Sunday, 12 May 2013

BENARKAH UMNO RACIST DAN MENINDAS KAUM LAIN?

AL- MUMTAHANAH : 8- ALLAH TIDAK MELARANG KAMU DARIPADA BERBUAT BAIK DAN BERLAKU ADIL KEPADA ORANG ORANG YANG TIDAK MEMERANGGI AGAMA KAMU, DAN TIDAK MENGELUARKAN KAMU DARI KAMPUNG HALAMAN KAMU; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGASIHI ORANG ORANG YANG BERLAKU ADIL


AGENDA DAP TAWAN PUTRAJAYA

NORDIN KCD MENULIS




Sungguh pun UMNO parti yang berteraskan orang Melayu tetapi sejak dari mula lagi UMNO akur kewujudan kaum-kaum lain di negara ini. Justru UMNO bersama MCA dan MIC menubuhkan satu pakatan politik antara kaum-kaum yang dinamakan PERIKATAN.
Tujuan utama Perikatan ditubuhkan adalah untuk berkongsi kuasa dan berkerjasama dalam pentadbiran negara ini. Justru setiap kebajikan dan kepentingan semua kaum hendaklah diambil kira dan masing-masing diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC.

Dengan kerjasama yang jitu dan gabungan tenaga yang padu, UMNO, MCA dan MIC telah berjaya mengubal satu Perlembagaan yang mengiktiraf hak keistimewaan kaum masing-masing. Sebagai mewakli kaum pribumi di negara ini, UMNO terpaksa mengambil kira kedudukan ekonomi orang Melayu yang pada waktu itu bersedia menerima kedatangan kaum-kaum lain untuk berkongsi negara ini dengan mereka. UMNO juga perlu memastikan ekonomi orang Melayu tidak terpinggir dengan kebanjiran kaum-kaum pendatang ini kerana bimbang orang Melayu jadi daif di negara mereka sendiri.



Manankala Kaum Cina dan India pula begitu bimbang dengan pengaruh politik negara-negara jiran (seperti Indonesia dan Thailand) yang waktu itu lebih mengutamakan perpaduan nasional melalui proses asimilasi berteraskan kaum pribumi di negara berkenaan. Justru mereka menuntut hak keistimewaan mereka dalam mengekalkan identiti kaum mereka diberi jaminan. Justru jaminan dalam pendidikan vernakular, bahasa, budaya dan agama mereka terus dikekakan hinggalah ke hari ini.
Inilah persefahaman yang sudah disepakati antara UMNO, MCA dan MIC. Walau bagaimana pun, dalam waktu yang sama UMNO terpaksa menghadapi tentangan dari dalam UMNO itu sendiri. Sebahagian besar gulungan ulama yang berada didalam UMNO tidak bersetuju dengan pemaufakatan antara kaum ini. Mereka anggap persefahaman yang dicapai itu hanya menghalang Tanah Melayu daripada menjadi sebuah Negara Islam.
                                                     PRESIDEN SUKARNO
                                                     
Justru mereka mengambil keputusan keluar dari UMNO dengan menubuhkan parti baru yang bernama PAS atau Parti Islam SeMalaya. PAS ketika itu membantah keras Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dianggap mereka sebagai Perlembagaan Kafir.
Namun demikian rakyat Tanah Melayu waktu itu tetap menyokong kuat kesepakatan yang sudah dicapai oleh pemimpin Perikatan dan PAS pula hanya disokong oleh di negeri-negeri di Utara Semenanjung saja. Ini menunjukkan Perikatan bukanlah parti yang rasis yang hanya mengutamakan kepentingan satu kaum atau kepentingan satu agama saja. UMNO masih mempertahankan Islam tetapi dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada agama-agama lain diamalkan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.



Bagaimana pun Perikatan sekali lagi menghadapi ancaman baru apabila Lee Kwan Yew cuba membawa masuk ideologi beliau ke Malaya untuk menyayingi Perikatan khususnya MCA. Tujuan slogan “Malaysian Malaysia” PAP Lee Kwan Yew pada mulanya adalah hendak menarik sokongan kaum Cina yang lebih tertumpu di Negeri-Negeri Selat yakni Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
Lee Kwan Yew tahu kaum bukan Melayu tidak ada halangan untuk jadi Ketua Menteri di Negeri-Negeri Selat ini berbanding Negeri-Negeri yang mempunyai Sultan. Justru Negeri-Negeri Selat ini dijadikan sasaran politik Lee Kwan Yew walau pun pada awalnya beliau berjanji tidak akan membawa pengaruh PAP ke dalam Malaya.

