah orang tu tak ada, dengan confident kita kata dia ni bodoh, pemalas, tak pandai buat kerja, kaki ampu dan macam-macam lagilah.
Persoalan dia ialah, adakah kita kenal 100% latar belakang kawan-kawan yang lagi 5 orang yang duduk makan sekali dengan kita. Entah-entah salah seorang yang ada bersama kita tu sebenarnya best friend kawan yang kita asyik kutuk-kutuk tu tadi.
Atau mungkin jugak sebenarnya dalam salah seorang yang keluar makan sekali dengan kita tu sebenarnya ada bau-bau bacang dengan orang yang kita kutuk tu tadi… Bila benda yang kita kutuk ni sampai kepada pengetahuan orang yang kita kutuk tu, maka jadilah kita berpuak-puak bila bekerja nanti.
Anda pernah main permainan telefon rosak? Mula-mula kita kena berbaris, kemudian orang yang depan sekali akan menyampaikan mesej dan mesej tersebut perlu disampaikan hinggalah sampai kepada orang yang paling belakang sekali.
Ayat asal mungkin ialah “Kawan saya tak pandai buat kerja dengan sempurna dan kerap buat salah”.
Bila mesej tu sampai dekat orang yang paling akhir, boleh jadi ia akan bertukar kepada “Kawan saya ni sangat bangang, tak tau buat kerja dan tunggu masa je nak kena buang kerja”
Bukan sahaja mesej tu dah lain, malahan dah di tokok tambah. Siapa yang pernah main permainan ni mesti akan faham apa yang cuba saya sampaikan.
Bercakap mengenai berpuak-puak tadi, mungkin akan timbul dua puak ditempat kerja kita iaitu puak A dan puak B. Puak A adalah puak kita, dan puak B pulak adalah puak orang yang kita kutuk tu tadi.

2. Kuat Mengadu
Ini pun satu penyakit… sikit-sikit nak mengadu dekat bos. Benda kecik pun nak lapor dekat boss.
Kalau apa yang diadu itu benda yang betul-betul serius dan boleh menjejaskan produktiviti dan operasi syarikat, itu memang patutlah kalau kita kena selalu mengadu. Ini kalau benda tak ada pape, bukan hal besar pun nak mengadu, at least benda ni boleh buat orang meluat.
3. Rasa Tak Puas Hati
Dua perkara diatas yang saya sebutkan diatas tadi, semuanya bakal menimbulkan rasa tak puas hati.
Bila masing-masing ada rasa tak puas hati dalam diri, nak buat kerja pun jadi susah. Masing-masing buka mata luas-luas bila waktu kerja semata-mata nak cari kesalahan orang lain.
Cuma Tuhan je yang tahu betapa susahnya bekerja dalam satu environment yang mana manusia-manusia yang ada dalam persekitaran tersebut asyik nak cari kesalahan, kuat mengadu dan asyik ada je benda yang tak puas hati dengan kita. Susah…

