sumber dari kelab che det................
manjbp menulis "Pakatan Rakyat semakin teruja menanti tarikh 9 Julai untuk melancarkan satu lagi siri demontrasi kedua himpunan BERSIH yang ternyata bertujuan mempelekehkan SPR dan mencipta alasan kukuh jika mereka kecundang dalam PRU akan datang.Sebagai bekas penyokong fanatik PAS suatu ketika dahulu dan cenderung menyokong demontrasi ketika DSAI dipecat, saya ingin mengulas mengenai kaedah demontrasi yang kini menjadi agenda pembangkang bagi mendapatkan sokongan rakyat. Penyokong Pakatan Rakyat perlu sedar, ciri-ciri parti mereka begitu sinonim dengan sikap jahiliah dan terpesong dari nilai ajaran Islam. Malah bibit-bibit kehancuran parti pembangkang kian terserlah. Begitu juga pemimpin parti PAS yang kini 憁enelanjangkan?parti mereka sendiri dan 憁endedahkan?sikap hipokrit dalam memperdagangkan agama untuk nafsu politik yang rakus.
Satu demi satu kejahilan parti yang kononnya mempertahankan perjuangan Islam semakin terdedah. Isu video yang dikatakan 慴esi?sebagai tidak relevan dalam sistem hudud jelas memperlihatkan kedangkalan seorang Presiden sebuah parti yang jumud. Beliau terlupa melihat hukuman berdasarkan qazaf dan takzir. Saya masih tertawa hingga ke hari ini mendengar ulasan 憈uan guru?berhubung isu tersebut. Kenyataan ini akan mencemarkan kesucian agama Islam yang Allah SWT ciptakan sebagai agama sepanjang zaman dan kekal relevan dalam apa sahaja suasana.
Isu demontrasi juga amat jelas memperlihatkan satu lagi kejahilan sebuah parti yang kononnya menjadikan Al Quran dan Sunah Nabi SAW sebagai pegangnya tetapi lari dari asas Islam itu sendiri. Hakikatnya mereka yang menjadi pemimpin parti ini telah dibutakan mata hati untuk melihat wahyu Allah dan Sabda Nabi SAW sebagai panduan hidup bernegara.
Apakah pemimpin dan penyokong pembangkang sengaja tidak mahu mengkaji Sabda Nabi SAW: 揝esungguhnya Allah benci kepada orang-orang yang keji dan membuat perkara keji dan MENJERIT-JERIT DI JALANAN? (HR: Ibn Dunya dari Jabir R.A.)
Apakah penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS yang beragama Islam sedar dan sanggup terlibat dalam demontrasi BERSIH yang sememangnya keji dan dibenci agama Islam ? Mahukah mereka 憁encipta?sebab yang mewajarkan mereka berada dalam himpunan BERSIH yang diasaskan oleh pemimpin parti mereka yang mendakwa memperjuangkan Islam sebagai cara hidup, tetapi berkiblatkan peribadi jahilah dalam berpolitik.
Mana hilangnya kewibawaan ulama dan ahli agama yang kononnya ramai berada dalam PAS. Jahil sangatkah golongan ini untuk menasihati pemimpin-pemimpin profesional mereka yang bukan berlatar belakang agama untuk berpolitik secara sihat dan berlandaskan syariat Islam.
Ditambah dengan satu lagi sabda Nabi SAW: 揂kan muncul tiga perkara buruk apabila dekat kiamat, iaitu masjid lengang, orang berjuang dan berjihad secara menjerit (demontrasi @ tunjuk perasaan), dan manusia semakin tidak amanah. (HR : At Tabrani)
Jelaslah perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS yang menjadikan Islam sebagai tunggak perjuangannya amat jauh tersasar dari syariat yang digariskan agama. Jika tindakan yang setaraf jahilah sudah semakin sebati dengan PAS, maka penyokong fanatik mereka harus disedarkan. Malah pendokong PAS harus segera insaf dan sedar bahawa tiada ayat Al Quran dan Hadis Nabi yang menyebelahi perjuangan parti yang diasaskan atas dasar kebencian terhadap UMNO pada tahun 1951 ini. Maka selamanya PAS dan Pakatan Rakyat akan terus menyemai segala bibit kebencian dengan kaedah 憁atlamat menghalalkan cara?sekali pun Islam menegah umatnya melakukan tindakan yang mengundang kerosakan dan huru hara.
Justeru, adalah menjadi kewajiban pemerintah dan pihak berkuasa menghalang usaha demontrasi ini dengan cara yang tegas. Jangan kerana seorang dua pemimpin pembangkang yang berfikiran sempit, beribu-beribu rakyat terkena tempiasnya. Contohi ketegasan Singapura dalam menguatkuasakan undang-undang negara mereka, sekali pun mereka bukan negara Islam, tetapi banyak ciri dan peraturan yang dilaksanakan sejajar dengan sistem bernegara yang mampu menghalang pemimpin pembangkang dan rakyatnya menjadi terlalu kurang ajar seperti yang berlaku di Malaysia.
"
sumber (kelab chedet)............
No comments:
Post a Comment