Tuesday, 17 April 2012

Benarkah Pembangkang mahukan kemenangan yang BERSIH ?

NORDIN KCD MENULIS 
   
      
"Benarkah pengerusi bersama BERSIH, Mat Sabu, Ambiga dan A Samad Said inginkan kemenangan pilihanraya yang BERSIH untuk semua pihak?? Kata penganjur BERSIB 3.0 ini, selagi tuntutan mereka tidak ditunaikan selagi itu sukar untuk parti pembangkang menang dalam Pilihan Raya kali ini. Proses Pilihan Raya sekarang sudah dianggap tercemar dan kotor kerana didakwa memihak kepada Barisan Nasional.



Jadi jelaslah disini yang dikatakan KOTOR itu sebenarnya adalah tentang peluang pembangkang untuk menang yang nampaknya semakin kabur sekarang. Apakah tujuan BERSIH diadakan hanya mahu melihat peluang parti pembangkang mengalahkan Barisan Nasional kembali cerah? Adakah mereka bermaksud ADIL itu hanya ketika pembangkang yakin akan “menyampu bersih” semua negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini. Ketika itu barulah proses Pilihan Raya yang sedia ada sekarang barulah dianggap BERSIH walau pun mereka sendiri sebenarnya menggunakan pelbagai tektik kotor untuk mengalahkan Barisan Nasional?

Sebab itu agaknya mereka bertiga ini perlu memBERSIHkan peluang pembangkang terlebih dahulu sebelum berani menghadapi Pilihan Raya kali ini. Bagi mereka biarlah peluang pihak lawan mereka pula yang jadi kabur kerana itu barulah dikatakan ADIL. Jadi tidak hairanlah kenapa Mat Sabu, Ambiga dan A Samad Said tidak pernah mempersoalkan tindakan Anwar Ibrahim yang mahu merampas kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 walau pun mereka tahu Anwar menggunakan tektik kotor cuba membeli kemenangan wakil rakyat dari Barisan Nasional. Apakah mereka anggap tindakan 16 September Anwar itu BERSIH sedangkan Karpal Singh sendiri mahu Anwar bertaubat kerana beliau tahu tindakan Anwar itu hanya mengaibkan dan mengotorkan maruah pihak pembangkang saja?

Manakala Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak sendiri sudah beberapa kali mengulangi pendirian beliau bahawa beliau tidak mahu Barisan Nasional menang dengan cara yang kotor, hina dan tidak bermaruah. Sebab itu beliau menyerahkan kebijaksanaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membetulkan mana yang silap seperti mana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Jika benar pihak pembangkang mahu menang secara terhormat kenapa pihak pembangkang enggan mengikuti proses perundangan seperti menyertai perbahasan di Parlimen tentang penambahbaikan proses pilihan raya ini sedangkan peluang itu sudah pun diberikan kepada mereka untuk membangkitkan perkara yang tidak betul. Sebaliknya mereka lebih suka mencari jalan bagaimana mencerahkan peluang mereka dengan menggunakan tektik-tektik yang kotor ini.

Sudah tentu cara terbaik untuk mereka adalah dengan mengadakan kempen besar-besaran melalui perhimpunan BERSIH. Tujuan mereka hanya mahu memancing sempati dan sokongan rakyat kononnya parti pembangkang tidak dilayankan dengan ADIL oleh SPR hanya kerana mahu memenangkan Barisan Nasional. Jadi mereka uar-uarkan bahawa tujuan BERSIH diadakan untuk menentang pihak kerajaan yang dikatakan sedang berkrompomi dengan SPR bagi mengalahkan parti pembangkang melalui proses piliharaya yang kotor ini.

Sudah tentu cara yang dilakukan pembangkang itu membuat ramai pihak terpanggil untuk menyokong usaha mereka yang dikatakan cuba membersihkan penyelewengan yang sedang berlaku sekarang. Justru mereka yang terpedaya dengan tektik pembangkang ini sudah tentu tidak keberatan mengundi parti pembangkang jika sekiranya tuntutan-tuntutan BERSIH itu enggan dilayan oleh SPR. Ini sebagai hukuman terhadap Barisan Nsional yang dituduh bersekongkol dengan SPR mahu menjatuhkan pembangkang. Pembangkang sebenarnya tahu memang sukar untuk SPR melunaskan kesemua tuntutan mereka dengan segera kerana ia membabitkan soal perundangan. Oleh itu dapatlah mereka jadikan keengganan SPR itu sebagai senjata untuk mengajak rakyat menghukum Barisan Nasional.

Inilah muslihat dan tujuan pembangkang sebenarnya kenapa mereka memilih perhimpunan BERSIH untuk membetulkan proses Pilihan Raya sedangkan mereka mempunyai pilihan lain yang lebih berhema dan terhormat jika benar mereka membetulkan penyelewengan yang berlaku. Sebenarnya pembangkang sendiri tahu yang mereka tidak mampu mengulangi kemenangan seperti dulu jika mereka menggunakan cara yang sah dan betul. Jadi mereka terpaksa menggunakan cara yang kotor pula iaitu menghasut rakyat dengan memberi gambaran yang kotor terhadap pihak kerajaan dan juga SPR.

Persoalannya sekarang, adakah tindakkan pembangkang yang menggunakan perhimpunan BERSIH itu salah?? Sudah tentu pembangkang tidak pernah rasa bersalah menggunakan tektik kotor ini kerana matlamat mereka hanya mahu menang pada Pilihan Raya kali ini saja. Jadi pihak yang patut dipersalahkan adalah mereka yang sengaja membiarkan pembangkang menipu diri mereka kerana mereka sendiri yang mahu pembangkang menang walau pun mereka tahu yang mereka sedang ditipu dan dipergunakan oleh pembangkang.

Jadi tidak ada bezanya sama ada mereka mahu duduk di rumah atau duduk di Dataran Merdeka berhimpun bersama BERSIH jika niat mereka memang mahu pembangkang menang dalam PRU kali ini. Mereka sebenarnya masih bebas untuk memilih siapa saja yang mereka suka. Mungkin mereka lebih teruja jika mereka dapat mempamirkan kebodohan mereka untuk duduk bersama BERSIH daripada menyimpan hasrat mereka di rumah. Itulah kelebihan yang mereka ada sekarang iaitu bebas untuk diperbodoh dan diperkudakan oleh pihak pembangakang atas nama BERSIH.
"