Sunday, 31 July 2011

KALAU ANJING PUN KAMI BOLEH MENANG, HE HE

Inilah hasilnya bila kita tidak mememui Islam yang sebenarnya apabila bertempek kepada Islam politik yang bersandarkan kepada kemenangan di pilihanraya semata -mata secara terang terang memperlihatkan KEANGKUHANNYA apabila sanggup berpeminpinkan anjing untuk di pilih untuk menjadi wakil rakyatnya  yang mana kita tahu manusia itu sendiri yang Allah ciptakan sebaik baik kejadian berbanding ciptaanNya di alam ini, walaupun dalam dalam fekah itu sendiri yang mengabarkan tentang haramya anjing tu, Pas mungkin terlupa kot nak habaq kat DAP pasai benda ni, sebab kita yakin, kalau calon DAP bertanding kemungkinan besar ahli Pas atau PKR mengundi calaon DAP ni,  SEBABNYA ATAS TIKET PAKATAN RAKYAT, jadi mau kah mereka ini berpeminpinkan anjing??????? itu persoalannya?????

Inilah calon DAP yang mereka maksudkan tu, tapi ahli Pas dan PKR nak pangkah ka tak tau la.....

tapi kan mereka bersatu di atas tiket pakatan rakyat, dan pedoman mereka adalah kitab jingga buatan anwar

    
 dari blog jas salleh seraemas   
    

KEPALA HOTAK DAP SINDIR PENGUNDI CINA SEBAGAI ANJING???

Wow! Ajaib memang ajaib ! Ntah di mana justifikasinya ada seorang lahanat pemimpin bawahan DAP dengan bongkak dan riak mendakwa jika DAP meletakkan anjing jadi calun, pasti DAP akan menang jua. Ramai rakan bloger JS melapurkannya yang memetik sumber Nanyang Siang Pau 18hb Julai 2011. Ada benarnya juga apakata pemimpin bawahan lahant tersebut, apa taknya, mana-mana calun Melayu yang dijadikan calun sudah tentulah DAP akan labelkan mereka sebagai 'Anjing' terutama sekali mana-mana ahli PAS dan PKR yang hendak jilat DAP.


Berikut lapuran yang dipetik daripada blog Dr Novandri lapuran NANYANG SIANG PAU 18hb Julai 2011, yang dipetik dan di tulis semula oleh Utusan Malaysia:-

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.
Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu.

Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja - UM
di sunting oleh     aliff akhbar  
31 julai  2011 Jam 1700

Wednesday, 20 July 2011

TANGAN GHAIB

Syukur Alhamdullilah kerana saya mendapat ilham dari Allah Taala sekali lagi untuk menulis dan ingin meluahkan pendapat peribadi sebagai rakyat Malaysia amnya yang mana bila saya merenung sejenak kenyataan bekas KPN Tan Sri Rahim Noor dengan kenyataan beliau yang amat signifikan apabila beliau berkata "mana mana negara dalam dunia ni yang cuba cuba mengganggu gugat dan mengacau segala tindak tanduk kami (zionis/Yahudi) maka negara itu akan menerima padah'' begitu la ayat dari beliau apabila saya terbaca dalam mingguan malaysia baru ni.................
   
    Baik, kita boleh lihat negara negara di timur tengah seperti Mesir, Libya, Yemen, dan berdekatan di antaranya telah mengalami satu revolusi di mana kita boleh suara atau kebangkitan Rakyat JELAS di nyatakan melalui demontrasi di jalan raya yang mahukan perubahan dan mahu menggulingkan kerajaan yang ada kerana disifatkan sebagai sudah tidak relevan untuk rakyat yang mana penulis sifatkan sebagai hak rakyat untuk bersuara yang mahukan perubahan, walaupun dengan cara yang boleh disifatkan di luar konteks undang-undang atau hukum sesama manusia.........Jadi malaysia tidak terkecuali menerima gelombang ini kerana sudah jelas boleh di gambarkan baru baru ini bertarikh 9 july iaitu BERSIH yang mahu menuntut pilihanraya yang lebih telus dan menafikan dakwaan atau tuduhan mempunyai agenda politik namun jelas bersekongkol dengan Parti Politik, ini apa ni??????? apakah BERSIH ini ikhlas?????, jadi bagi saya itu bukan lah persoalan yang besar atau pun rumit, persoalannya SIAPAKAH DALANG ATAU MASTERMINDNYA DAN APAKAH NIAT SEBENAR MEREKA ATAU TERSEMBUNYI DALANG TERSEBUT????? INI SEBENARNYA PERSOALAN..........
         