Kesan Politik Dalam Pejabat

Politik pejabat apabila ianya terkawal, dan terarah kearah positif, ia boleh meningkatkan produktiviti, menaikkan motivasi bekerja, dan menaikkan semangat kesetiakawanan. Semangat kekitaan akan timbul dan semangat keakuan akan tenggelam.
Itu kalau politik dalam pejabat dapat dikawal, akan tetapi politik tempat kerja ini yang biasa kita dengar, semuanya buruk. Lazimnya sifat manusia memang macam ni la, yang baik tak didedahkan, tetapi yang buruk itu yang diwar-warkan.
Politik tempat kerja ini akan beri kesan negatif terutama sekali kepada mereka-mereka yang lemah daya tahan, yang memiliki confident level yang rendah, dan mereka-mereka yang cepat sensitif. Apabila ditekan dengan keadaan persekitaran yang mendesak mereka akan mudah merasa stress.
Biasalah… boss sesama boss bergaduh, kita orang bawahan yang perlu terima kesan dia secara langsung. Boss ni kerja dia bercakap je, kemudian bagi arahan. Orang bawahan yang kena buat kerja. Kalau orang atasan tak nak bagi kerjasama, macam mana orang bawahan nak buat kerja dengan effisien?
Kalau staff tu berani dia akan sound balik boss dia
Tuan, saya difahamkan yang tuan ada konflik dengan Manager Bahagian Account. Sekarang ni saya datang sebab ada perkara yang perlu diselesaikan. Kalau tuan tak nak bagi kerjasama disebabkan oleh konflik tuan dengan dia, saya akan terus report kepada boss yang lagi tinggi dari tuan. Sekarang ni terpulang pada tuan nak bagi kerjasama dan selesaikan masalah ni ataupun nak saya bertindak membelakangi tuan?
Berani nak sound balik macam tu? Haha sorry lah… sound belakang-belakang beranilah. Kalau tak sound belakang-belakang sekalipun, duk luahkan apa benda yang tak puas hati tu  dalam blog peribadi atau dekat facebook.
Tulis dalam blog nak buat apa, orang yang kita tak puas hati tu dia bukan baca blog kita. Kalau kamu rasa kamu betul, dan apa yang kamu buat itu adalah yang terbaik pada masa itu, tak perlu nak takut, bagi je dekat muka boss kita yang banyak kerenah tu. Dia punya pasal, sebab dia ada krisis politik tempat kerja, kita pulak yang susah. Tak berbaloi…
Saya pernah dengar beberapa kes sampai terpaksa berhenti kerja dan tukar kerja semuanya sebab tak mampu nak handle pressure politik tempat kerja ni… kesian.

Macam mana nak berhadapan dengan politik di tempat kerja?

Seperti yang saya dah sebutkan diawal-awal tadi, politik ditempat kerja adalah sesuatu yang lumrah. Macam manapun kita perlu hadapi, bukan lari. Macam mana nak hadapi?
Saya tak ada cara terbaik untuk berhadapan dengan politik ditempat kerja, akan tetapi saya boleh beri serba sedikit pendapat. Kalau pendapat ni boleh pakai, sila try. Kalau tak sesuai boleh abai.
1. Jangan Tunjuk Minat
Kadang-kadang ada sesetengah kawan sekerja kita ni akan datang dekat kita dan akan cucuk kita dengan kisah-kisah gosip terkini yang melibatkan rakan sekerja.
Kalau benda ni berlaku, sila jangan tunjukkan respons yang anda betul-betul berminat nak tahu dengan lebih lanjut walaupun hakikatnya anda memang betul-betul nak tahu.
Cukuplah sekadar beri respons seperti
Oh ye ke?
Entah…
Tak pastilah…
Tak taulah..
Ok lah.. ada kerja sikit nak buat ni
Manusia ni sifatnya boleh berubah-ubah. Hari ini dia gosip si A sebab dia tak suka dengan si A. Besok-besok kalau dia dah baik dengan si A dan ada krisis dengan kita, kita pulak yang akan jadi mangsa gosip kawan kita tu tadi.
Kerja dalam ofis ni, kita tak boleh nak selalu anggap kawan kita tu akan sentiasa jadi kawan kita sampai bila-bila. Manusia tu akan berubah bila-bila masa je. Langkah awal ialah amalkan sifat DTA ataupun nama panjangnya Don’t Trust Anybody.
Kalau anda ada benda tak puas hati dengan staff dalam ofis tu sekalipun, dan anda dah tak tahan sangat.. bila dipendam akan jadi stress.. kalau nak luahkan jugak, luahkanlah kepada adik beradik, suami/isteri dan pendek kata hanya luahkan pada orang-orang yang tak ada kena-mengena dengan staff tempat kita kerja.
Zaman sekarang ni, kalau kita tersilap meluahkan masalah, dinding pun boleh bersuara. Nak tahu dinding apa yang boleh bersuara? Jawapan dia ialah wall FB. Tu pun dikira sebagai dinding jugak :-)

