Saya merasakan apabila Idris Jala telah disenaraikan oleh Bloomberg di antara 50 tokoh the most influential in the world dalam bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia sedikit sebanyak mempengaruhi Najib untuk karier politik beliau.Secara sendirinya pengikhtirafan itu mengiktiraf Najib kerana Najib yang melantiknya. Kalau beri dekat Najib nanti nampak sangat pula. Pengikhtirafan itu bukanlah datang dari pihak yang bukan calang-calang.
Setelah Tun Mahathir tarik sokongan pada Najib, tiba-tiba terus Idris Jala disenaraikan oleh pihak terbabit. Mungkin!!Disebalik pengikhtirafan itu kepada Idris, pihak ini memeriksa dan teliti segala proses-proses Transformasi Najib sejak beliau dipilih untuk menggantikan tampuk pemerintahan Tun Abdullah Badawi sejak 2009 dan janji-janjinya.
Kerana Idris Jala dipertanggungjawabkan untuk merangka dan memantau segala transformasi-transformasi dasar Najib ini melalui jawatankuasa khas PEMANDU dan Idris sendiri adalah sebagai peneraju utama.
Orang-orang Melayu sebenarnya banyak tidak begitu selesa dengan idea idea dari PEMANDU ini. Kebanyakan dasar dasar PEMANDU ini cukup membimbangkan orang-orang Melayu. Tetapi, diatas ketaatan orang Melayu kepada pucuk pimpinan di dalam UMNO, dasar dasar ini sudah berjalan separuh jalan, mungkin lebih daripada proses transformasi sudah menampakkan wajahnya yang sebenar.
Daripada beberapa dasar-dasar, pemansuhan akta-akta yang dilihat konservatif, rasionalisasi subsidi, keterbukaan mahasiswa berpolitik, kebebasan bersuara dan membuat himpunan aman, pinjaman 1MDB dan yang terbaru memansuhkan akta hasutan untuk digantikan dengan akta yang baru telah membuatkan orang Melayu seakan-akan hilang sabar apabila melihat siri-siri pemansuhan akta-akta pencegahan, ianya telah di cabul oleh pihak-pihak yang beragenda untuk menghuru-harakan negara dengan mengeluarkan apa saja kenyataan perkauman, penghinaan kepada Agama Islam, Institusi Raja Melayu, PDRM, Perbuatan subversif di Borneo, semuanya diatas nama demokrasi politik baru.
Inilah adalah dasar dasar Najib yang telah membuatkan Dr M bersuara dengan menarik semula sokongannya pada beliau.Umum ketahui, dasar luar negara semasa era Tun Dr Mahathir terhadap polisi barat cukup dingin. Amerika juga melihat peralihan kuasa di Malaysia, maka sudah semestinya dasar dasar sesebuah negara itu akan berubah.Najib juga mahu dijulang namanya bukan dalam negara sahaja namun Najib juga tetap mahu namanya cukup dikenali oleh dunia luar.
Oleh itu sejak kedatangan Presiden Obama tempoh hari, mungkin Najib seolah-olah cuba mempraktikkan dasar dasar ala Barat yang progressive lagi liberalisasi. Pada saya, kemusykilan timbul apabila pengikhtirafan itu diberi kepada Idris Jala oleh pihak ini yang kita ketahui latar belakang mereka siapa dibelakang mereka.
Adakah mereka ini mahu melobi sesuatu dari Malaysia melalui si Idris Jala ini??
Saya secara peribadi merasakan satu kelegaan yang amat apabila TunM mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa kepada Najib.Dan sudah semestinya para-para pro dari Team Najib termasuk beberapa jemaah Menteri akan tampil membela Najib dan memberi pembelaan sehingga digelar kapten transformasi bagai. Inilah team yang Tun khabarkan seperti kisah Raja pembesar pembesar Istana yang tidak mahu menegur Raja meraka walau Raja itu bogel sekalipun dihadapan mereka.
Situasi ini umpama Tun mahu melucutkan imuniti Raja-raja dan kerabat diraja seketika dahulu yang membuatkan Tun dituduh dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan keras tindakannya itu pada institusi di Raja. Sebenarnya, tindakan inilah yang akan menyelamatkan Institusi ini dari di digulingkan oleh rakyat secara anarki apabila immuniti tersebut memberi satu kebencian kepada institusi Raja untuk membuat apa saja walau jenayah sekalipun.
Begitu halus taktikal Tun umpama General Perang 5 bintang didalam situasi perang yang sukar dibaca. Pandangannya disebalik dinding. Tindakannya mengkritik dan mengeluarkan kenyataan menarik sokongan kepada Najib itu adalah langkah untuk menyelamatkan rejim Najib sendiri dari di tolak oleh Orang Melayu dan majoriti rakyat.
Maka Najib harus halusi tindakan Tun ini, samada beliau mahu ikut idea Idris Jala dan penasihat liberal tink tank beliau atau kehendak orang Melayu .Najib harus ingat, kerusi beliau duduk sekarang ini adalah dari pilihan orang Melayu. Daripada135 Kerusi Parlimen, 88 kerusi UMNO.
Najib hidup diatas undi melayu.Jika Najib tidak mahu karier politiknya tercabar atau dicabar kemudian hari maka Najib halusi semula kenyataan menarik sokongan itu dari Tun. Tak kisah jika Tun yang menarik sokongan, hanya satu undi saja, yang perlu Najib kisah adalah kebimbangan orang Melayu kepada kepimpinanya.
Itulah yang membuatkan karier politik beliau samada jatuh atau bangun.