Seperti yang penulis ungkapkan kenyataan bekas kpn tadi yang mana wujud tangan tangan ghaib yang mengatur semua rancangan ini yang mahu menunjukkan kepada Dunia bahawa Malaysia sekarang tidak selamat lagi, kerajaan zalim, berlaku penindasan rakyat yang keterlaluan, pilihanraya yang terlalu kotor tidak telus, dan sebagainya, TETAPI, INI YANG PERLU KITA FIKIR DAN RENUNG SEJENAK, TANGAN GHAIB INI MEMERLUKAN BONEKA ATAU BARUA ATAU BOLEH DISIFATKAN SEBAGAI TALI BARUT bagi memudahkan gerak kerja mereka lebih mudah di laksanakan, sebabnya, seperti Tan sri kata tadi, mana mana negara cuba menggangu Israel atau sekutunya negara itu akan terima padah, ini jelas........................


    Buktiya kita boleh di sini



http://article.wn.com/view/2011/06/26/NGO_berkaitan_gerakan_Kristian_penyumbang_dana_Bersih

siapakah mereka ini??? tidakkah mereka ini boleh disifatkan sebagai tangan tangan ghaib itu????? Jelas agenda mereka untuk memecahbelahkan orang melayu/Islam boleh nampak dengan jelas dengan memperkuda orang melayu Pas dan PKR untuk bertindak sebagai pelindung bagi mereka bagi mengelak di kenakan tindakkan undang undang dan di ganggu gugat oleh kerajaan atau UMNO lah khususnya, ternya formula british telah di guna pakai bagi merealisasikan matlamat tangan ghaib ini.......


sedarlah wahai orang orang melayu jika masih mahu menjadi boneka asing lagi

ini la di katakan perjuangan fisabillilah...(pas aje)..................
 majoritinya adalah melayu menjadi boneka   

Friday, 15 July 2011

PELAWAAN UMNO UNTUK BERBINCANG

Ini lah keangkuhan Pas sebenarnya, bukan lah niat sebenar kerajaan nak menipu Pas dengan istilah kerajaan perpaduan, tetapi UMNO mengajak berbincang dengan Pas mengenai kedudukan dan nasib orang orang melayu dan agama Islam khususnya. Bukan kah kedua parti ini mendapat sokongan orang melayu sepenuhnya dengan kekuatan majoriti kaum melayu.
 
   UMNO mahu memberitahu Pas, supaya harus lebih dominan dalan pakatan kerana parti tersebut membekalkan kekuatan orang melayu, tapi kenapa Pas lebih rela membiarkan DAP dan PKR mempergunanya dan tidak memberi ruang di setiap sudut untuk melaksanakan sesuatu, tetapi dengan angkuh nya Pas berkata kami tak perlu berkerjasama dengan UMNO, kerana tanpa UMNO pun nasib orang melayu tetap terbela jika orang melayu memilih Pas sebagai alternatif kepada UMNO, amboi.... buktinya apa???? baik, lihat saja pilihan raya di sarawak baru baru ini???? siapa yang menang sebenarnya???? adakah Pas? PKR? yang menang dalam PAKATAN  adalah DAP baiiiiii, bukan Pas ataupun PKR.... ini fakta.... dan lihat juga kabinet bayangan sarawak, di mana tempat untuk Pas???? Pas sebagai 'anak tiri' dalam pembangkang semakin terserlah apabila parti itu langsung tidak diberikan sebarang kedudukan penting dalam Kabinet bayangan kerajaan negeri Sarawak, apa buktinya jika Pas bersama DAP dan PKR nasib orang melayu terbela???
  