2. Jangan Ambil Side
Kalau kita tahu ada pihak tengah bertelagah, sebaik-baiknya mainkan peranan untuk jadi pendamai, dan sekiranya kita tak mampu nak jadi pendamai… jangan ambik mana-mana side. Bila kita pilih side, itu akan menyusahkan kita buat kerja.
Kerja dalam satu ofis ada masanya memerlukan kita untuk saling bekerjasama. Lebih-lebih lagi bila ada hal mustahak yang perlukan kita ambik cuti. Kalau hubungan sesama staf tak baik, kita nak ambik cuti susah, dia nak ambik cuti pun payah.
Jadi jangan pilih mana-mana side dan buat baik dengan semua orang.
3. Tak Perlu Ambik Serius
Mana-mana informasi yang kita dapat yang langsung tak ada kena mengena dengan kerja, tak perlu nak ambik serius sangat. Buat endah tak endah pun kita tak akan rugi apa-apa.
Buat macam masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Itu dah cukup.
4. Diam
Salah satu perkara yang saya suka mengenai diam ini ialah orang tak berani nak kacau kita.
Bayangkan, orang kutuk kita… kita diam. Orang puji pun kita diam. Orang buat apa-apa dekat kita pun, kita diam. Kita tak react atau bertindakbalas dengan permainan mereka.
Ramai sebenarnya orang yang takut dengan orang-orang yang diam ni. Pertama, kita tak tahu apa yang dia fikirkan, kedua kita tak tahu apa kemampuan dia, dan ketiga bila dia bersuara nanti, mau kita terlentang… sebab apa yang dikatakan tu semuanya point sahaja.
Orang putih kata silent is gold. Ada betulnya jugak sebenarnya.
5. Kerja Sebagai Ibadah
Sebagai orang Islam, kita kena faham pekerjaan kita ini adalah satu ibadah yang besar nilainya disisi Allah s.w.t.
Dari kerja yang halal yang kita tengah buat sekarang ni lah kita mampu untuk teruskan kehidupan, bersedekah, bagi nafkah, bagi duit belanja kepada mak bapak dan macam-macam lagi.
Jadi janganlah rosakkan ibadat kita dengan mencampuri urusan orang-orang yang berbuat khianat dalam bekerja.

Macam Mana Cara Bekerja Yang Baik?