Akhirnya Tunku mengambil keputusan menyinkirkan Singapura kerana bimbang ianya akan menggugat perpaduan kaum di Malaysia. Presiden MCA pada waktu itu Tun Tan Siew Seng sendiri mengalu-ngalukan tindakan Tunku kerana beliau sendiri sudah menghidu tindakan Lee Kwan Yew itu cuma mahu merosakkan perpaduan kaum terutama kaum Cina yang ketika itu menjadi penyokong kuat kepada MCA.
Bagaimana sisa-sisa parti PAP Lee Kwan Yew itu masih diteruskan melalui DAP yang mengambil-alih tempat PAP. Kewujudan PAP di Malaysia dibatalkan berikutan daripada penyinkiran Singapura daripada Malaysia


Bagi DAP mereka tidak ada halangan untuk memainkan isu-isu perkauman terutama mengugkit hak keistimewaan orang Melayu untuk menyakiti hati kaum Cina. Sebelum ini orang Melayu tidak pernah cemburu dengan kekayaan orang Cina. Bagaimana pun orang Melayu jadi tersentak bila mereka menyedari kuasa politik mereka mula tergugat hasil keputusan PRU pada tahun 1969.
Untuk mengelakan rusuhan kaum 1969 daripada berulang, UMNO mencadangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi ekonomi semua kaum di negara ini diwujudkan. UMNO tidak mahu orang Melayu rasa cemburu dengan kekayaan kaum Cina, justru orang Melayu perlu dilatih dan dibantu supaya mereka tidak lagi ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi.

MCA dan MIC juga menyokong usaha UMNO ini kerana mereka juga tidak mahu kejadian 13 Mei 1969 berulang lagi. Bagaimana pun DAP terus mentomahkan MCA sebagai menuruti telunjuk UMNO. DAP mendakwa MCA dikuasai oleh towkei-towkei Cina yang tidak mendekati denyut-nadi gulungan Cina yang miskin. Akhirnya DAP berjaya mencipta persepsi buruk terhadap MCA sehingga orang Cina percaya yang MCA adalah ‘Pak Turut’ kepada UMNO



Segala sumbangan MCA kepada kaum Cina terutama dalam mempertabatkan sekolah Cina sudah tidak diendahkan lagi. Kaum Cina begitu percaya kerajaan baru akan ditubuhkan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim yang dipilih khusus oleh DAP selepas PRU 13 ini nanti. Kepercayaan kaum Cina ini jadi bertambah kuat memandangkan orang Melayu PAS dan PKR turut menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.

Jadi apakah benar UMNO, MCA dan MIC bersikap rasis berbanding DAP, PAS dan PKR?? UMNO tidak pernah menyentuh hak mana-mana kaum begitu juga MCA dan MIC tidak pernah mengungkit hak keistimewaan orang Melayu. Malangnya sebahagian besar pengundi Cina percaya bahawa UMNO, MCA dan MIC adalah rasis. Mereka lebih percaya tomahan dan fitnah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap BN.

Hari ini semua parti-parti yang didominasikan kaum Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan hampir pupus akibat isu-isu perkauman yng dimainkan oleh DAP dan Pembagkang yang lain. Apakah kaum Cina khususnya dan orang Melayu amnya masih tidak mahu mengambil iktibar daripada perbuatan parti-parti pembangkang ini???



Friday, 10 May 2013

SIAPA KUAT SIAPA PAK TURUT

Sebenarnya jika dihalusi semula, UMNO dan DAP ada persamaan.
MCA,GERAKAN dan Pas,PKR juga boleh disifatkan adalah nasib yang serupa sifat parti parti ini.
Apakah persamaan antara UMNO dan DAP??
Ini analisis saya, sebenarnya masyarakat cina telah sekian lama dihasut oleh parti Cauvannis Kiasu DAP agar sudah tiba masanya masyarakat cina berhenti dan hidup dibawah naungan atau kuasa pentadbiran Orang Melayu khususnya UMNO. Masyarakat cina ini , mereka rasa sudah terlalu lama hidup di bawah kuasa orang Melayu sejak dari MERDEKA lagi. Kini mereka rasa sudah tiba masanya masyarakat cina pula berkuasa dan orang Melayu hidup dan bernaung di bawah pemerintah Cina khususnya parti DAP.
Ini hakikatnya seperti tulisan Utusan Malaysia yang lalu "Apa lagi Cina mahu". Yang sebenarnya orang cina mahu adalah kuasa politik yang mutlak dan mahu menggantikan kuasa atau naungan orang Melayu. Ini lah yang cina mahu. Hanya wayang dan lakonan sahaja orang cina ini kononnya mereka mahu seperti apa yang tertulis seperti janji janji dalam manisfesto pakatan rakyat itu. Maklumlah, Najib pun tertipu dengan wayang opera mereka.
Reversed psychological yang sedang di brainstorming oleh DAP kepada masyarakat cina pada kadar yang maksimum.