   Jika kabinet bayangan malaysia pula, lihat dimana Anwar campak Pas??? ternyata Pas tidak guna kekuatanya dalam PAKATAN untuk jadi lebih tegas yang mana ia membawa suara majoriti dalam PAKATAN, Pas lebih rela diperkudakan DAP dan PKR, jadi BAGAIMANA ORANG MELAYU NAK MEMGHARAP KEPADA PAS UNTUK MENGGANTIKAN UMNO????? ternyata Pas sekarang bukan seperti Pas yang dulu lagi, benarlah kata Tun Dr Mahathir, jika kita terlalu taksub nak kan sesuatu maka kita akan melakukan satu benda yang salah, bukan SILAP, SALAH, kita akan lakukan benda yang batil demi sesuatu.. Buktinya Pas nak berkuasa dan menawan putrajaya, ini buktinya, membela pesalah liwat, video seks adalah besi, menutup mata untuk terima kebenaran kerana terlalu taksub untuk berkuasa.

PERUBAHAN DAN TRANSFORMASI PAS

PERUBAHAN DAN TRANSFORMASI PAS

Di sini kita dapat melihat perubahan Pas atau proses transformasi Pas daripada parti yang ekstrimis agama berubah menjadi parti yang begitu amat terbuka apabila Pas telah merasa jemu lagi untuk berjuang sebagai parti pembangkang atau flatform pembangkang sahaja untuk memperjuangkan Islam kerana mereka merasakan kaum bukan melayu tidak akan menykong dan mengundi calon mereka kelak bila pilihanraya kelak.....
    Justeru itu, mereka perlu berani mencuba sesuatu yang mungkin boleh mencalarkan imej mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam dengan melakukan satu perkara yang boleh dikatakan meniru konsep UMNO iaitu berkerjasama dengan kaum bukan Islam atau bukan melayu untuk menarik atau supaya diterima sebagai parti yang tidak lagi yang ekstrimis agama demi mendapatkan sokongan atau undi kaum pendatang tersebut semata mahu menjahanamkan UMNO. 



 Ini jelas, kerana jika mereka masih mengharapkan sokongan melayu semata-mata DAN SELAGI UMNO WUJUD sampai bila pun mereka bermimpi untuk ke putrajaya (satu ketika dulu mereka nak lelong)... Pada april 1998 pada telah mula mula berjinak dengan DAP, kononya kata haji hadi kami mempunyai titik persamaan walaupun berbeda ideologi, dan menubuhkan kelab penyokong Pas untuk bukan Islam, asasnya apa????? adakah membawa mereka ini dekat dengan Islam atau atas dasar politik untuk meraih undi bukan Islam untuk menang pilihanraya?????? dan berapa ramai mereka yang telah menerima Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka???? berapa ramai????? ternyata tujuan Pas berkerjasama dengan DAP dan menubuhkan kelab penyokong bukan Islam semata-mata untuk meraih undi dan sokongan sahaja, BUKAN MEMBAWA MEREKA KEPADA AGAMA ISLAM YANG MEMBAWA KEBENARAN YANG MUTLAK UNTUYK UMAT MANUSIA SEKELIAN ALAM INI.......
Ternyata kerajaan UMNO yang berjaya membawa orang kafir kepada mendekati Islam.....
  


PELAWAAN UMNO UNTUK BNERBINCANG























Friday, 8 July 2011

BOB LOKMAN MERACAU

dari sumber 1pelurublogspot......di edit oleh aliffakhbar


kalah teruk di kerdau, tumpas memalukan di merlimau. misi PASyaitonnirrojim mengusung BOB LOKMAN serata ceruk berkempen unt mereka di dua2 PRK bersandarkan slogan "kita semua jangan masuk neraka!" menemui jalan gagal... gagal-segagalnya! PAS kalah lebih teruk dari majoriti PRU12 di kerdau & merlimau.