Mesti ada cara kerja yang baik. Betul tak? Yang mana bila kita buat, kita akan mengurangkan masalah-masalah untuk datang pada kita… atau mungkin kita akan jadi kalis politik kotor tempat kerja.
Sekali lagi, ini hanya pendapat saya semata-mata. Boleh jadi silap, dan boleh jadi jugak boleh dipraktikkan.
1. Blending in
Bayangkan dalam satu mangkuk ada buah pisang, strawberry, anggur, epal dan air susu. Kesemua ini kita kisarkan bersama. Apa hasilnya?
Adakah kita akan rasa ia sebagai air pisang? Nope. Air anggur? Pun Bukan. Air yang baru terhasil ini ialah sejenis air yang baru hasil campuran lima jenis bahan-bahan tu tadi.
Itu yang perlu kita buat. Apabila kita masuk dalam mana-mana syarikat… belajar untuk bergaul. Try to blend in into that group. 
Macam mana cara nak buat? Mana saya tahu… itu kena pandai-pandailah anda buat. Fikirkan.
Tujuan dia ialah supaya anda boleh bekerjasama secara harmoni dalam satu kumpulan tanpa ada pengaruh politik dan perbezaan-perbezaan yang tak dapat dielakkan.
2. Toleransi
Tak perlu terlalu rigid dalam berhubung sesama rakan sekerja.
Kita tak perlu pun nak selalu berdebat lagi-lagi dalam benda-benda yang langsung tak ada kena-mengena dengan urusan kerja atau projek yang tengah kita buat.
Setengah orang ni bila berdebat bukan sebab dia nak betul, tetapi sebab dia nak menang. Hal-hal macam ni sila elakkan. Ada masanya diam itu lagi baik. Silent is gold.
3. Cipta Suasana Bekerja Yang Selesa
Bila kita bekerja ni, kita akan berurusan dengan pelbagai manusia yang berbeza latar belakang, budaya, agama lagi tu. Banyak sangat yang berbeza, dan ada masanya perbezaan-perbezaan tu yang akan jadi penghalang untuk kita bekerja dengan baik.
Jadi saranan saya, ciptalah satu suasana bekerja yang mana kita akan rasa selesa bekerja dalam persekitaran tersebut, dan orang lain pun selesa bekerja dalam suasana tersebut.
Berbaik-baik dengan semua orang yang akan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kita. Yang confirm kita akan perlu sentiasa berhadapan dengan dia. Kalau yang kita tak perlu berurusan tu tak payahlah nak libatkan sekali.
Macam yang saya kata tadi, cuba untuk berbaik-baik, ambil berat, berkenalan dengan dia, dan kalau ada duit lebih sesekali beli makanan lebih untuk bagi mereka makan. Biskut pun jadilah.
Tujuannya, bukan nak bodek tetapi kita nak bina rapport atau satu perhubungan yang baik sesama ahli keluarga syarikat kita bekerja. Tak rugi buat macam ni, sebabnya kita adalah owner bagi persekitaran yang kita ciptakan. Apabila apa yang kita usahakan ini berjaya, maka kita kerja pun akan jadi lagi senang, dan orang lain akan seronok bekerja dengan kita. Masa tu, kita pun akan rasa seronok bekerja dengan orang lain.
Bila semua ini kita dapat buat insya Allah konflik dapat kita elakkan. Konflik tak ada, corn flake je ada :-)
Hanya sebagai peringatan, kalau kita masih ingat lagi satu masa dulu… kita seorang diri datang ke syarikat tempat kita kerja sekarang ni. Tak ada sesiapa yang kita kenal, dan yang pasti kita pernah merasa perasaan keseorangan pada waktu tu.
Kita kerja sendiri-sendiri, dapat gaji pun sendiri-sendiri. Semuanya sendiri.. bila masa berganti masa, barulah semuanya berubah. Kita mula ada kawan, bermula dari seorang, bertambah jadi dua, kemudian tambah lagi jadi tiga, empat, lima dan seterusnya…
Bila kita tak ada kawan, kita cari kawan. Tapi bila kita tak ada musuh… janganlah mula cari musuh dengan bermain permainan politik tempat kerja ni semua.
Buat mereka yang sedang tertekan dengan suasana politik tempat kerja sekarang ni. Cuba ambik mudah perkara ni. Anggap macam ni je
Aku datang kerja ni pun sebab nak ambik gaji… itu je. Orang lain nak buat apa, itu hal diorang, tak ada kena mengena dengan aku. Selagi aku kerja kat sini dan selagi gaji aku masih lagi dibayar, yang lain-lain boleh pergi jahanam. :p
Baiklah, sampai sini je dulu perkongsian mengenai budaya politik di tempat kerja.
Mana yang baik boleh sila praktikkan, dan mana yang tak baik moga-moga boleh diberi teguran.
Semoga artikel yang tak seberapa ini bermanfaat.

Tuesday, 17 April 2012

Benarkah Pembangkang mahukan kemenangan yang BERSIH ?

NORDIN KCD MENULIS 
   
      
"Benarkah pengerusi bersama BERSIH, Mat Sabu, Ambiga dan A Samad Said inginkan kemenangan pilihanraya yang BERSIH untuk semua pihak?? Kata penganjur BERSIB 3.0 ini, selagi tuntutan mereka tidak ditunaikan selagi itu sukar untuk parti pembangkang menang dalam Pilihan Raya kali ini. Proses Pilihan Raya sekarang sudah dianggap tercemar dan kotor kerana didakwa memihak kepada Barisan Nasional.