Hakikatnya mereka sudah muak, jemu dan bosan bila mereka melihat negara ini didominasi dengan ciri ciri KEMELAYUAN dan KEISLAMAN dari segi keagamaan contohnya sistem undang undang Keislaman seperti kerajaan UMNO/BN menperkasakan sistem undang undang syariah dan memperkasakan Mahkahmah syariah sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan (Appeal Court),
Jabatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang ada bidang kuasa kuasa tertentu untuk menguatkuasakan undang undang Syariah Islam, kouta Bumiputera, pembahagian ekonomi khas untuk orang Melayu contohnya DEB, segala identiti Islam merata tempat sehingga di dalam saluran television pun didominasi oleh 2 entiti yang mereka benci ini. Melayu dan Islam.
Jadi DAP sudah berjaya menghasut masyarakat cina agar sudah tiba masanya orang Cina pula mendominasi identiti keCINAan dalam negara ini dan segala identiti MELAYU/ISLAM dapat dihapuskan sedikit demi sedikit dengan memperalatkan parti Melayu Pas dan Melayu PKR.
Jadi apakah persamaan MCA, GERAKAN dan Pas,PKR??
Ini analisa saya. Parti parti ini adalah parti yang bergantung harap kepada parti yang kuat bagi mendapatkan sokongan,undi,kerusi dan Kuasa bagi menumpaskan musuh politik mereka.
Parti parti ini jika dilihat, mereka sama sekali telah di cop seperti barua, budak suruhan, atau pak turut oleh musuh politik mereka kepada parti parti ini kerana mereka dilihat bergantung harapan kepada parti parti yang mereka bergantung harap ini.

Satu konklusi daripada analisa saya ini ialah , apakah masyarakat cina yang telah tinggal dalam negara ini dari generasi ke generasi puluhan tahun sejak Merdeka , mereka masih gagal untuk memahami corak sebuah negara yang berbilang bangsa, agama, kebudayaan, adat adat resam seperti negara kita ini?? Tidak sama sekali. Mereka faham dengan budaya berbilang bangsa ini.
DAP lah sebuah parti yang saya sifatkan telah berjaya dengan cemerlang dengan membawa minda masyarakat cina keluar dari menerima untuk hidup dalam sebuah negara yang hidup dengan berbilang bangsa ini.
Hakikatnya segala amalan identiti dan keagamaan berbilang bangsa ini cukup tidak selesa bagi DAP. DAP merasakan dan menganggap perkara ini tidak boleh dicapai dengan prinsip Malaysian Malaysia mereka itu.
Sebab itu lah analisis saya, saya mengatakan parti MCA, GERAKAN, PAS dan PKR boleh di sifatkan mempunyai kedudukan atau hidup dalam situasi yang sama.
MIC, dan parti parti komponen BN di Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam perbandingannya antara parti parti yang saya bandingkan ini.

Jadi perkara ini cukup membincangkan dan merisau kita yang hidup dalam negara yang sedang membangun dan sedang menuju sebagai negara dan pada wawasan 2020 nanti.
Dan angka telah menunjukan parti DAP telah berkerja dengan cemerlang sekali.
Sejak dari PRU 11,12 dan 13 ini, angka menunjukkan parti DAP berjaya menambahkan lagi kerusi mereka di Dewan Rakyat secara berperingkat peringkat. Dan yang paling ketara pada PRU13 meninggalkan parti Pas dan PKR terkebelakang. Malah PRK Kecil Negeri di Sarawak berlaku lagi penambahan kerusi Dun DAP secara berperingkat dan memberi signal wake up call untuk BN Sarawak.
Jelas di sini, orang orang cina menolak parti parti cina versi BN dengan memilih DAP dan tidak terkecuali juga parti parti cina BN di Sabah dan Sarawak turut terkena tempias ini.
Apakah yang dimomokkan oleh orang cina dari memilih parti parti yang mewakili kaum mereka ini dalam BN??

Kenapa mindset orang cina seakan sudah terkunci untuk memilih BN lagi?
Siapakah yang menjadi dalang sebenar yang mencetuskan Tsunami orang cina ini tercetus?
Sejak bila Tsunami orang cina ini bermula?
Dan bagaimana untuk kita memecah mindset mereka yang sudah terkunci itu dari kembali semula ke pangkuan BN?
Jadi saya percaya tidak boleh tidak pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak dan BN akan menghadap dengan persoalan persoalan ini terhadap kerenah masyarakat yang kononnya sukar dibaca ayunan politik mereka itu.
Perkara dan pertanyaan ini sudah terjawab PRU 13 lalu.
Jadi marilah kita sebagai satu bangsa dan satu agama yang percaya kepada Keesaan Allah dan Muhamad itu pembawa utusan Allah marilah kita renung sejenak dan halusi masa depan Orang Melayu dan Agama Islam dan kestabilan negara kita.
Kalau orang Melayu nak tidur lagi terpulang lah.
Sent from Yahoo! Mail on Android