bak kata cikgu mala KFC, kekalahan ini bolehlah dijadikan muhasabah dari persepsi berbeza memandangkan tiada banjir atau bencana alam lain yg berlaku di kerdau atau merlimau di hari pengundian & selepas kemenangan BN/UMNO. BOB LOKMAN satu entiti yg bleh dimasukkan dalam sessi muhasabah tersebut... sesungguhnya syurga BOB LOKMAN bukan di pentas ceramah PAS, tapi kezuhudan diri di masjid atau surau!
adakah BOB LOKMAN tersilap pehitungan saat dia tercari-cari arah menuju jalan redha bila keluarganya berantakan, atau BOB terjebak dalam operasi CLANDESTINE?

wajib kita sesama muslim mengetahui satu gerakan senyap tapi berbahaya, yang dirancang oleh intelligent anti-ISLAM barat yg bergelar CLANDESTINE! gerakan ini sudah berlangsung sekian lama seperti gerakan anti khalifah turki othmani sehingga gerakan laskar jihad di ambon-maluku.

obsessi islamik sesetengah golongan yang menjadikan politik sbg satu wadah perjuangan menjadikan bidang itu satu sasaran penting operasi CLANDESTINE. sasarannya melemahkan penyatuan ummah atau menyimpangkan citra perjuangan ISLAM.

operasi ini dimulai dengan mendekati komuniti/parti ISLAM yang lantang & vokal dalam memperjuangkan politik ISLAM. untuk mempermudah pendekatan, biasanya ada individu tertentu yg dikenali ramai dicanangkan sbg sesungguh insaf dan kembali ke daerah ISLAM. penyertaannya dengan komuniti/parti ISLAM dihebahkan dengan tujuan menarik lebih ramai 'penganut' komuniti/parti tersebut.

pelbagai kaedah baru seperti perubahan personaliti dan retorik kosong digunapakai demi menarik minat golongan baru seperti remaja secara terselindung, walaupun hakikatnya kaedah tersebut merupakan benih 'troublemaker' memesongkan misi perjuangan ISLAM!

jika dilihat dengan mata hati, perjuangan mereka bukan lagi di atas landasan islam... semata-mata untuk kepentingan politik yang sempit. para ahli mesti sepenuh percaya kepada pemimpin! itulah metode paling asas yg diterap dalam gerakan CLANDESTINE!

untuk menampan kritikan luar, pelbagai retorik kata dicipta seperti "mereka itu jahilliah!", "haram syarie mengikut mereka!" dan "bersamalah kita ke syurga!" kebatilah tidak harus dibela, tetapi mereka siap menghidang dalil dan nas menyokong kebatilan... tapi retorik seperti itu dapat menarik perhatian mereka yang sedang pening mencari arah kebenaran.

pada akhirnya terlihat, penghujung gerakan politik bercirikan CLANDESTINE bukan lagi tulus memperjuangkan ISLAM, tetapi untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan semata2. awas beb... operasi CLANDESTINE sedang berjalan seperti direncana!
   
 sumber......1peluru.blogspot........

AGENDA PAKATAN RAKYAT

  

sumber dari kelab che det................
Semasa manjbp menulis "Pakatan Rakyat semakin teruja menanti tarikh 9 Julai untuk melancarkan satu lagi siri demontrasi kedua himpunan BERSIH yang ternyata bertujuan mempelekehkan SPR dan mencipta alasan kukuh jika mereka kecundang dalam PRU akan datang.



Sebagai bekas penyokong fanatik PAS suatu ketika dahulu dan cenderung menyokong demontrasi ketika DSAI dipecat, saya ingin mengulas mengenai kaedah demontrasi yang kini menjadi agenda pembangkang bagi mendapatkan sokongan rakyat. Penyokong Pakatan Rakyat perlu sedar, ciri-ciri parti mereka begitu sinonim dengan sikap jahiliah dan terpesong dari nilai ajaran Islam. Malah bibit-bibit kehancuran parti pembangkang kian terserlah. Begitu juga pemimpin parti PAS yang kini 憁enelanjangkan?parti mereka sendiri dan 憁endedahkan?sikap hipokrit dalam memperdagangkan agama untuk nafsu politik yang rakus.