Jadi jelaslah disini yang dikatakan KOTOR itu sebenarnya adalah tentang peluang pembangkang untuk menang yang nampaknya semakin kabur sekarang. Apakah tujuan BERSIH diadakan hanya mahu melihat peluang parti pembangkang mengalahkan Barisan Nasional kembali cerah? Adakah mereka bermaksud ADIL itu hanya ketika pembangkang yakin akan “menyampu bersih” semua negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini. Ketika itu barulah proses Pilihan Raya yang sedia ada sekarang barulah dianggap BERSIH walau pun mereka sendiri sebenarnya menggunakan pelbagai tektik kotor untuk mengalahkan Barisan Nasional?

Sebab itu agaknya mereka bertiga ini perlu memBERSIHkan peluang pembangkang terlebih dahulu sebelum berani menghadapi Pilihan Raya kali ini. Bagi mereka biarlah peluang pihak lawan mereka pula yang jadi kabur kerana itu barulah dikatakan ADIL. Jadi tidak hairanlah kenapa Mat Sabu, Ambiga dan A Samad Said tidak pernah mempersoalkan tindakan Anwar Ibrahim yang mahu merampas kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 walau pun mereka tahu Anwar menggunakan tektik kotor cuba membeli kemenangan wakil rakyat dari Barisan Nasional. Apakah mereka anggap tindakan 16 September Anwar itu BERSIH sedangkan Karpal Singh sendiri mahu Anwar bertaubat kerana beliau tahu tindakan Anwar itu hanya mengaibkan dan mengotorkan maruah pihak pembangkang saja?

Manakala Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak sendiri sudah beberapa kali mengulangi pendirian beliau bahawa beliau tidak mahu Barisan Nasional menang dengan cara yang kotor, hina dan tidak bermaruah. Sebab itu beliau menyerahkan kebijaksanaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membetulkan mana yang silap seperti mana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Jika benar pihak pembangkang mahu menang secara terhormat kenapa pihak pembangkang enggan mengikuti proses perundangan seperti menyertai perbahasan di Parlimen tentang penambahbaikan proses pilihan raya ini sedangkan peluang itu sudah pun diberikan kepada mereka untuk membangkitkan perkara yang tidak betul. Sebaliknya mereka lebih suka mencari jalan bagaimana mencerahkan peluang mereka dengan menggunakan tektik-tektik yang kotor ini.

Sudah tentu cara terbaik untuk mereka adalah dengan mengadakan kempen besar-besaran melalui perhimpunan BERSIH. Tujuan mereka hanya mahu memancing sempati dan sokongan rakyat kononnya parti pembangkang tidak dilayankan dengan ADIL oleh SPR hanya kerana mahu memenangkan Barisan Nasional. Jadi mereka uar-uarkan bahawa tujuan BERSIH diadakan untuk menentang pihak kerajaan yang dikatakan sedang berkrompomi dengan SPR bagi mengalahkan parti pembangkang melalui proses piliharaya yang kotor ini.

Sudah tentu cara yang dilakukan pembangkang itu membuat ramai pihak terpanggil untuk menyokong usaha mereka yang dikatakan cuba membersihkan penyelewengan yang sedang berlaku sekarang. Justru mereka yang terpedaya dengan tektik pembangkang ini sudah tentu tidak keberatan mengundi parti pembangkang jika sekiranya tuntutan-tuntutan BERSIH itu enggan dilayan oleh SPR. Ini sebagai hukuman terhadap Barisan Nsional yang dituduh bersekongkol dengan SPR mahu menjatuhkan pembangkang. Pembangkang sebenarnya tahu memang sukar untuk SPR melunaskan kesemua tuntutan mereka dengan segera kerana ia membabitkan soal perundangan. Oleh itu dapatlah mereka jadikan keengganan SPR itu sebagai senjata untuk mengajak rakyat menghukum Barisan Nasional.

Inilah muslihat dan tujuan pembangkang sebenarnya kenapa mereka memilih perhimpunan BERSIH untuk membetulkan proses Pilihan Raya sedangkan mereka mempunyai pilihan lain yang lebih berhema dan terhormat jika benar mereka membetulkan penyelewengan yang berlaku. Sebenarnya pembangkang sendiri tahu yang mereka tidak mampu mengulangi kemenangan seperti dulu jika mereka menggunakan cara yang sah dan betul. Jadi mereka terpaksa menggunakan cara yang kotor pula iaitu menghasut rakyat dengan memberi gambaran yang kotor terhadap pihak kerajaan dan juga SPR.

Persoalannya sekarang, adakah tindakkan pembangkang yang menggunakan perhimpunan BERSIH itu salah?? Sudah tentu pembangkang tidak pernah rasa bersalah menggunakan tektik kotor ini kerana matlamat mereka hanya mahu menang pada Pilihan Raya kali ini saja. Jadi pihak yang patut dipersalahkan adalah mereka yang sengaja membiarkan pembangkang menipu diri mereka kerana mereka sendiri yang mahu pembangkang menang walau pun mereka tahu yang mereka sedang ditipu dan dipergunakan oleh pembangkang.

Jadi tidak ada bezanya sama ada mereka mahu duduk di rumah atau duduk di Dataran Merdeka berhimpun bersama BERSIH jika niat mereka memang mahu pembangkang menang dalam PRU kali ini. Mereka sebenarnya masih bebas untuk memilih siapa saja yang mereka suka. Mungkin mereka lebih teruja jika mereka dapat mempamirkan kebodohan mereka untuk duduk bersama BERSIH daripada menyimpan hasrat mereka di rumah. Itulah kelebihan yang mereka ada sekarang iaitu bebas untuk diperbodoh dan diperkudakan oleh pihak pembangakang atas nama BERSIH.
"

Monday, 19 March 2012

Niaga dengan Yahudi OK, tapi tidak dengan Zionis -Hadi Awang

Nordin KCD menulis


Kata Hadi Awang, niaga dengan yahudi OK, tapi bukan dengan Zionis (lihat artikel dibawah). Jadi Hadi Awang tak marahlah kalau kapal dagang Yahudi masuk pelabuhan Kelang jika tujuan mereka hanya untuk bawa barang niaga untuk kita. Jadi, yang Hadi Awang marah tu tentulah Anwar Ibrahim sebab Anwar Ibrahim ternyata menjadi sebahagian daripada Zionist kerana bukan saja beliau mengiktiraf kewujudan Israel tetapi beliau juga turut bersusah payah mahu menjaga keselamatan Israel seperti mana yang dinyatakan oleh beliau itu??

Ramai yang tidak tahu perbezaan antara Yahudi dengan Zionist, jadi kita sendiri tidak tahu yang mana satu yang patut kita tentang. Yahudi sebenarnya merujuk kepada mereka yang beragama Yahudi atau Judaism dan penganut agama ini digelar sebagai Jews atau dalam bahasa Melayu kita panggil mereka “Yahudi”.

Agama Yahudi berasal daripada ajaran Nabi Ibrahim dimana penganutnya perlu taat kepada hukum-hakam agama ini yang dipanggil “Halaka”, iaitu sama seperti hukum-hakam “Syariah” didalam Islam.

Manakala Zionist pula adalah satu “pergerakkan penubuhan tanah air untuk orang beragama Yahudi” yang dikendalikan oleh puak ektrimis Yahudi. Puak ektrimis Yahudi ini percaya bahawa sebahagian daripada Negara Palestine yang ditadbir British dulu adalah kepunyaan mereka. Jadi matlamat “Pergerakkan Zionist” ini adalah untuk menggalakkan penghijrahan atau dipanggil “aliyah” yang membawa masuk penganut Yahudi dari seluruh dunia menetap didalam satu wilayah yang kini digelar sebagai “ISRAEL”.