Satu demi satu kejahilan parti yang kononnya mempertahankan perjuangan Islam semakin terdedah. Isu video yang dikatakan 慴esi?sebagai tidak relevan dalam sistem hudud jelas memperlihatkan kedangkalan seorang Presiden sebuah parti yang jumud. Beliau terlupa melihat hukuman berdasarkan qazaf dan takzir. Saya masih tertawa hingga ke hari ini mendengar ulasan 憈uan guru?berhubung isu tersebut. Kenyataan ini akan mencemarkan kesucian agama Islam yang Allah SWT ciptakan sebagai agama sepanjang zaman dan kekal relevan dalam apa sahaja suasana.

Isu demontrasi juga amat jelas memperlihatkan satu lagi kejahilan sebuah parti yang kononnya menjadikan Al Quran dan Sunah Nabi SAW sebagai pegangnya tetapi lari dari asas Islam itu sendiri. Hakikatnya mereka yang menjadi pemimpin parti ini telah dibutakan mata hati untuk melihat wahyu Allah dan Sabda Nabi SAW sebagai panduan hidup bernegara.
Apakah pemimpin dan penyokong pembangkang sengaja tidak mahu mengkaji Sabda Nabi SAW: 揝esungguhnya Allah benci kepada orang-orang yang keji dan membuat perkara keji dan MENJERIT-JERIT DI JALANAN? (HR: Ibn Dunya dari Jabir R.A.)

Apakah penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS yang beragama Islam sedar dan sanggup terlibat dalam demontrasi BERSIH yang sememangnya keji dan dibenci agama Islam ? Mahukah mereka 憁encipta?sebab yang mewajarkan mereka berada dalam himpunan BERSIH yang diasaskan oleh pemimpin parti mereka yang mendakwa memperjuangkan Islam sebagai cara hidup, tetapi berkiblatkan peribadi jahilah dalam berpolitik.

Mana hilangnya kewibawaan ulama dan ahli agama yang kononnya ramai berada dalam PAS. Jahil sangatkah golongan ini untuk menasihati pemimpin-pemimpin profesional mereka yang bukan berlatar belakang agama untuk berpolitik secara sihat dan berlandaskan syariat Islam.
Ditambah dengan satu lagi sabda Nabi SAW: 揂kan muncul tiga perkara buruk apabila dekat kiamat, iaitu masjid lengang, orang berjuang dan berjihad secara menjerit (demontrasi @ tunjuk perasaan), dan manusia semakin tidak amanah. (HR : At Tabrani)

Jelaslah perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS yang menjadikan Islam sebagai tunggak perjuangannya amat jauh tersasar dari syariat yang digariskan agama. Jika tindakan yang setaraf jahilah sudah semakin sebati dengan PAS, maka penyokong fanatik mereka harus disedarkan. Malah pendokong PAS harus segera insaf dan sedar bahawa tiada ayat Al Quran dan Hadis Nabi yang menyebelahi perjuangan parti yang diasaskan atas dasar kebencian terhadap UMNO pada tahun 1951 ini. Maka selamanya PAS dan Pakatan Rakyat akan terus menyemai segala bibit kebencian dengan kaedah 憁atlamat menghalalkan cara?sekali pun Islam menegah umatnya melakukan tindakan yang mengundang kerosakan dan huru hara.

Justeru, adalah menjadi kewajiban pemerintah dan pihak berkuasa menghalang usaha demontrasi ini dengan cara yang tegas. Jangan kerana seorang dua pemimpin pembangkang yang berfikiran sempit, beribu-beribu rakyat terkena tempiasnya. Contohi ketegasan Singapura dalam menguatkuasakan undang-undang negara mereka, sekali pun mereka bukan negara Islam, tetapi banyak ciri dan peraturan yang dilaksanakan sejajar dengan sistem bernegara yang mampu menghalang pemimpin pembangkang dan rakyatnya menjadi terlalu kurang ajar seperti yang berlaku di Malaysia.
"

sumber (kelab chedet)............