Quote:
A former president of the World Zionist Organization has stated explicitly that a Zionist owes unqualified loyalty to the Zionist state and that, in the case of a conflict, the first loyalty of a Zionist must be to the Zionist state. According to Jewish law, however, a Jew owes allegiance and loyalty to the country of which he is a citizen, and, of course, no faithful Jews owes any loyalty or allegiance to the Zionist state.


Penubuhan “ISRAEL” pada 1949 disokong oleh British menyaksikan pembahagian wilayah Palestine yang terletak dibawah mandat British kepada dua bahagian, satu dijadikan sebagai Negara ISRAEL dan satu lagi menjadi hak milik Jordan. Manakala rakyat asal wilayah Palestine ini pula tersepit diantara kedua-dua negara ini. Hari ini rakyat Palestine mendapat cuma sebahagian kecil saja wilayah asal mereka iaitu di semenanjung Gaza dan di Tebing Barat yang memisahkan Israel dan Jordan itu. Itu pun mereka tetap ditindas dan dihalau oleh rejim Zionist dari masa ke semasa merampas tanah-tanah kepunyaan rakyat Palestine ini.

Sebelum wujudnya ISREAL, tanah Palestine ini diduduki oleh rakyat Palestine yang terdiri daripada kaum majoriti Arab yang beragama Islam, kaum Hebrew yang beragama Yahudi dan juga kaum Arab Kristian. Mereka hidup aman damai berkongsi wilayah Palestine ini. Namun kedamaian ini ditelah dimusnahkan oleh pergerakkan Zionist yang merampas tanah rakyat Palestine untuk menubuhkan Negara baru yang digelar ISREAL.

Pergerakkan Zionist ini dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin Yahudi dari serata dunia. Merekalah yang menaja pergerakkan dan perjuangan Zionist yang hari ini turut disokong oleh kerajaan Amerika. Oleh itu kita boleh anggap siapa saja yang menyokong kewujudan Israel walau pun mereka bukan kaum Yahudi adalah “Zionist”. Jadi ini bermakna tidak semua Zionist itu Yahudi, contohnya Amerika juga adalah Zionist kerana menyokong penubuhan dan kewujudan Isreal malah menjadi “penjaga keselamatan utama” Israel.

Namun demikian tidak semua kaum Yahudi itu Zionist terutama kaum Yahudi Hebrew yang juga menjadi penduduk asal di wilayah Palestine ini. Mereka ini sebenarnya menentang pergerakkan Zionist yang membawa masuk “orang laur” yang beragama Yahudi ke wilayah mereka. Disebabkan pergerakkan Zionist ini lah mereka terpaksa bermusuh dengan rakyat Palestine yang berbangsa Arab. Pada hal dulu mereka boleh hidup dengan aman dan damai sebelum pergerakkan Zionist merampas tanah-tanah rakyat Palestine untuk dihadiahkan kepada “orang luar” yang beragama Yahudi itu.

Memang benar “orang luar” yang beragama Yahudi itu kebanyakkannya berasal dari wilayah ini namun mereka sudah pun menjadi warganegara asing dan tidak lagi serasi dengan budaya rakyat tempatan Palestine termasuk penduduk asal Palestine Hebrew itu.

Penduduk asal Palestine berbangsa Hebrew/Yahudi ini sebenanrya tidak memerlukan sebuah “negara baru” yang dipanggil ISRAEL kerana wilayah Palestine itu sendiri adalah wilayah mereka juga. “Negara Baru Isreal” itu sebenarnya lebih merupakan rancangan jahat “puak ektimus zionis” yang berkhendak wilayah mereka sendiri iaitu eklusif untuk mereka yang beragama Yahudi. Inilah punca konflik Palestine ini berlaku kerana kebiadapan pergerakkan Zionis merampas tanah rakyat Palestine untuk dijadikan penempatan baru “kaum pendatang” yang beragama Yahudi itu.

Hari ini di negara kita pun sudah ada seorang Zionist yang terkemuka yang sedang berusaha menjadi perdana menteri Malaysia. Bila kita kata Anwar Ibrahim seorang Zionist kerana menyokong usaha Amerika menjaga keselamatan dan kewujudan Israel, pecacai-pecacai beliau turut menuduh Tun Dr Mahathir pun seorang Zionist juga kerana mengiktiraf perdana menteri ISREAL sebagai rakan sejawatnya. Kata mereka, masakan Tun tidak menyokong kewujudan Israel jika Tun sendiri berutus surat seperti mana yang didedahkan itu, justru Tun juga adalah seorang Zionist kerana mengiktiraf kewujudan Israel.

Jika diteliti balik surat-surat Tun itu, Tun cuma mengingatkan pemimpin (PM-PM) Israel tentang keadaan aman-damai yang pernah berlaku di wilayah Palestine (sebahagian daripada wilyah Palestine ini kini sudah menjadi Negara ISRAEL) ini dmana penduduk asal Palestine kaum Hebrew yang beragama Yahudi pernah duduk aman damai dengan penduduk asal Palestine berbangsa Arab sebelum pergerakkan Zionist merampas tanah mereka. Kata Tun, jika pemimpin Israel inginkan kedamaian yang abadi, mereka perlu memulangkan semula hak rakyat Palestine ini, jika tidak amat sukar bagi Malaysia mengiktirafkan kewujudan Negara Israel tampa mengambil-kira hak-hak rakyat Palestine ini.

Adakah Hadi Awang tidak tahu membezakan maksud Tun yang mahu pemimpin Yahudi terlebih dulu mengiktiraf hak-hak rakyat Palestne iaitu memulangkan semula tanah rakyat Palestine yang dirampas untuk dijadikan negara Israel itu dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang terus menyokong usaha-usaha pergerakkan Zionist yang mahu melindungi keselamatan Israel yang berdosa kerana merampas tanah-tanah rakyat Palestine ini??? Hadi Awang seharusnya dengan tenang perlu menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Zionist sama ada beliau sengaja atau tidak, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.



Wilayah Palestine sebelum dirampas oleh pergerakkan Zionis yang diletak dibawah mandat British


Kewujudan negara baru Israel hasil pergerakkan Zionis yang merampas wilayah rakyat Palestine

Sinar Harian wrote:
Presiden Pas: Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis


Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.


"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis,

Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.

"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersam harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya.

Tuesday, 6 March 2012

Kontark Punca Pas Kedah bergaduh....

Nordin KCD menulis      




Exco Kedah Phahrolrazi Mohd Nawawi mendedahkan punca dia bergaduh dengan MB Kedah adalah disebabkan MB ini mahu memberi projek pembinaan jalan raya yang benilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang pemimpin UMNO di Kedah.

Hanya kerana berbeza fahaman politik, orang PAS macam Phahrolrazi ni sanggup menghalang orang Melayu yang seagama dengannya daripada mendapat projek pembangunan di negeri mereka sendiri. Jadi tidak heranlah selama ini memang ada orang PAS yang tak mahu bersembayang dimasjid yang diimamkan oleh orang UMNO, handir kenduri-kendara atau majlis yang dikendalikan oleh orang UMNO, semuanya kerana ajaran Tok Guru mereka yang mahu mereka memilih bersubahat dengan syaitan daripada berbaik-baik dengan orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka.

Mungkin kalau projek jalanraya ini diberikan kepada Cina DAP, tentu Phahrolrazi tak bantah seperti mana dia bantah sekarang. Mujurlah dasar bantuan UMNO tidak meminggirkan mana-mana orang Melayu termasuklah orang Melayu PAS sendiri. Sebab itu kita lihat walau pun anak-anak orang PAS ini dapat biasiswa dari kerajaan UMNO tetapi mereka sanggup menentang kerajaan yang membantu mereka kerana itu semua adalah ajaran dari Tok Guru mereka. Bila orang bagi ambit, tapi bila nak gigit, gigit tangan yang bagi mereka bantuan.

Malaysiakini wrote:
Kontrak RM600 juta punca krisis PAS Kedah



Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

NONEPerkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

NONEProjek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.